Wednesday, March 3, 2010

::- mereka juga manusia -::

bismillahirrahmanirrahim




apakhabar kawan2? bagaimanakah keadaan hati anda? iman anda? masih berada di tempatnya atau sudah semakin terkulai layu? sendiri yang rasa sendiri yang tahu maka buatlah apa yang perlu =)

cuti yang panjang dan agak lama, masa lapang yang terhidang didepan mata, memang sangat seronok untuk dijamah dan dinikmati bersama. namun, kekosongan aktiviti yang mengisi diari sehari amat merisaukan saya. Bila diari tidak terisi, syaitan mula mengambil peluang. Dari setiap sisi dia mencucuk, ajakan2 halus ke arah maksiat, buat benda2 lagha, kemalasan memuncak biarpon bosan tak terkata. Maka solusi itu harus dicari!

alhamdulillah digerakkan kaki saya untuk melangkah kemajlis ilmu semalam. Seperti biasa, nafsu memberontak kata 'malasssnyaa~' 'xyah la pegi, tv banyak cite best~' 'bosan kot dengar ceramah' . Memang payah la mahu meloloskan diri dari godaan2 ni. Cara mengatasi? masa ibu buat ajakan halus =p terus angguk n say 'insyaAllah', then stop evaluating! jangan dilayan gosip-gosip syaitan tu.buang karan aje. Mula-mula nak pergi memang tidak dinafikan susah tapi kalau tak pergi jugak memang menyesal tak sudah. Saya suka dengar ceramah2 mereka, seronok, menarik, informatif lagi terkini. Membawa sesuatu berdasarkan fakta bukan kiasan dari kata2 manusia sahaja. Fakta apa je? Al-Quran dan As-Sunnah. Letihkan dengar orang asyik cakap hal2 macam ni. Bengangkan bila orang timbulkan isu2 baru yang bertentangan dengan apa yang kita buat selama ni. Tapi kemanakah kita salurkan keletihan dan kebengangan itu? marah yang tidak membina. kutukan yang akhirnya mati begitu sahaja. atau duduk mendengar dan hanya menerima? dimanakah akal yang diberikan itu ya syabab? letaknya di kepala atau di lutut adalah kita yang menentukan. So, choose wisely ^^

Bukanlah hal diatas yang ingin saya bangkitkan. Tapi kisah seorang ustaz yang baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan mengajar tanpa tauliah. Diberi nama ustaz Fathul Baari (org perlis), seorang pendakwah bebas yang ditahan selama beberapa jam didalam lokap. Berkongsi kisah antara dia dan penghuni penjara tersebut. Kemasukannya kedalam lokap menjadi perbualan warga2 lokap dek kerana lebai dikepala, mereka pelik bagaimana ustaz boleh masuk penjara.

mereka: buat salah apa ni ustaz? ajaran sesat pulak doh ke?
ustaz : dok eh, ni mengaja tanpa tauliah.
mereka :ohh, ni macam kes dadah la ni.
(penjual dadah ditahan kerana mereka tidak perlu membayar cukai yg bermaksud mereka tidak bertauliah)
ustaz dan mereka :*ketawa*

masuk waktu zohor.
ustaz: xmau solat ka? da zohor ni
mereka: eh kami ni ustaz..pakai sluaq pendek, xmenutup aurat.

seusai solat zohot
mereka: ustaz ni ada orang nak tanya hukum
(orang dari sel sebelah menyampaikan pertanyaan dari jiran dia yang kat sebelah sana)
ustaz : ha, tanyalah
(soal jawab berlansung dgn keadaan ustaz menyampaikan kepada jirannya, jirannya pulak menterjemah kepada jiran disebelah dia.menarikkan =) )

antara soalan yang ditanya:
apa hukum solat pakai seluar pendek
apa hukum berzina dan ada anak luar nikah
(dia ada 3 org anak luar nikah dari 3 wanita yg berbeza dan dia telah menyuruh wanita pertama menggugurkan anak mereka,lalu dia menguburkan anak itu)
apa hukum bagi keadaan diatas.
etc..etc..

siapakah mereka dimata masyarakat? ya, perogol,perompak, penzina, penjual dadah. mereka mungkin dihina dan dicaci. tapi kemahuan mereka untuk bertanya dan mengambil tahu itu harus DIPUJI. kesalahan yang dilakukan adalah kesilapan lampau, jangan terus menghukum kerana mereka juga manusia yang mahukan peluang kali kedua. yang fitrahnya mahu kembali kepada Yang Esa. Analogi yang sama harus didedikasi kepada insan2 di sekeliling kita. keluarga, kawan mahupun jiran. biar seburuk mana tindakan dia. berusahalah untuk tidak membenci individu itu. letakkan kebencian pada perbuatannya tapi bukan pada jiwa dan hati tersebut. jika mampu, dekati dan fahami mereka.Dakwah tidak berlaku dalam sehari, perubahan juga tidak terjadi sekelip mata. Maka bersabarlah dalam menghadapi insan2 begini. Mungkin mereka keliru mungkin mereka buntu.

Maka tolong jangan terus membenci kerna mereka juga manusia biasa~

*kebencian yang mungkin membunuh diri*

1 comment:

.::ANNAEM::. said...

saye setuju... never judge people in the outer appearence....~