Monday, May 31, 2010

:: what have we done? ::


:: bismillahirrahmanirrahim ::




assalamualaikum,

hari ini hari isnin. dan saya rasa sakit hati. dengan mereka yang kejam itu. dan tidak lupa dengan diri sendiri yang seperti tidak ambil tahu. saya marah. saya geram.saya kecewa.

mungkin ada yang masih tidak mengerti. jadi dipersilakan baca link ini



ruang ini
kosong
hampa

(T_T)

*******************************************************


kawan-kawan,

kita mungkin merasa..

" alahai, apalah yang mampu aku lakukan. jauh kot palestin tu"

" sedihnya, tapi aku tak berdaya doe~"

"kan ada orang dah tolong tu, cukup-cukup la..kita ni mana mampu nak lawan israel tu. amerika lagi back up diorg."

haish ~


Ketahuilah, bahawa tanggapan anda itu salah! sangat fatal untuk diri, masyarakat dan agama. Sangat-sangat fatal -_-"

Maka apa yang boleh kita lakukan?


Jika kita seorang pelajar, maka belajarlah dengan benar.

Jika kita sedang bekerja, maka bekerjalah sehabis baik.

Jika kita hanyalah seorang suri rumah, maka didiklah anak dengan didikan Al-Quran.

Jika kita seorang bapa, maka binalah kelurga di atas jalan syurga.

Jika kita seorang tua, maka hasilkanlah peninggalan yang bermakna.

Jika kita sudah tiada. maka tiada ertilah untuk menyesal meratap menghiba.


Tidak kira kita berada dalam bidang apa pun. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Walau sekecil-kecil mana peran yang kita mainkan, sedarilah bahawa kita juga orang penting. Kita juga diperlukan untuk menggerakkan sesuatu yang lebih besar. Kerana kita, tidak mungkin diciptakan Allah untuk sesuatu yang sia-sia! Masih tidak jelas?

Mereka punya handalan dunia. Jagoan-jagoan dalam segenap aspek kehidupan. Pakar IT, pakar ekonomi, pakar perubatan, pakar bahan kimia, pakar ketenteraan, pakar itu dan itu dan itu. Hebat bukan? Lalu, bagaimana kita mahu menewaskan mereka andai kita tidak punya kekuatan seperti itu?

Kita hasilkan pakar IT, pakar sains, pakar ekonomi dan segala jenis pakar. Kita hasilkan keuntungan yang mampu membeli sebuah negara. Kita jana kekuatan dengan taktik dan peralatan terunggul. Kita bina ummat dengan jati diri terhebat. Kita hasilkan pejuang dengan keberanian luar biasa. Kita hasilkan teknologi yang tidak pandang sebelah mata punya. Kita bina mentaliti kelas pertama. Kita ubah dunia ikut cara yang Allah redha.

Perubahan ini bukan perubahan dua tiga hari. Bukan juga perubahan setahun dua, tapi ia perubahan sepanjang zaman. Perubahan yang bakal membentuk jati diri. Membentuk peribadi. Takut kita berdiri seorang diri? Tiada teman, tiada kawan? Jadi harus bagaimana? Oh alasan, jangan menyibuk disini,tolong pergi bunuh diri.

Teman-teman,

Sungguh kita tidak keseorangan dalam perjuangan ini. Saya tahu dihati kamu kamu dan kamu. Semuanya mahu bersatu bukan? Semuanya mahu keamanan bukan? Cuma mungkin masih berbasa basi dengan permainan syaitan. Sedarlah diri. Kita mahu kemenangan. Kita mahu keadilan. Kita mahu kebahagian! Namun lihatlah realiti. Seperti habuk yang terbang tak henti. Entah bilakan tiba ke destinasi.

Oh..tidak perlu pergi jauh. Cukup dengan meletak jari telunjuk itu ke dada kita. Apakah fungsinya aku? sepertinya robot tanpa jiwa tanpa rasa.


Wahai diriku, kamu dan kamu...

Mulalah dari sekarang, bukan dengan sesiapa. tetapi dengan kita. Diri yang penuh dengan kecelaruan. Jiwa yang disaluti kekotoran hasil tangan mereka yang mencipta dunia lukisan syaitan.


Layu benarkah kita?

Lembik terkulai dan terus diam membatu? itukah kita?

Loser sangat kah??



Pandang cermin dan lihatlah diri.
Jawapan ada di kanan dan kiri.


"masih bersisakah maruah itu dalam diri ini?"







p/s: saya terkedu membaca kata-kata ini >>


"Dan saya berharap-harap, Allah akan menjadikan saya antara wakilNya dalam menumbangkan kamu di atas dunia.
Ketahuilah, saya bukan manusia yang berharap sahaja.
Saya manusia yang berusaha."






tadahlah tanganmu dan mohon dari Yang Satu.
sertakan hati dan jiwamu
serta yakinlah pada Yang Maha Tahu

have faith in Him.

2 comments:

teman seperjuangan said...

salam k.yong :)

terkedu bila bc artikel kt link 2.
asyik tertanya2 pd diri, "apa aku kena buat??" "aku kena cepat bertindak!"

nak sangat jd salah seorg yg istiqamah berusaha!!

bantu sy utk terus kuat berusaha!

im a muslim said...

wslm..teman seperjuangan ;)

terkedu kan.haha.

jom2 kita usaha sama2!^^

may Allah help us..