::~bismillahirrahmanirrahim~::

assalamualaikum..
sejak kebelakangan ini, isu hangat yang asyik sahaja timbul adalah isu kahwin aka nikah. yeap, anda tidak salah baca..K.A.H.W.I.N. kenapa dan mengapa? entahlah, saya rasa mungkin kerana ada orang trigger..maka ia menjadi suatu topik yang sangat panas . Apabila saya kata panas bermaksud ia memang panas. Macam-macam persoalan yang timbul, macam-macam teori juga yang keluar dan akhirnya masing-masing tenggelam melayan perasaan. Gatalkah kami membicarakan hal ini? oh, saya rasa tidak~lihatlah kepada butir bicara dan inti yang diperkatakan. Kalau sekadar mahu menggatal, ikat tali dileher dan hujug yang satu lagi ikat pada batu besar, kemudian campakkan ke dalam lombong. Letih melayan pemikiran sonsang sebegitu rupa.
Tipulah anda-anda yang hampir mencecah 20-an atau lebih *ops~* ini tidak pernah berfikir atau membicarakan hal ini kan kan. Sama ada secara tertutup atau terbuka tidak kesahlah, janji pernah bercakap tentang hal ini. Jadi kita sama-sama fair and lovely okeyh ;-)
Haish, terpanjang lebar pula saya membebel disini. Tujuan sebenarnya adalah untuk berkongsi sesuatu. Tiada apa-apa ribut maupun angin yang meniup, sekadar tergerak untuk menempelkan diblog ini. Mana tahu suatu hari nanti ada yang memerlukannya =p. Maka inilah dia..
*baca elok2 na~*
Contoh surat untuk diberikan kepada mak ayah bagi yang nak nikah awal.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…
Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.
Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.
Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.
Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.
Puteramu,
Ajib

p/s: oh , saya tidak meletakkan sebarang pernyataan ya. entry ini tidak lebih sekadar berkongsi apa yang saya jumpa dimusim2 yang sesuai dengannya. tidak bermakna saya setuju mahupun menolak.tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari mulut saya. harap maklum.tapi kepada sesiapa juga, kalau jadi jangan lupa ajak ye. dah lama tak makan nasi minyak. nasi ayam pon boleh juga..haha =)
11 comments:
hopefully xder reader yg salah gne isi post ini..pernikahan itu halal dan menghalalkan justru janganlah ia menjadi sesuatu yang menambah dosa kerana kejahilan..
yusran: yeap, tepat sekali~ sapa guna untuk gatai2, memang nak kene bantai xD
jom kite berkempen~
maksudnye untuk gatai2 cmne tu faiqah...
btw, sgt suke post nie.. nnt bile2 kalau 'terpaksa' gune srt tu, nak copy eh.. hehehe....
assalamualaikum ajib.
ini emak. harap ajib sihat sentiasa. emak agak terkejut ajib hantar
surat harituh. biasanya ajib akan emel kalau ada apa-apa. kalau tak
pon, ajib akan skype dengan emak.
emak dah agak. it smells fishy bila emak terima surat dari ajib. emak
pon terkejut. buang tabiat ape ajib nih tiba-tiba hantar surat.
sebab surat ajib panjang sangat, emak tak baca habis. sebab emak rasa
apa yang ajib tulis agak klise. tapi emak rasa emak dapat rough idea
apa yang ajib nak sampaikan.
sebagai orang tua ajib, emak akan sokong apa yang ajib buat. tak
bermakna emak setuju, tak bermakna emak suka. tapi bagi emak, ada
satu-satu benda tuh, ajib kena experience sendiri.
emak terkejut ajib cakap pasal nikah, sedangkan dalam surat ajib, ajib
cakap tiada calon. ada kawan ajib yang nikah awal? ajib rasa nikah itu
cool? supaya rasa lebih tanggung jawab? ajib baru hadir seminar nikah
awal? ajib tengok movie?
emak sayang ajib, emak sokong ajib. ajib suruh emak baca surat ajib
dengan ikhlas. emak rasa surat tuh agak berat sebelah. ajib cuma
cerita berkenaan kelebihan nikah awal. senang sangat nak nikah awal.
semua benda boleh consider. even soal nafkah, boleh consider sampai
semudah itu. ajib muda lagi. ajib tak nampak satu side dalam dunia nih
yang sangat buruk sangat teruk.
lagi pula, emak rasa surat ajib macam agak memaksa emak untuk setuju.
kalau emak tak setuju? ajib akan rebel kan?
ajib ada mention abang ajib nikah awal. jangan laa nak tipu emak ajib,
ajib mana ada abang. ajib kan anak sulong, takkan lupa pula. angau nak
nikah ke?
emak cuma nak pastikan.
ajib sure nak nikah awal?
ajib nikah bukan sebab nafsu?
ajib nikah kerana Allah?
ajib yakin dapat jaga isteri ajib dari dosa?
ajib boleh jamin pelajaran takkan terabai dengan nikah?
ajib takkan susahkan emak dan ayah setelah nikah?
ajib fikir-fikirkan. emak sokong ajib.
emak rasa smpai sini. emak dah tiada idea nak tulis apa.
lagi pula emak nak layan desperate housewives nih. susan ada masalah
kewangan.sound juicy sungguh. btw, duit ajib cukup? lain kali emel laa
ajib. tulisan ajib tak lawa. susah emak nak baca.
ikhlas dari emak
generated by gmail via iphone
saudara asip:
berkempen cegah maksiat? jom2~
saudari ana:
gatai2 ni maksudnya sangat subjektif.mungkin dlm bahasa mudahnya, sibuk nak nikah padahal ilmu pon belum cukup lagi.
bila terpaksa?haha..silalah2=p
emak ajib: oh, serangan balas..you have a good point over there.terima kasih=)
p/s: spt yg telah dimaklumkan saya tiada menyatakan sebarang bentuk sokongan pada mana2 pihak. anda bebas memberi komen.
baca.fahami n fikir2kanlah sebaik-baiknya. =D
surat emak ajib..?!
nice..
haha..mmg besh la kn surat nieyh!
besh juger apabila membaca emak ajib reply sume!
=p
heran.mane yg betol ni?emak ajib cakap ajib anak sulung,ajib pulak cakap die ade abang..
Punya la berkerut2 I baca surat ajib ni dgn bersungguh2 sehingga boleh terkeluar biji mata nie, sekali baca surat mak ajib reply tros gelak terbahak2 okk! Hampeh punya mak. Rock gila! Yg tak tahan tu siap ade "reply via gmail on iPhone". Mmg sangat tak boleh blah!! Hahahahahahaha
Anyhoo, byk mende nak I perkatakan ttg isu ni tp given the limited time n space makanya kita bergosip kt rumah time awk blk nnt la ye.. Hehe.. Thanks for sharing adik!!
"In reply via blackberry"
Nak jugakkkk. Hahahaha =p
_akakchantek
fida!!rindu~^^ *tibe2* ;p haha
akak prasan cantek: uish nak gosip apa tu?curiosity increase~ akak nk kawen ka?umoq da meningkat.elok sgt la tue..ahahhaha XD
Post a Comment