::- bismillahirrahmanirrahim -:

assalamualaikum,
hari ini hari ahad.
hari ini cuti sekolah.
hari ini hari gembira dan saya sangat suka
*terima kasih ya Allah*
tidak faham mengapa. tapi saya rasa sangat bahagia! buat apa-apa pun gembira. bangun tido happy, makan pun happy, mandi pun happy, naik turun rumah 3 tingkat pun happy, dengar lagu pun happy,buat PBL pun happy *eh,yeke.tipu2*, tengok musang pun happy! macam orang yang mengalami mental pun ada. serius tak tipu! tapi tidak mengapa. biarlah apa orang nak kata, saya sudah tidak kesah . sebab?
saya bahagia begini ^^
* ini kata2 fatihahanisahmokhtar*
sebagai seorang manusia yang ada akal. saya terfikir juga sebab musabab yang buat saya macam orang angau ni. selepas penat menganalisa. saya rasa mungkin sebab malam tadi saya menjalankan aktiviti bergosip dengan penuh kesengalan bersama adik saya. mungkin juga sebab baru-baru ini saya sempat berym dengan beberapa teman lama. seronok mendengar kisah mereka.macam-macam ada. dan benda yang paling meransang penghasilan hormon gembira ini, saya rasa berlaku selepas saya chating dengan seorang rakan. Teman yang dekat dengan jiwa saya.
Saya dan dia kenal semenjak di bangku sekolah rendah. Mula rapat bila kami sama-sama dalam pasukan bola jaring sekolah. Sampai peringkat negeri kami berganding bahu, onak dan ranjau ditempuh bersama *oh,hiperbola~=p*Mana tidaknya, kami minum air sirap rumput bersama, praktis berbulan bulan lamanya, main hujan, lumpur, langgar2, mandi air terjun. Semua sama-sama. Terima kasih kepada cikgu yang sangat sporting .
Kami bertambah rapat semasa disekolah menengah. Saya, dia dan dua orang lagi. Memang macam belangkas! Boleh kata semua benda pun kami buat bersama-sama. Kawad, camping, game itu dan ini..memang seronok! Saya kenal setiap dari mereka dan saya nampak perubahan yang kami alami disepanjang tempoh perkenalan itu. Sekarang, masing-masing sudah bertebaran di atas muka bumi ini. Meneruskan tanggungjawab sebagi seorang pelajar.*Okeyh, saya rasa saya sudah melalut. haha. *
Pokoknya, saya sangat gembira dengan perubahan kawan saya yang seorang ini. Biarlah saya namakan dia dengan N.
Kalau dahulu, tudungnya on off, tapi sekarang sudah istiqamah. ^^
Kalau dahulu dia sangat 'gila-gila' dan kadang-kadang tidak bertempat, sekarang, dia masih 'gila-gila' tapi ia merupakan kegilaan yang bertempat. walaupun kadang kala terlepas juga. tapi tidak mengapa.sebab dia sudah ada kesedaran untuk berasa malu dengan Tuhannya.
Kalau dulu yang selalu keluar dari mulutnya adalah mengenai artis itu dan artis ini, sekarang dia sudah mula membicarakan hal-hal keTuhanan.
Kalau dulu, dia bebas bergaul dan tidak merasa apa-apa, sekarang dia sudah tahu untuk merasa takut dengan balasan Tuhannya.
alhamdulillah=)
terima kasih.
terima kasih untuk segalanya ya Allah.
Sedikit perkongsian dari saya
*jangan burukkan kawan saya tau!*
N : faiqah, nak kongsi sket nieyh..
F : sila-sila~
N : bacalah surah an-nahl..bestt!!
F : haha..berikan hujah anda untuk itu
N : dia telah menghalang kite drpd skype dgn *seseorang* pagi tadi!
F : skype??? !!
N : dengarlah dlu..dengar taw, ni nak kongsi kuasa Allah terhadap kte pagi td.
F : ok2 :)
N : isinya adalah..si lelaki kata bosan, ajak online, n I just say "onlinelah nnt i temankan u"
haha..bodohkan?? then he said " ok,he'll wait ".
so lepas subuh prayer, baca surah an-nahl nieyh..
the last two pages changes my heart.banyak gila Allah bagi petunjuk tadi!
F : subhanallah =D
N : one of the ayat..
" kemudian sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang"
- 16 : 119 -
" kemudian kami wahyukan kepadamu (Muhammad)," ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan dia bukanlah termasuk orang musyrik"
- 16: 123 -
F : ya Allah, N! seriously oooohh~
N : i know!!!!!!
Allah loves me..jgn jeles! hehe
*ok..and the sembang2 continue~*
*******************************************************************
yeap, even if it sound like *hek eleh~itu je?* saya sangat tidak kesah. sebab saya saya tahu apa yang sedang berlaku. dan saya gembira untuk hal itu.
biar siapa pun dia dan mungkin buruk pada pandangan orang lain.dia tetap kawan saya selamanya.dan saya sayang dia. -lillahita'ala-
dia sudah mula melakukan perubahan.
perubahan yang amat besar.dan.sukar
kau dan aku.
bila lagi ??
*terus berjuang~yosh!*
ya Allah,
Didiklah kami untuk menjadi sahabat yang baik terhadap rakan-rakan kami,
Ajarkan kami untuk menyayangi mereka hanya kerana Mu
dan Kau kurniakanlah kami sahabat yang dapat mengingatkan tatkala kami lupa,
sahabat yang dapat membawa kami kejalan yang Kau redhai.
Kau rahmatilah tali persahabatan ini.
andai kami berpisah mati
temukanlah kami disyurga mu nanti
-ameen-

p/s: kawan-kawan, saya cinta kamu kerana Allah (^_-)v
4 comments:
I adore u n ur frens. =)
akakperasancantek:
i adore u too =)
saye cinta awk kerane Allah juge. :)
missing you badly. :(
missing the old time, zaman kite berempat gembira bersame same. :(
mimie:
^^
nanti balik kte hang out lama2 okeyh! =)
Post a Comment