Thursday, May 27, 2010

marahnya!!


..bismillahirrahmanirrahim..





assalamualaikum

Okeyh, saya sangat marah! sangat-sangat marah ! *amik nafas~amik nafas*

Saya baru menerima link yang memaparkan video tangkap basah di sebuah mall di Terengganu. Video yang memaparkan dengan jelas tanpa perlu disuluh-suluh wajah kedua remaja tersebut. Hai la sangat muda. Sekolah menengah pon tidak lepas lagi gamaknya. Sama-sama cantik sama-sama muka innocent sahaja. Kalau jumpa diluar memang tidak sangka.

Tapi bukan hal mereka yang ingin saya perkatakan. Ini adalah berkenaan sang jurukamera! Ya, sang jurukamera yang entah dimana letak logiknya. Beria-ria mengambil gambar sambil mulut berceloteh tentang akhlak tapi sibuk memarahi si lelaki yang cuba menutup aurat pasangannya. Dia suruh ketepi oke! Sepanjang viseo itu berlansung, apa sahaja yang video yang diambil melainkan gambar yang tidak sepatutnya! **ohh sangat marah!**

Memang mereka bersalah, tapi tidak perlulah mengvideokan apa yang tidak sepatutnya. Ini bukan kali pertama saya mendengar berita tentang video seperti ini. Pernah juga seseorang mengeluarkan kenyataan begini


"ceh, sibuk marah anak orang yang dia tu lagi la gatal duk amik2 gambar aurat orang. dasar pervert!"

Dimana rasa hormatmu wahai sang perakam video. Insan itu ada keluarga, ada maruah , ada harga diri. Kalau jadi dekat anak sendiri macam mana ? Malu bukan~.Mungkin masalah ini kelihatan kecil, tapi end up, akan ada manusia yang meletakkan nama Islam ditengah-tengah permasalahan ini.

Oh, lihatlah cara Islam membanteras maksiat!

Lihatlah ajaran Islam yang suci itu!

Lihatlah akhlak Muhammad pada ummatnya itu!


siapa yang tercemar akhirnya?

agama kita

agama kita tawuk!
*geramnya!*

Entah kenapa, saya sangat dan amat geram melihat video itu. Marahnya bukan pada adik-adik tersebut tapi kepada orang itu! Haish, mungkin masih banyak angin perubahan yang harus ditanam dalam jiwa masyarakat kita. Perubahan yang bukan hanya sehari dua *bak kata cik fatin zol* Ia memerlukan suatu usaha yang berterusan.

Tugas kita? Mulakan dengan diri sendiri. Perlahan-lahan.

Semoga ia bertali arus sehingga akhirnya membina ummat yang bermentalitikan muslim secara kaafah (menyeluruh).


*memandang dunia dari kaca mata berbeza*



*haish~ sabarlah faiqah abdul rahman" (-_-')

7 comments:

ibnyusoff said...

sebbaek xmarah pasal mayat kat husada, tiap2 taon kot jadik mangsa!!

Alma said...

salam faiqah..
btl kate awak..
patutnye org yg rakam vid yg cam2 ptt malu ngan diri sndr..
even tgk movie yg ade part2 yg x ptt tgk pun da rase malu n bahang muke,apatah lg kalo tgk dpn2..pttnyer si perakam ptt malu n xsggp nk rkm..

.::ANNAEM::. said...

Owh... bersabarlah faiqah.. :)

tp naem agak juga tidak senang bila org amek video tp xberhemah... tunjuklah bhgian nasehat2 tp jgn pula amek gmba yg tidak 'sepatutnya' itu...
mengaibkan mereka...


teringat kisah Rasulullah SAW,
ketika baginda dan sahabat itu sedang wat 'bekwoh' atau gotong royong untuk asyura...
tetiba terdgr bunyi seseorg kentut...
semua tertanya siapa yg terkentut itu... so jadi mereka yg len plan untuk lihat siapa yg akan amek wudhu' bila waktu solat 6t... namun dgn kebijaksanaan baginda.. ketika waktu solat masuk.. baginda menyuruh semua untuk amek wudhu' semula dgn itu aib org itu tertutup... selepas solat Rasulullah pn menasihati mereka agar tidak mengaibkan sesama manusia... selepas itu tiada lagi diantara mereka membuka aib org lain...

jadi kalau nk nasehat org jgn smpai aib mereka terbuka... 6t susah untuk mereka menerima hidayah dan kembali ke pangkal jalan...~ ;)

Asyiqin said...

Sabar2~
Saye pon sbnrnye tibe2 jd geram...
*ayoyoyo....sabar Asyiqin~*

im a muslim said...

yusran : mayat itu cerita lain.mereka berkhidmat untuk manusia2 yang mahu belajar.tapi kes ini~haish..

alma:wslm, betul3. mmg sgt malu dan marah.

naem: tq atas perkongsian.

iqin: sabo yo la~ish3

Anonymous said...

assalamualaikum..
btul2... aku nk komen bnyk lg, tp nnt bnyk sgt lak mende nk tules... sabar jela, and doa bnyk2... nnt klau ade peluang, didikla kaum adam and hawa dibwh jagaan masing2... Komen ni utk yus ngan naem gk, korang ni dala laki, ptt maenkn peranan yg lbh besa!

-DarkChrome-

im a muslim said...

chromebukanwarnadarkla: kau bukan lelaki? oh, mungkin tidak la kot.

yeap, tapi apa-apa pun semuanya harus bermula dengan DIRI SENDIRI.