Tuesday, August 10, 2010

:: ramadhan kareem =) ::

:: bismillahirrahmanirrahim ::





assalamualaikum,

hari ini hari selasa. 10 haribulan augustus 2010. bersamaan dengan 29 sya'ban 1431 hijrah. yang mana bermaksud, esok puasa!!



alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang dengan rahmat dan kasih sayang-Nya memberi kita peluang untuk menikmati Ramadhan kali ini. peluang yang bukan hanya sekadar angin lalu. kerana ia mampu membentuk jati diri, membina pertahanan tinggi, menanam kubu besi sedalam 7 kaki. bahkan mampu melukis warna hidup yang baru ! tak percaya? cuba try tengok~







kalau ramadhan sebelum ini kita hanya berpuasa dengan menahan makan dan minum. sementara tunggu maghrib kita isi dengan tidur sepanjang hari, layan movie selagi nafas tidak berhenti, main game sampai tumbuh kulat dikaki atau duduk melangut melayan mimpi di siang hari. apa kata kali ini.. kita tukar sikit. tak banyak pun sikiittt aje. betul ni. saya tida tipu. mau ka tida mau? well, saya tida kesah, saya nak ajak jugak! hehe.







dalam sebulan ada 30 hari. dalam sehari ada 24 jam. rasa-rasa anda, kalau kita luangkan masa sejam aje. sejam aje ni~ untuk baca quran rugi tidak? kalau ye pun busy, takkan lah sampai penuh jadual kita untuk 24 jam sehari tu kan. makanya, ayuh kawan2 kita cuba khatamkan 30 juzuk dalam masa sebulan ni !


:~ 30 juzuk tau =) ~:



susah ? tak sempat ?

aduhai, janganlah tipu diri sendiri. tak rasa memperbodohkan diri ke dengan menipu akal yang boleh berfikir itu? yakinlah, kita boleh buat ! ada orang pernah habiskan dalam masa seminggu, jadi apa kurangnya kita kan. kita pun manusia yang diberi akal yang sama oleh Allah, diberi masa dan waktu yang sama, bilangan oksigen yang masuk dalam badan pun sama. maka dimana kurangnya kita ? none.

perubahan itu berlaku bukan secara mendadak. iya itu benar, tapi ia tidak memberi sebarang lesen untuk kita tidak bergerak! mulakanlah langkah kita. walau sekecil kecil amalan. mulakan! jangan banyak berdalih lagi. kesian hati, kesian jasad, penat dia tunggu. penat dia 'tersedar', letih dia 'bermimpi'. tapi masih duduk ditakuk yang sama.

oleh itu kawan-kawan,

jom-jom berkejar ke arah kebaikan ! kita usaha sama-sama ya. kalau nak tambah amalan lain pun bagus juga. mari-mari kita berlumba dalam pertandingan yang tidak rugi untuk kalah. sebab kita tidak dinilai dari hasil yang diperoleh, tapi pada usaha yang dilakukan.

lihat, cantikkan gerak kerja Dia. =)






agen-agen sekalian,
selamat menjalani latihan pertahanan terkemuka dunia! semoga bertemu 'permata' yang tersembunyi.



1..2..3  GO!!!



------------------------mission started---------------------


4 hari lagi ! ^^

2 comments:

ibnyusoff said...

hmm,what if 30juz/ramadhan itu ditukar?(well bulan Islam tak selalunya 30hari,mgkin 29?)
..mungkin kurg sikit namun disertakan terjemah atau tafseer?

im a muslim said...

ini hanyalah option mudah. terpulanglah dengan tahap dan keselesaan masing-masing.