assalamualaikum..
hari ini adalah hari Rabu. Minggu kedua alam percutian saya di Malaysia dan ada satu minggu lebih lagi sebelum terbang kembali ke bumi Jakarta Barat, Indonesia. Alhamdulillah, segala pujian hanyalah untukMu ya Rahman..telah ditakdirkan olehNya untuk menggerakkan kaki membawa badan, jasad dan jiwa ini ke sebuah Kem Ibadah sebagai seorang fasilitator. Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikutinya atas alasan mahu menggunakan sepenuh masa yang ada dengan keluarga (konon2nye =p). Jemputan yang hadir sedari saya masih di Indonesia itu disambut dengan jawapan "insyaAllah,buleh le kot" beberapa hari setelah saya berpijak di Malaysia tercinta. Terima kasih kepada mereka2 yang tidak jemu mengajak dan memujuk saya, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tidur sepanjang hari atau berjalan tak henti2 dan mungkin juga berborak disana sini. Haish, cuti ni memang menduga. =_='
Sebetulnya ini bukanlah kali pertama saya menjadi fasi bagi sesebuah program, tapi inilah program pertama yang ahli jemaahnya tidak saya kenali. Eh, ada2 tapi beberapa orang je pon. Maka kekok bercampur segan tidak dapat saya elakkan. Okeh, pertemuan pertama..taaruf..ok2,berjalan lancar..LDK 2 dan seterusnya, dah mula memainkan peranan untuk bermain dengan pemikiran mereka. Adoi~sukar sekali mencari perkataan dan ayat yang boleh difahami dengan mudah. Baru nampak kesahihan fakta yang mengatakan bahawa seseorang yang berpelajaran tinggi PHd, master n etc,sukar menjadi guru yang baik untuk murid2 sekolah. Atas sebab? kesukaran merendahkan tahap penggunaan bahasa semasa menyampaikan sesuatu.(bukanlah nak kata yg sy berpelajaran tinggi sgt ye.cuma menyatakan fakta umum) Alhamdulillah, dipermudahkan urusan. Adik-adik saya mudah untuk didekati dan senang untuk diajak bersembang. Maka tahap keseganan dan kekekokan saya semakin berkurang=)
Apaje aktiviti yang dijalankan? Macam biasa, ada games yang memerlukan peserta untuk saling bekerjasama, masuk2 hutan, masuk lumpur, terjun kolam, explorace, mandi air terjun, solat dalam hutan, tangkap ikan, masak-masak, debat, muhasabah diri dan sebagainya. Penat rupanya kerja sebagai fasi ni. Lepas habis berprogram dengan adek-adek, ada pulak post-mortem dimalam hari untuk mengkaji kejayaan program yang telah dilakukan dan membincangkan gerak kerja untuk hari yang seterusnya. Balik bilik tidur sejam dua dah kena kejut untuk ambil giliran jadi jaga untuk memastikan adik-adik itu semuanya selamat. Ada satu malam tu, kelihatan satu kelibat makhluk aneh sedang menjalar2 di kawasan perkhemahan. Yap, ada ular! walaupun hanyalah anak ular tapi dari gaya dia berjalan dan kebolehannya menggangkat kepala amat menguatkan keyakinan saya bahawa itu adalah ular senduk! bahaya kot. Maka mereka diarahkan untuk tidur didalam dewan solat. Elok pun, dengan keadaan khemah yang separuh nak runtuh dek kerana angin kuat ditambah banjir dalam khemah oleh air hujan. Habis basah semua beg2 diorang. Kalau tidak kerana ular mungkin mereka terpaksa tidur dalam air berbumbungkan khemah yang sudah nazak itu. Sadis sungguh tapi dah nama pun perkhemahan, kenalah jadi orang yang tahan lasakkan. Sabaq na~ belajar erti kesusahan.
Satu sesi yang memerlukan para fasilitatornya untuk berlaku kejam adalah dimana adik2 ini harus merayu untuk diselamatkan dalam satu situasi kapal karam. Kami dikehendaki mengeluarkan soalan2 pedas dan memprovok mereka sampai kesatu tahap dimana mereka akan meluahkan perasaan, menyatakan penyesalan dan menangis keinsafan. Memang terasa kejam la kan, haish~tapi sebenarnya diri sendiri yang banyak makan dalam.haha.padan muka=p. Sesi yang paling saya suka adalah sesi membuli mereka.(^_-)v Setiap seorang dari mereka dibekalkan lilin, dimana cahaya lilin itu ibarat iman. Kami bertugas menjadi pemusnah keimanan mereka atau dalam erti kata lainnya "syaiton". Kalau api mereka terpadam, kawan2 yang lain harus membantu sebagi simbolik kepada rakan yang membantu mengeluarkan mereka dari kegelapan. Mula2 saya cuba padamkan lilin dengan tangan.2 3 kali percubaan.okeh sakit la faiqah,pandai sungguh!-.- keluarkan kipas ajaib dan terus beraksi. Seronok sungguh main kejar2, macam2 aksi persembunyian dapat dilihat. Ada yang terperuk tepi dinding, ada yang membina tembok manusia kukuh dengan menghalakan lilin kebahagian dalam, ada yang sorok dalam tudung!hehe.kreatif sungguh adik2 ku ini. Tapi kejayaan tetap milik kami.=D
Oh, ada satu sesi LDK yang saya rasa agak menarik. Dimana setiap dari mereka diberi nombor didalam usrah masing2. Setiap nombor itu mewakili satu tugasan yang memerlukan mereka untuk menyampaikan tugasan itu pada kumpulan lain. Tugas ahli2 kumpulan yang lain pula adalah, melakukan apa juga aksi dan gaya untuk menyakitkan hati orang yang sedang 'memberi ceramah' yakni mereka yang datang dari kumpulan lain itu. Walaupun kedengaran ridiculous sebab masing2 dah tahu yang ceramah mereka tidak akan didengari tapi ia tetap memberi kesan sampai ada yang menangis2 sebab tidak ada orang yang mahu mendengar dia berbicara. Saya boleh melihat perubahan air muka adik2 saya bila balik dari kumpulan lain. Muka kecewa,muka frust, muka bengang, ada yang sampai2 je terus mengalirkan air mata. Motif game ini? Untuk memberitahu mereka bagaimana rasanya apabila guru sedang mengajar dan kita tidak memberi perhatian. Biar diorang tahu yang guru itu juga adalah manusia yang berperasaan dan sangat wajib untuk dihormati. Alhamdulillah, sesi ini berjaya mencapai matlamatnya.







2 comments:
Fun and Educating...~!!! XD
yeap2..(^^)v
Post a Comment