:: bismillahirrahmanirrahim ::

assalamualaikum..
salam 7 ramadhan =)
alhamdulillah, saya sekarang sedang bertapak di tanah tumpahnya darahku. MALAYSIA ^^ happy? sudah semestinya, excessive happiness lagi =D kalau dulu di indonesia asyik mengada nak makan makanan malaysia. bila balik rumah, haa amik hang~ dah macam syurga makanan rasanya. sampai pening nak makan yang mana satu. terima kasih kepada ibu dan abah yang suka meyehatkan anak diorang ni. haha ;p

*ye kawan2, jangan membazir tau =p*
hari ini saya pergi hospital kajang buat hospital attachment. saya join forensik department. masa mula-mula sampai, berdebar juga saya. mana la tahu kena suruh ambil darah ke potong badan orang ke. padahal, first year pun baru habis, ketuk-ketuk badan orang boleh la -_-"
procedure di jabatan forensik ini cukup ketat. sekiranya mangsa yang dibawa tidak berkaitan dengan sebarang kes bunuh atau kes-kes yang pelik bin ajaib. maka ia akan dijalankan oleh medical officer yang bertugas. kalau kes berat yang lain, semuanya akan di kerjakan oleh ketua jabatan forensik. mula-mula, kami diberikan laporan ringkas mengenai mayat-mayat yang akan dibedah siasat. kemudian kami harus menunggu polis untuk mendapatkan gambaran dan maklumat lanjut, sudah semestinya bukanlah kami yang diberi briefing kan, kami tukang dengar aje.

kes pertama kami *cewah* adalah berkenaan seorang warga myanmar yang ditemui mati 'complete hanging'. dijangka mati membunuh diri. tapi terdapat juga kesan rumah yang dibakar. oleh sebab polis tidak membawa laporan yang cukup, maka pembedahan ke atas mayat ditunda keesokkan hari. jadi esok saya update insyaAllah. =)
* macam ni la kena dress up*
kes kedua kami lagi *hehe* adalah kes bunuh! woaha, menarikkan ! excited terlebih~ ;p mangsa ditemui mati dalam sebuah kawasan pokok getah dengan keadaan tengkuk dijerut oleh tali nylon yang bercircumference 30 cm kemudian diikat pada pokok. mengikut penerangan oleh polis yang bertugas *time ni belum tengok mayat* didahi mangsa terdapat 2 kesan tetakan, dijangka kapak. tidak terdapat sebarang senjata yang ditemui di 'crime scene' juga tiada sebarang tanda-tanda pergelutan. jadi kes itu mungkin bunuh diri atau dibunuh. inspektor itu suspek dibunuh atas tujuan balas dendam. -_-'
oleh kerana kes yang ini berat. jadi doktor pakar lah yang turunkan. ingatkan beliau seorang yang garang lagi serious. ternyata, sangkaan buruk itu sangat tidak baik. hehe. kami diajak sembang macam borak dengan anak jiran, kemudian dia terangkan serba sedikit macam mana nak cam mayat dari segi bangsa, malaysian atau tidak. sebab kematian secara kasar dan beliau bahkan mampu membezakan beberapa jenis penduduk indonesia ! impressive bukan. itulah orang kata, banyak pembedahan, luas pengetahuan. =)
berbalik kepada kes kedua tadi, oleh kerana saya dan dua lagi rakan 'sekerja' baru pertama kali datang. maka kami hanya dibenarkan melihat tanpa menyentuh mayat. kalau sudah melihat 5 kes keatas, insyaAllah diberi peluang untuk belah mayat sendiri. *excited lagi* XD . itulah pertama kali saya masuk bilik operasi bedah siasat. besaarr, lengkap dengan alat-alat memotong, membelah, pisau besar, bergerigi, semua ada.

masuk-masuk kelihatan satu plastik besar yang membungkus mayat. tak berkedip mata masa team bedah siasat tu bukak plastik itu. jarak kami dengan meja mayat hanya 3-5 langkah. sangat dekat. kemudian, satu persatu pakaian mangsa ditanggalkan. semua jenis dan jenama pakaian itu dicatat. kuku mangsa dipotong dan disimpan untuk pemeriksaan lab mungkin. tiba-tiba, kelihatan sehelai rambut pada genggaman tangan mangsa. ia terus diambil dan disimpan dalam bekas kecil. fuhh~ memang macam CSI. haha ;p
bila sudah ditiadakan pakaiannya, barulah terlihat beberapa kesan lain pada bahagian belakang mangsa. calar jela tapi. bila sudah dimandikan, ala-ala mandi kerbau gitu. kelihatan pula bruise pada bahagian antara frontal dan temporal bone mangsa. doktor tersebut terus membuat andaian bahawa ketukan itu sangat kuat dan menggunakan sesuatu yang bulat. lepas tu, doktor yang sangat relax itu panggil kami mendekati beliau yang sedang duduk diatas kerusi beroda. dan tanya kami, "apa yang kamu nampak?" main serkap jarang lah kami jawab pelik-pelik. haha. kemudian dia pun terangkan serba sedikit mengenai kesan torehan, calar dan ketukan dikepala tu. *saya beria ingat hematoma, haha dah itu je yang tahu ;p*
lepas tu, operasi belah membelah pun bermula, seorang belah kepala seorang lagi belah dari sternum sampai kawasan 'hipogastrica' . saya rasa macam nak pinjam je pisau diorang, buat potong ayam ke daging ke best jugak. sangat tajam! comel pun comel. mudah dibawa kemana sahaja =) terbuka sahaja perut mayat tersebut. keluarlah bau semerbak yang sangat merbak. ini kerana perut mangsa telah mula mengembung akibat penghasilan gas-gas yang mula membusuk. saya boleh lihat small intestine mangsa yang mengembung macam belon panjang-panjang yang badut suka buat bentuk binatang tu.boleh bayang ?
apabila tulang iga mangsa dipotong dan diangkat, doktor itu menjelaskan bahawa confirm mangsa berusia antara 25 ke 20 tahun. alasannya adalah kerana, tulang-tulang iga tersebut masih belum mengeras dan sangat senang dipotong. kalau nak ikutkan, penglihatan mata rabun saya ni, tulang iga mangsa tersebut macam tulang putih ayam yang boleh digigit-gigit tu. mengikut doktor itu lagi, kalau umur mencecah 30-an, tulang iga akan mengeras. bila mencapai 50-an dia akan menjadi sangat keras dan rib cage kita akan menurunkan diameternya jadi bertambah kecillah kan. oh ya, mangsa juga hisap rokok! sebab paru-paru dia macam preparat kelas anatomi saya. hehe.

*sayangilah paru-paru anda*
tiba-tiba ada seorang doktor yang bekerja dibawah beliau mengutarakan pertanyaan kot, saya rasalah dia tanya benda ni " kenapa bukan dijerut dahulu baru dihentak?" jawapan doktor tersebut, hentakan kepala itu yang menyebabkan mangsa pengsan. kemudian diikat sehingga menyekat pernafasan dan menyebabkan kematian. dikukuhkan lagi dengan ketiadaan sebarang tanda-tanda mangsa bergelut, jadi mestilah dia pengsan sebelum diikat kan. woah, satu lagi scene CSI. haha ;p
sebelum balik, beliau berterima kasih kepada semua staff yang terlibat. katanya " disini lepas habis semua benda kita cakap terima kasih dengan semua orang. itu budaya kita. ingat ye " baguskan =) okeh, lepas habis sembang-sembang sikit dengan doktor tersebut kami pun berangkat pulang.

ya Allah.
ikhaskan aku dalam mencari ilmu-Mu
permudahkan aku dalam perjalanan ini
terima kasih ya Aziz
terima kasih atas segalanya =)
p/s: terima kasih kepada nur afida hanim bt jamal, yang sudi mempelawa dan mengangkut saya!! jazakillahkhairankasira =D
12 comments:
salam...
waahh..best nyer faiqah..
nak join gak...
oh my..beruntung nyerr anda..sbb itu sy suke forensik..hehe..tapi skang x lagi bile anda tahu bahawa ....jeng222..hehe..btw..nice job babe..kim slm2 doc2 hensem kat situ keh??
faiqahhhhhhhhhhh..
mst bestttttttt kan..
jelesnyaaaaaa :D
hahaha :D
do updates ea..
nak bace lg ^^
tq..
huhu,,bestnye,,nk join gak..
skrg dah betul2 jeles dgn kamu..
kdang2 org xterfikir nk join benda tu..tapi kamu lain dari yang lain..
kdang2 terfikir gak..bleh kew join bnda mcam ni...sekali lagi kamu buktikan yang kamu memg kuat berfikir dan dimana ade kamahuan di situ ada jalan..now i know why u ar better then me in all aspect..huhu..jeles3...
apepun..tahniah n all the best..huhu..
eeee....camne leh terfikir nk gi join bnda tu ea..huhu..ok2..
dah2..i need to clean my heart again..huhu
wow, maw ikot!!! boleh pegi suke2 je ke? i mean, just dtg kate nak wat attachment?
*hurm..since die ade tulis "diangkot oleh seseorang", maybe tak leh kot..kene ade org bawak, gitu???
iera : wslm.. alamak, jaohh la ira..huhu
tika : oh u~ ngada je kan awak.haha;p
alma : best3!!^^ hehe.insyaAllah2.
anon : apekah? haha. no no no. each and every one of us are precious and owned a very unique personalities. Allah itu kan adil. so anon, u just have to belief =)
asip : kalau nak ikutkan kena buat surat atau dapatkan surat dari univ. ni pun dpt join sbb ketua department tu ayah kpd kawan punya kawan.
kawan-kawan, later saya cuba tanya pak gunawan kalau2 ukrida boleh buatkan surat untuk kita2 semua okeyh ;)
best.teringin gak. huhu... dari cuti xtau nak wat ape. haha.
welcome~!
=D
Salam,nak jadi pakar forensic ke?
ana : jom3! hehe
fida : =D
anon : entahla.. ;p
blogwalking teman
blogwalking teman
Post a Comment