::bismillahirrahmanirrahim::
assalamualaikum,
sehari sebelum ke Sg.Gabai, saya mengikuti ibu ke sebuah rumah. " Ada kelas " kata ibu, sampai sahaja dirumah tersebut kelihatan seorang ustaz bersama 2 orang kanak-kanak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. "Anak ustaz kot" bisik hati saya. Maka saya pon mengambil tempat dan melihat sekeliling. Mata tertancap pada satu sudut yang terdapat himpunan buku-buku agama. Wah, si dia berada disitu! Lantas saya menggapainya dengan harapan ingin membelek barang seketika. Alangkah hampanya, dia masih elok kemas berbalut . Okeh, xpe2..kan dah ada pengganti kat Indon sana tue. Terima kasih kepada yang memberi! ^^
Baiklah, kelas berlansung dengan kata-kata pembukaan dari ustaz tersebut, Membicarakan bagaimana terkelompoknya ibu bapa ini kedalam 2 golongan. Yakni golongan yg apabila hampirnya kematian. Mereka bimbang tentang makan minum,harta,pelajaran dunia anak2nya. Manakala golongan yang satu lagi adalah golongan yang risau akan aqidah dan ibadah anak2nya. Menelusuri situasi dan keadaan masa kini, kalaulah kita yang menjadi ibu bapa. Agak-agak kita tergolong dalam golongan yang mana? Hmm..
Mungkin anda akan terfikir, "mestilah kene fikir pasal makan minum,harta sume.Kalau tak.macamane anak aku nak hidup?!" Yap, kenyataan itu tidak ada salahnya. Cuma, keprihatinan yang hanya meletakkan dunia sebagai suatu kebimbangan adalah tidak mencukupi untuk anak-anak kita bahkan diri kita sendiri. Tetapi, dengan tertanamnya keprihatinan terhadap sesuatu yang bersifat kekal, yakni yang akan dibawa ke alam abadi akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat. Kerana agama tidak pernah memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat. Tetapi mereka yang berpegang kepada dunia, acapkali mengeluarkan fatwa yang mengasingkan agama dengan kehidupan seharian. Masuk sekolah agama? tak baguslah~ Nak bersukan? kene pakai short baru laju Nak jadi profesional? kene dress up macam orang putih Nak berpolitik? jgn libat2kan hal agama ye! Nak makan dekat hotel? eh,apa pakai tangan ni,nampak miskin la~ Nak kerja pakai lebai? takbleh2, nnt orang kata kau tak educated,kolot Nak hantar anak skolah agama? xyahla, nnt anak kau nk keje apa?skolah agama ni tak boleh pegi jauh! Itulah kata-kata yang sering bermain dibibir2 mereka dan mungkin juga kita. Tidak tahukah kita tujuan penciptaan kita? bahwa kehidupan ini merupakan satu perjalanan ibadah? Maka yang mana bakal menjadi pilihan kita kelak? Hmm..mari fikir-fikirkan=)
Selesai memberi kata pembukaan, majlis diteruskan oleh kedua kanak-kanak tersebut yang rupanya merupakan anak murid ustaz itu. Kanak2 lelaki itu bernama umar. Usianya 10 tahun dan telah menghafaz 8 juzuk. Dia mengupas surah 'demi masa'. MasyaAllah~Subhanallah. Sangat menarik! Gaya dan lenggok percakapan yang boleh dikategorikan hebat la! Alunan ayat-ayat suci yang memang meningkatkan tahap kejelesan dalam diri. Kecil2 cili padi.Geram sungguh saya.
Seterusnya giliran kanak-kanak perempuan itu. Namanya Fatimah Azzahra, berumur 11 tahun dan telah menghafaz 11 juzuk Al-Quran. Dia menceritakan tentang pengorbanan seorang wanita sahaya, hamba kepada firaun yang dibunuh kerana mempertahankan kesucian aqidahnya. best2! =)
Saya suka melihat mereka berbicara. Mulut kecil itu bergerak laju menuturkan kata-kata hikmah, mengalunkan ayat2 penggetar jiwa. Beruntungnya ibu bapa mereka. Dikurniakan anak-anak yang berpotensi untuk mengembangkan agama.insyaAllah.
Saya terfikir..Tidak mahukah saya mempunyai pewaris seperti ini? Yang setiap kata-katanya memberi pahala kepada kita dikemudian hari.Yang doa-doanya dapat membantu kita dibarzakh nanti. Mungkin terlalu awal untuk berbicara soal ini, tapi tidak salah jika merancang diawal hari. Usaha yang boleh dilakukan disaat ini? Membangunkan potensi diri sendiri dulu dalam memahami Al-Quran. Kalau dulu jarang mengaji, sekarang rajin2kanlah. Kalau malas sebab mengaji pun merangkak lagi, sekarang usahakanlah memperlancarkannya. *tahu x, orang yg tidak lancar mengaji,bila dia usaha untuk mengaji,dia akan dapat 2 kali pahala.1 untuk bacaannya.1 untuk usahanya.untungkan!* Kalau dah selalu mengaji tapi bukan setiap hari, sekarang istiqamahlah. sehelai sehari pon takpe, asalkan ada makanan rohani itu. Kalau dah setiap hari mengaji, sekarang rajin2lah bukak tafsir. Dari satu fasa ke satu fasa. Biar perlahan tapi ada kemajuan. Kita harus bergerak, sampai bila nak duduk ditakuk lama. Kalau bukan kita yang bergerak siapa lagi? nak harapkan jiran sebelah. dia mungkin tengah tidur mati. Saya juga sedang menyedarkan diri. Kadang tersedar kadang lupa diri. Jadi coretan ini tidaklah lebih dari mengingati diri ini. Tapi kalau kita ramai2 saling berkejar ke arah kebaikan kan best!^^ Maka saya menulis dihari ini, menyatakan apa yang terdetik dihati. Semoga kau dan aku, menjadi insan yang hidupya dihiasi gerak kerja dari Al-Quranul Karim.
bersama membangun generasi Al-Quran (^_-)v
2 comments:
salam kakyong.wah sangat interesting!
bestnye lau dpt join jgk ni~
wslm..mmg interesting ditambah kejelesing yg mmbuak2..geram tngok bdak2 ni..pastu banding dgn diri sendiri..adoi~ =p
Post a Comment