..bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum
Pesta Buku kembali lagi. Acara yang amat dinanti-nantikan! Ye, saya tahu dah lewat untuk saya menguar-uarkannya, tapi saya tak kire.. =p Alhamdulillah, sempat juga saya menjejakkan kaki ke tempat yang sesak dengan jiwa-jiwa yang mencintai buku itu. Pagi-pagi lagi saya sudah menapakkan diri di LRT Wangsa Maju, bertemankan seorang gadis berjiwa kental kami mengharungi lautan manusia demi mendapatkan buku-buku yang telah di'aim' sejak sekian lama. Si gadis yang semakin meningkat dewasa begitu asyik dengan celotehnya mengenai seorang penulis buku ini. Rindu mahu berkongsi cerita dengan mu ^^. Sesampainya kami disana, hati saya berbunga gembira. Melihat kebanjiran anak-anak muda, membuat saya tersenyum lagi. Kamulah harapan agama,bangsa dan negara. Generasi penggerak yang akan memimpin ummat di masa akan datang. Entahlah, tapi saya amat gembira dengan perkembangan ini. Saya? bukanlah ulat buku, tapi ada musim2nya saya akan jadi seorang yang sangat suka membaca benda yang saya minat nak baca =)
Dan saya akui, hari itu..saya memang rambang mata! gadis itu juga~ kami bershopping sakan tapi bukan dengan pakaian, kasut atau beg. Jadi aliran duit itu bagai kami relakan, kerana sesungguhnya ia pelaburan yang tidak lapuk dek zaman. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan beberapa buah buku dan saya telah mengusungnya ke Jakarta, beg yang berat sudah tidakku endahkan lagi. Oh, terima kasih kepada akak MAS yang tidak mendenda saya ;-)
Saya ada 6 bulan sebelum cuti sem lagi. Maka harapannya untuk menghabiskan pembacaan sebelum tarikh yang tidak diketahui itu. Tapi modul ungu serta 'beberapa' buku tebal juga harus dikhatamkan. Entah ter realisasi entah tidak harapan melangit saya ini.
Buku-buku yang macam menarik! >>

..gadis itu kata' bacalah dulu' =) ..

.. khas untuk adikku =p ..
Murabbi Cinta by Saifulislam
..saya dah khatamkan 2 buku sebelumnya, memang sangat menarik! its all about life~jom baca ramai2 ..
Denyut Kasih Medik by Dr Farhan Hadi ( husband Fatimah Syarha)
..perjuangan seorang doktor dalam mengaplikasikan syariat semasa waktu perlatihannya..
Kalau nak tahu lebih lanjut, pandai2 la search ye =)
Mari membaca!! (^^)v
Ya Allah,
Kau rahmatilah usaha kami ini..
semoga ia menjadi bekalan yang berguna di kemudian hari nanti..
ameen





1 comment:
assalamualaikum...~
saye dah ade Denyut Kasih Medik by Dr Farhan Hadi yg merupakan suami kpd Fatimah Syarha merupakan kawan UIA kakak saye... dan saye kenal Dr Farhan dan beliau merupakan kawan saye mase kat K Krai dulu...<<< complicated tol ayat... ;) P/s: saye dpt free buku tuh... abe farhan bg ;D
Post a Comment