Tuesday, June 1, 2010

:: i need help! ::

:: bismillahirrahmanirrahim ::






assalamualaikum,

saya baru sahaja meluangkan masa sekitar dua jam setengah untuk mendengar dan bertukar pendapat atau mungkin juga berbahas mengenai macam-macam perkara dengan seorang bapak ni. Perbincangan hangat lagi memenatkan ini turut disertai oleh saudari fatin zol, honey bee, cik bunga ungu dan cik asyiqin yang kejap hilang kejap muncul.

Entah macam mana lah, saya boleh berada di bawah semasa pak cik ni datang bersama pekerja tuan rumah. Mula-mula sekadar sembang kosong. Biasalah, tetamu datang tak kan mahu angkat kaki pula walaupun memang sangat dan amat rasa nak balik bilik. Tiba-tiba perbualan itu bertukar menjadi perbincangan agama. Dah macam dalam majlis comparetive religion pun ada.

Saya tidak tahu apa tujuan bapak ini. Bertanya soalan yang kontroversi. Mahu bersangka buruk tidak sopan pula. Tapi satu penyata yang buat saya merasa 'ahah!' adalah apabila dengan tiba-tiba dalam perbualan itu dia berkata begini..

" saya berikan kamu satu kunci. kalau kamu benar-benar mahu tahu"

suasana jadi diam..

"saya bukan mahu menyuruh kamu tukar agama ya"
*time ni memang saya rasa "ahh, sudah~" *

"persilakan beli kitab injil yang benar. tulisannya *something2, tak ingat*. ini kalau teman2 muslim mu lihat kamu baca. boleh jadi kamu di kecam."
*bapak ni cakap dengan penuh gaya oh*

okeh, rasa-rasa faham tidak apa yang saya rasa diwaktu itu?? perkataan tukar agama itu.huish~

sepanjang perbincangan itu, saya pandang muka fatin. tenang tapi macam mahu berkata sesuatu. hani bee, asyik senyumm memanjang tidak faham mengapa. pika pula mendengar dengan penuh khusyu' dan cik iqin hilang memanjang *buat apetah dpn latop tu=p* Muka saya? entahlah. Lupa mahu ambil cermin dan letak depan mata.

Sebelum majlis penutup dijalankan, kami tiba pada isu isreal dan palestin pula. Sembang punya sembang. Tiba-tiba, bapak itu berkata

" kamu tahu ga, sebenarnya palestin itu yahudi. Kita semu telah dibutakan oleh agama. Mereka bukan Islam."
*dan dia mula berhujah dengan sejarah yang panjang lebar*

saya jadi bingung. fakta mana pulak yang bapak ni keluarkan? tak pernah ku dengar. kalau hal-hal yang melibatkan perbezaan amalan yang dilakukan oleh orang Islam. insyaAllah, sekurang-kurangnya kami masih boleh kaitkan dengan ajaran mereka juga. Tapi bila masuk bab-bab sejarah yang panjang lebar ini, saya mula pening. Oh, tidak! cik fatin zol pula sudah naik ke bilik. Haish~

ditakdirkan Allah, jam sudah menunjukkan angka sembilan lebih2. melihat muka kami yang dah capek ni. si mbak tadi pun mengajak bapak ini pulang. alhamdulillah, lega sangat. Saya sebenarnya rasa perbincangan itu sangat menarik, cuma mungkin kerana panjang sangat. Maka jadi penat. Dan mungkin juga kerana keterbatasan pengetahuan yang ada. Jadi saya takut. takut untuk melihat senyuman puas seseorang yang rasa dia telah menang. takut untuk memperkatakan sesuatu yang menjatuhkan agama saya sendiri. takut dan takut.

Bapak itu, ada kemungkinan besar akan kembali. ya sangat besar kemungkinannya. Jadi saya harus persiapkan diri. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Biar agama itu berdiri sendiri bukan hanya pada ic. Mungkin ada yang berkata

"yang duk layan sapa suruh, carik nahas!"

ketahuilah, saya seakan-akan dipaksa untuk duduk disitu. rasa macam tanggungjawab pun ada.serius tak tipu! tapi bila difikrkan kembali. mungkin ini cara Tuhan mengajar saya. mungkin ini cara Tuhan menyedarkan saya. agama ini bukan sekadar sebutan di bibir sahaja. tapi ia lebih dari itu. sangat sangat lebih

saya teringat kata-kata Brother Shah Kirit semasa mengadiri comrell tempoh hari

"I Choose to be a Muslim 14 years ago, when did YOU choose to be a Muslim? I dare you"
*haa~terdiam semua.*



p/s : oh lupa tujuan asal, saya mahu meminta jasa baik anda. kepada sesiapa juga yang biasa membaca berkenaan iluminati, israel, palestin. tolong pass kan link yang tidak memeningkan dan mudah dicerna oleh orang-orang seperti saya. ketahuilah, bahawa saya seorang wanita dan bukan lelaki yang gemar mebaca sejarah melibatkan banyak nama manusia, nama tempat , tarikh dan politik. saya suka juga sebenarnya tapi ikut mood.haha.sekian terima kasih ^^

15 comments:

piko said...

illuminati adalah cbg underground dr...

aaaahh!! bpk tu ptotnye kene halau kua umah je td.. nk bteduh konon..

cett!!~


sejuk nasi goreng saye..pfft~

yappy la bapak tu yong~ sok bener..
haha.. =P

im a muslim said...

ahaha..piko~

kte dah bnyk kali pandang2 jam nak bg hint kat bapak tu.kesian korang lapar. tp dia bercakap tak henti2. tak tahu nak buat apa.sory2^^

tapi makan kat atas pun best jugakkan?heee~ ;-)

p/s:terima kasih masak!^^

Anonymous said...

sori la kak yong.msa naik smalam tu,ingatkn beliau nk cite sal diri dia n ibu tu je.ingtkn da abis kisah sal agama suma tu..adoi..lau tahu,join je lagi...
tape...dia pun muka agk gelabah gk smalam..
sok tau~

heeehe

ibnuyusoff said...

lau umah stroberi,yg power bab2 illuminati,israel etc2 ni, paan lerr..kalo bab bible ni rauf

im a muslim said...

fatinzol:

takpa2, next time dia dtg kte get ready. nak lari ke nak dengar?haha;p
oh2, kte perasan jugak muka dia.hehe~

im a muslim said...

yusran:

oh,dah siap ada kepakaran masing2.dasyat.mahu linknya dong? terima kasih =)

akakChantek said...

Wow! Adik nnt dapat info pls share it with me.

ibnyusoff said...

kepakaran masing2?..insyaAllah 9t try tanyer, tp setakat aku tau diaorg byk bace buku/e-book and bukan dari tenet..

Anonymous said...

ntuk bljr ini..anda hrus bsedia mmningkn diri..
haha..

im a muslim said...

yusran : e-book pun mesti ada link kan?

anon: insyaAllah, will get prepared^^. *.

Anonymous said...

feqah,selalu nye cabaran ni mmg akan jd normal for de next 5 years ...akan ade org2 yg cube tarik kt ke arah you know wat im talking about rite..nway,just be strong kay dear!and mantapkan iman!

nurul nadia said...

akak feqah...awak kene mantapkan iman awk..lepas nieyh..kalu jumpe lagi org2 mcm tuh...awak sudah bersiap sedia!hehe..

ibnyusoff said...

ebook tu ebook alkitab rasenyer(rauf)tp ak tatau la plak link die..kalo mau pnjam buku paan bole kot,insyaAllah nnti ak try tnyer die..

im a muslim said...

nadia azman:
hey, im not akak la;p hee..insyaAllah, sama-sama la kita ya=D berusaha dan terus berusaha!yosh~

im a muslim said...

yusran :
oh, okeyh!^^ tq