Monday, March 1, 2010

::- home sweet home -::

*perhatian: post dibawah sangat tidak memberi manfaat,maka pandai2 la buat pilihan nak baca ke taknak =) *

assalamualaikum,

hello kawan2=) alhamdulillah saya dah selamat sampai ke rumah tercinta! panjang sungguh perjalanan nak sampai ke KLIA sampai tak sempat nk berperasaan, tiba2 aje "eh,lagii setengah jam teksi datang nak bawak g bandara". Masa ni barulah tersedar, "dah nak balik dah aku rupanya". Seminggu bercuti di Indonesia diisi dengan begitu terisi! Tidak ada sehari pun diri ini dibenarkan bertapa dirumah atau duduk bersenang lenang menonton muvi, tido sampai matahari tegak diatas kepala, bermain game sepanjang hari dan seangkatan dengannya. Atas sebab apa? haa~ dari urusan rumah ke urusan tempahan2 kain ke urusan tempahan buku2 sampai la ke urusan meneman orang beli barang hantaran kahwin. Malam sebelum terbang, saya berulang alik 7-8kali dari rumah baru dengan rumah lama. Angkat2 barang sendiri, ateen n iqin. Jam 11 lebih baru settle, duduk rehat2 sekejap baru teringat. Faiqah!! barang tak habis packing lagi! memang la kan..teksi datang pukul 3pagi! haigOo~ rushing2 kemas barang.tup tup terdengar hon teksi diluar rumah. okeh, masuk2kan barang gerak ke Bandara, sampai2 terus check in sembang sekejap pastu masuk departure gate n naik flight. Sangat tak sempat untuk berperasaan kan!

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan untuk sampai ke Malaysia, pertama kali naik flight sorang2, takut.tapi tak sempat nak layan perasaan takut tu. Makanya, main redah ajela. Syukur tak sesat ke salah turun negara orang lain ke. Kalau tidak menangis tak berlagu la jawapnya. Dekat KLIA, mata melilau mencari mereka..tak nampak pon=( ok call abah, "diorang dah masuk tu". baiklah jalan2 sket ternampak satu sosok yang agak dikenali memegang sepanduk ini>

* okey, macamla dh setahun tak balikkan n sgt childish but this is the result when u hav 2 sisters yg sgt bersemangat!* haha, tq guys =)

Sampai2 rumah, nampak opah terbaring lesu di ruang tamu. Opah saya sakit strok, dia dah tak boleh bangun dan bercakap. Hanya mampu gerakkan tangan sket2, mengeluar suara yang tidak difahami dan menangis. Betullah kata orang, suatu hari nanti kita akan kembali berkelakuan seperti seorang bayi, jika panjang umurlah. Semoga Allah permudahkan urusanmu opah~ Saya terus mendekati opah, mencapai tangannya dan mencium tangan kurus itu. Kemudian mengeluarkan pertanyaan berikut::

" Opah, kenal ga ?? "

adoi~ macamane boleh terkeluar ni!
akak dah ketawa terbahak2. *malu2*

Aktiviti diteruskan dengan pembongkaran bagasi. Biasalah, dah macam tradition bila sapa2 balik dari overc mesti nak punggah barang sama2. Nak cari souvenir la kan apa lagi. Memang tak sabau2 =p Malam harinya pergi melawat p.usu yang baru bergelar bapa. tahniah!! makan larut malam dekat sate kajang. ditambah dengan nasi lemak daun pisang yang sangat menyelerakan. memang best! *tq p.usu*

perjalanan pada hari ahad? next post lah.hee~

p/s: kan dah kata tak bermanfaat.haish.degil. (^^)

4 comments:

Anonymous said...

bismilLah,
quote,"Betullah kata orang, suatu hari nanti kita akan kembali berkelakuan seperti seorang bayi, jika panjang umurlah"..lihat surah Yasin, wallahu a'lam

p/s:hmm,word haig0o cam familiar jer..!!eheh

ibnyusoff said...

baru trbace ntri ini..
innalilLahi wa inna ilaihi rajiun..
brape umo opah anda??(strok ingatkan ak pd insan2 trcnte yg tlah pergi "disbbkan" strok)
moge dia dibri kekuatan sabar dan redha n jagelah dia dgn sebaek mgkn-1000x- slagi hayat dikndg badan (lau x, cnfm nyesal)

piko said...

u.. jom2 kite g dftar kt malay council ke o ape2 je yg swaktu dgnnye.. dh kronik ni.. smpai ngan opah pon nk speaking hehe~
tp better than me.. skang nk ckp pon ragu2 tu vocab indon ke melayu.. adoyy.. cm retard pon ad.. sbb kdg2 musykil ngan kate2 sendiri.. toloooong~ haha..

faiqah ar said...

anonymous: surah yassin? baiklah,insyaAllah akan dicari.jazakallah..haigOo? ni ajaran kawan saya aka roomie saya aka miss macho saya iaitu piko =)

yusran : umo?hmm,reaching 90.-ameen for the doa- n jazakallah atas nasehat =)

piko: haha..u lagi la dasyat kan..dgn slang lagi.woah,kte sudah berada ditahap kronik melituss nie! kte pon dah stat panggil adek kte dgn ajakan "yuk! ayuh!" haish~ bahaya2..Jom piko, kte daftar!hehe (^_-)