Tuesday, June 22, 2010

:: anniversary kita;) ::


:: bismillahirrahmanirrahim ::





assalamualaikum,

*entry ini khusus buat teman teman untity*


selamat malam teman-teman2! ^^


cuba teka.esok ada apa? tanggal 23 jun itu. apa yang special sangat? tekalah.tekalah .hee~ ;p

tak ingat ke? ish3..itu adalah tarikh kita pertama kali menjejakkan kaki ke unity!! dah dua tahun okeyh. macam sekejap sangat masa itu berlalu. sebenarnya, saya pun tak ingat juga. tapi masa makan malam tadi. ada orang yang membangkitkan tettang tarikh ini. tiba-tiba semua kenangan-kenangan lampau itu muncul. rasa mahu ketawa sahaja.

saya masih ingat perasaan hari pertama di Palm Spring. Oh, sangat tidak mengenali sesiapa. Mula-mula, saya membayangkan tempat tinggal yang biasa-biasa sahaja. tidak sangka pula kami ditempatkan disebuah kondominium yang boleh dikatakan mewah la jugak. ada swimming pool, gym*xbest*, tennis court and tahap keselamatan yang kadang-kadang menyakitkan hati. rumah saya di tingkat 17. tinggi kan~haha.


-ini lah ketinggian rumah kami-syiokk~ XD



-ini pemandangan dari balkoni-



E 1716


ya, disitulah saya ditempatkan bersama 7 lagi insan yang sangat asing dalam hidupku ini. bilik saya kecil je, tapi best *kan roomie kan* masuk bilik, saya nampak katil bawah sudah di cop. alahai..saya dah la tak minat duduk katil atas ni. takpe2, first come first serve.adil. dah habis kemas-kemas barang saya masih tak tahu siapakah bakal teman sebilik saya ni? tanda tanya sungguh. sampai la dia melangkahkan kaki masuk ke bilik.

"hai, nama afiqah adillah, panggil piko"
*hulur tangan.salam*

"hai, faiqah"
*senyum malu2=p*


okeyh, sangat relax oh dia ni. macam takde nampak sebarang perasaan segan mahupun janggal dekat diri dia. lepas tu, dia siap tarik saya pergi bilik yang agak besar sambil promote2


"eh, cuba kau tngok dia.ada rupa macam sape?"


dalam hati saya, hanya Tuhan yang tahu. maluuunyee~ dah la tak kenal diorang. kena teka2 pulak.*piko andai awak tahu perasaan kita time tu.hoho* pelik juga saya macam mana diorang ni boleh sembang macam kawan lama. padahal, sehari pun belum sampai duduk dekat situ. rupanya mereka bertiga dari satu sekolah yang sama. malah satu kelas dan duduk sebelah-sebelah lagi! seronok kan.memang korang sangat berjodoh. mereka itu adalah. piko, hani dan debi. selesai sesi teka meneka.

malam melabuhkan tirai. semua orang pun tengah duduk depan tv . suasana diam. yang nampak tidak berapa janggal hanyalah mereka bertiga tu. *xaci oh korang!haha* saya pergi depan. lama berdiri. tidak tahu mahu duduk, mula berbual atau apa. adoila, sangat lost. kemudian saya pandang muka seseorang ni. alamak. apa nama dia eh? tika? teqah? atika? konfius2.. maka saya main panggil je *xingat dah* dan ajak dia turun untuk mengeksplore Palm Spring itu. dia pun kata ok dan ajak seorang lagi kawan dia. faaza. bila sudah sembang-sembang, baru saya tahu, yang dia dengan faaza satu sekolah rupanya. jeles lagi .selepas beberapa hari, saya dapat tahu housemata saya yang seorang lagi tu *jue* pun ada geng sama sekolah jugak. haish..kenapalah kawan saya takde yang sama dengan saya. MARA sangat tidak adil! *ini pemikiran tidak matang*

dan selepas tu, semuanya berlansug dengan alamiahnya. kami jadi semakin rapat. masing-masing ada pe'el yang tersendiri. saya rasa hampir setiap hari saya ketawa besar dengan kerenah mereka. dari saat keluar rumah, turun lif, tunggu bus, dalam kelas, makan dekat medan sampai la balik rumah. adaa je adengan-adengan terindah yang terjadi.

Fatihah anisah, ingatkah anda. bahawa andalah orang pertama yang ditolak masuk kolam? oh, maafan saya. mereka yang menghasut saya untuk melakukan hal itu=p haha. dan teha, awaklah orang yang rajin layan karenah kita yang suka jalan malam-malam sambil makan aiskrim atas buaian. sambil bincang masalah dunia. terima kasih atas perkongsian itu (*_*).

Piko roomie saya, ingat tak masa kita khusyuk dengan satu lagu ni. yang lirik dia sangat cantik tuee.*malu nak sebut;p* haha.lepas tu, ingat tak, malam kita sama-sama merempit pergi istana budaya? awak mengejar kita yang sedang mengejar awak yang tiada di depan.ahaha.kelakar2. piko, awaklah orang yang selalu menderita kena dengar kita membebel setiap kali exam. sorry for that. dan terima kasih sebab dah kongsi banyak benda dengan kita. sangat-sangat hargai =)

Hani bee, awaklah orang yang tak pernah nak tolak kalau kita ajak pergi main apa-apa. ingat tak, kita main tenis lepas tu kena halau dengan pak guard. lepas tu tulis apetah atas simen dengan air. kadang-kadang kita turun waktu malam dan main gelongsor dengan buaian. sangat kanak-kanak! tapi best kan~ hee. terima kasih hani untuk semuanya ;D

Debi bunn, awaklah orang yang paling semangat belajar. serius takut tengok kerajinan awak oh. kalau buat apa-apa planning awak lah orang yang suka catat catat dan banyak bagi idea. tangan seni tu, memang takkan kita lupa. *ni puji tau ;p haha* ingat tak , assignment cell miss alicia? sampai tak tidur kita semua bertungkus lumus. hasilnya? korang punye cell sangat kiut. *oh, kitorang punya jugak =p* hee. terima kasih tcer ~ (^^)v

Teeqah the power, ni sorang lagi semangat belajar. haish. korang memang buat kita jeles. awak, penuh dengan 1001 celoteh yang best untuk di dengar. disebalik kesengalan itu, kadang-kadang ada banyak hikmah tersembunyi. i like that~ haha. ingat tak, waktu birthday awak? ada ucapan yang paling membina lah. bukan untuk awak sorang je. dengan kitorang2 sekali kena. haha. terima kasih teeqah ~ (^_-)

Faaza @ kandak, ini adalah penceria hari-hari kami. adakah awak memang azalinya sengal? entahlah, i also dont know.haha. dekat mana awak dapat semua energi itu pun kita tak tahu. tapi kesengalan itulah yang menambah perencah, yang menghilangkan stress,yang melahirkan ketawa. terima kasih kandak =)

Jue @ mak @ tika, ya..inilah dia tukang masak handalan rumah kami. sebut sahaja mahu masak apa. tung tang tung tang..tada~ dah siap. kalau tak tahu resepi, nanti dia call mak dia. esoknya dah siap sedia makanan. stail masak? sangat laju. serius tak tipu. main campak-campak je. alih2 "eh, dah siap?". jue, you are very the styloo lah~ haha. ingat tak, kadang-kadang awak masuk bilik kita. cerita macam-macam kisah. bila ingat balik.rasa nak ketawa puas-puas.haha. terima kasih jue ("/)

housemate2ku, terima kasih atas satu tahun yang best. terima kasih untuk gelak ketawa, masak-masak bersama, tengok cerita hantu , tidur ramai2 dengan bercahayakan lilin, berjaga sampai pagi siapkan assignment, mandi air terjun, tengok teater, dan yang paling penting, atas tali persahabatan itu. terima kasih sangat-sangat.

sekarang kita semua masih satu rumah ditambah 6 orang lagi. atin, ais, qila, piqa, iqin dan selly. semoga kita semua bahagia dan sukses selalu ^^ !

oh, kenapalah saya ralit sangat bercerita tentang housemate saya nie. rindu palm spring mungkin. -_-

kawan-kawan unityku yang lain, saya tidak pernah melupakan anda okeyh. kalau mahu bercerita setiap seorang, habislah saya. ketahuilah kehadiran setiap seorang dari kalian itu lah yang melengkapkan cerita kita. yang memenuhkan kotak kenangan. sebab kita semua adalah partikel yang menghasilkan sebuah benda yang sangat istimewa. ia digelar memori.

maka kawan-kawan unity ku..


H.A.P.P.Y A.N.N..I.V.ER.S.A.R.Y !!!


semoga kita semua berjaya dan menjadi insan-insan hebat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. -peace-



-ini kisah saya, kisah kamu, kisah kita-


memori unity =)


p/s : ada orang paksa saya mention benda ni ,yang ada sorang budak ni patah kaki masa dekat unity lepas tu banyakk la orang yang tolong diakan, angkat dia, bawak naik moto, lari2 bawa tongkat dan macam2 lagi. haa, puas hati ais? haha =p

15 comments:

tika said...

adoii doii doii doii doii..i dont think thats the coolest idea eva..btw..thanks selitkan ana dlm hidup anta..thanks dukung masa ana patah kaki..btw..unity best <3

Anonymous said...

anta?hahaha,sejak blekah??!!-serius aku gelak-

Wie said...

seriously... ingat lagi ek korang tarikh masuk unity...hahaha

im a muslim said...

tika @ ais:

apa doi doi doooi? i think that's the best thing eva.haha *kejam2* kenapa la sakit suka dtg dekat kaki awak?pelik2. oh btw, terima kasih juga selitkan ana dlm hidup 'enti'. XD

anon: sejak dahulu kala laa.haha

zaim : ada org ingatkan kot.tu terimbau segala2nya.

Anonymous said...

hahaha..lawak2..hapy anny
no komen..thumb up

hani idzaida said...
This comment has been removed by the author.
hani idzaida said...

nah komen ! heheh , sape ye yg kene tolak beramai2 masuk kolam ? haha . errr konon2 nak tolak beday gurl kan kononnye , tp last2 masuk la dua2 . eh ke tiga2 eh ? hahaha , yg i ingat , serious i gelak gila2 . hahahah tlg laa nak wat lagi XD

nuyu~ said...

haha...terpaksa la sy comment kat sini..hehe....happy anniversary again kpd semua yek...td da hug2 da...nk lg???bleh jek...hehe...
hani, nk tolak2 masuk mne lg??? sungai itam????

faiqah ar said...

hani: sape ha? tak ingat..haha;p tahu la tak pernah kena..asyik lari je.mana aci ooh.

nuyuyuyu: xmo2.piqa, jom tolak hani masuk sg hitamm..haha.best jugak idea tue.hihihi;p

Anonymous said...

yong kandak da bace:) hehehehhehee....mule2 bace ade la ase mcm nak shahdu2 sikit tapi kite terus simpam perasaan shahdu2 tu dengan senyuman!~ ahahhahahahaha
ayat ai yg xbleh bla:P
hepi annivesary yong n lain2:) semoge kite berkawan sampai dapat suami anak cucu cicit dan segale..pastu nnti buat reunion bawak anak masing2!kompm syiok!:)

im a muslim said...

kandak:

haha..jaoohh impian tu.

insyaAllah2.may Allah bless our frindship till jannah =)

.::ANNAEM::. said...

Kerana Allah kita bertemu, hargailah kerana itu anugerah-Nya...

Dan kerana Allah juga kita berpisah, redhailah ia kerana Dia Maha mengetahui...

SeLaMat UlanG taHun Kita semua Berkenalan...~ Q(^_________^)

piko said...

aihh.. tamao komen..tamao komen..
okla2.. hee~

ouh.. senanye time hulur salam tu nk bgtao skali "saye ske ribena" tp terkamjat sbb mke faiqah cm anak Dato' Rosle tu sgt2.. haha.

ouh.. lagu tu.. best kan? that was b4 yong gile ngan lagu nubhan kan2? haha..

membebel? no biggie.. timekaseh tolong halang lampu time saye tido!! =)

oww lpe,

roomie happie anniversary!!
kamoo2 unity pon happie anniversary jgk!~

teeqah said...

terima kseh yong !! i still remember when the 1st time we met..wlaupun kte ade faaza..lost tetap lost..sbb x knal sgt faaza time tu..haha
ingt x mase bulan puasa..sungguh malas nak pegi bazaar kat pelangi tu kan..jauh..hahaha
ingt x mase kite rajin excercise..tiap petang sibuk nak g main tenis la..jogging la..
ingt x mase teha beli hamster..mamat ngn minah..pastu piko pura2 buang kat bwh..pastu teha nanges..hahaha

ok..sungguh rindu pd kehidupan unity.. =(

im a muslim said...

roomie:

nanti kte jawab "saya ske miloo"ahaha..

ala.kenapa pecah rahsiaa..eh, bukan piko minat jugak ke?ops~haha

halang lampu?no biggie jugak ^^ hee..

teeqah:

ingat..ingat..ingat!! haha. part teha nanges tu tak boleh dilupakan. ingat tak alasan dia apa?hahaha..sangat kelakar.semoga minah n mamat tenang dialam sana.=)

naem: selamat juga!