Monday, August 30, 2010

::- CSI -end- ::

::- bismillahirrahmanirrahim-::





assalamualaikum,

salam 20 ramadhan =)


ini cerita sambungan CSI dan CSI II ..

alamdulillah, saya dapat melihat lebih dari 10 kes. dari kes bunuh, gantung diri, terjun bangunan, kelar leher, tikam, sakit jantung (sudden death), jangkitan kuman, kena langgar komuter, kena pukul dan lagi dan lagi. ada yang mayatnya baru meninggal tidak sampai 24 jam, ada yang sudah reput, ada juga yang sudah berulat. keadaan mayat? bergantung lah pada cara kematian. ada yang kelihatannya normal dari luaran, tapi rupanya sudah pecah tengkorak dan berkecai otaknya, ada yang kelihatan sehat walafiat tapi rupanya patah riuk tulang-tulang badannya. malah ada mayat yang patah tulang-tulang iganya akibat salah melakukan cara CPR *Cardiopulmonary resuscitation* siapa yang tidak tahu, sila google ye. jadinya bakal-bakal ahli perubatan sekalian, belajar biar yang benar. pengetahuan secara teori itu tidak cukup, malah sangat tidak cukup andai tidak disertakan dengan kemahiran praktikal yang betul. anda tahu, kesalahan yang sedikit itu mampu menghantui kita sepanjang hayat.




alhamdulillah lagi, saya diberi kesempatan memakai baju biru. bermakna dapat ikut serta mengerjakan bedah siasat ! XD =D dapatlah merasa sejuknya tubuh mayat. sejuuuukk~ kami pun mula berteori mencari punca mayat sejuk yang amat. blood circulation stoplah, haba dah tak tertransmit. manusia yang warm blooded jadi cold lah.entah apa-apa yang kami reka. rupanya jawapan dia senang je. "sebab disimpan dalam freezer" haha. ^^

bila doktor suruh saya tunjuk tulang yang patah. saya dah risau, "macam mana nak tahu tulang tu patah? nampak normal je". beliau pun berkata " pergi raba mayat tu!" . haha, takut sebenarnya nak pegang. tak pernah la katakan ;p warna mayat pun sudah bertukar. oh ya, mayat akan bertukar warna secara berperingkat, bergantung pada tempoh kematian.saya pun pergi la dekat mayat pura-pura berani main angkat-angkat tangan dia. amazingly, memang terasa oh! *excited2* . lepas tu rasa dekat rib cage. pun ada patah. kaki pun ada patah. adui la sakit, inilah akibatnya kena libas dengan komuter. bukan langgar tau. kalau langgar mesti mayat hancurkan. *expand your imaginationn~* =)

doktor suka cakap macam ni " siapa yang pakai glove wajib kena pegang! " lepas itu, dia akan suruh pegang, rasa, explore badan tu. kalau kena cari kidney, haruslah menyeluk nyeluk tangan melalui usus-usus yang banyak itu sebab kedudukan kidney kan jauh dibelakang. ada juga yang dapat belah mayat dan drill tengkorak. saya dapat jahit mayat ! *happy2* walaupun tidaklah secantik yang brother pembantu perubatan itu buat. tapi dia kata " alah takpe, baru belajar" .




saya suka bila doktor mengeluarkan otak atau jantung atau bahagian lain dan tunjukkan cara macam mana nak tahu dia mati sebab apa? kalau di bahagian otak, kita boleh kesan oedema, petichae. kalau di jantung, boleh nampak gelembung-gelembung kolestrol di saluran aorta, penyumbatan arteri coronaria yang sememangnya sangat kecil. oh2, yang part jantung ini, anak doktor yang ajar. jeles sungguh ! sebab dia tahu banyak benda tapi umur kitorang serupa okeh~

bila hari-hari yang tiada kes, kami kena susun tulang. dari kepala sampai kaki. haha, memang poning kepalo den. tulang-tulang iga yang macam nak serupa je semua. tulang belakang yang saya sudah lupa bentuk bentuk dia. nasib baik ada patung tulang dekat situ, boleh la compare-compare.hehe. kemudian, cari punca kematian dari tulang-tulang tu.set tulang yang pertama, mati sebab di tetak. ada kesan dekat kepala, kening dan dagu. set kedua mati kena tembak senapang patah dari jarak dekat. fuhh~ pecah tengkorak dia, tembus. hai la manusia, kejam sungguh.

 

kalau nak diikutkan hati, banyak yang mahu dicoretkan. tapi doktor kata, "cerita dalam ni jangan dibawa keluar, nanti mayat marah!" disebabkan CSI I dan CSI II saya dah tercerita secara detail. apo den nak buat ye dak. makanya, inilah kesimpulan 'pendek' yang dapat saya kongsikan tanpa menspecifickan pada mangsa-mangsa tersebut.



sepanjang seminggu lebih di unit forensik hospital serdang, menyaksikan berbagai rupa dan bentuk kematian, mendengar tangis dan rayu keluarga mangsa, melihat uniknya fungsi tubuh manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain dan memperhati luasnya ilmu Allah.ia mengajar saya untuk melihat kematian itu dari suatu sudut yang berbeza. Takdir yang tidak oleh dinegosiasi oleh manusia, andai waktunya telah tiba, berlindunglah di bilik kebal sekalipun. rentapan nyawa itu tetap akan berlaku tanpa lengah walau sesaat pun.

dikurniakan pembimbing yang sangat low profile, walau punya pangkat tinggi, walau punya ilmu yang banyak. masih sudi untuk bersama kami, mencurah permata yang dikutip berpuluh-puluh tahun lamanya.tidak sekali beliau mencemuh saya yang belajar di Indonesia ni, rajin berborak lagi ada. sungguh saya sangat menghargainya. terima kasih Dr. Karim =)


perjalanan pagi yang memerlukan kesabaran sebab jem teramat, menuntut kami untuk keluar rumah seawal jam 7.00 pagi. kalau bernasib baik, dalam satu jam kami dah sampai hospital. tapi pernah juga mencecah 2jam! hai la jem jem, sapu jugak atas roti karang. waktu balik bervariasi, kalau kes habis cepat bolehlah balik awal. happy sungguh time ni. sebab jalan kosong =) kalau sudah mencapai jam 4 petang dan keatas, alamat meredah lautan kenderaan lah jawapnya.saya sangat rasa macam orang yang sudah bekerja. keluar pagi balik petang. sampai-sampai rumah penat yang amat. malam harus tidur sebelum jam 12. macam orang besar-besar yang keluar mencari nafkah tidak? hehe ;p pernah saya tertidur semasa memandu. ini masa memandu pulang, nasib baik jem, jadi kaki menekan break. huish, memang rasa nak tampar muka kuat-kuat! dah la bawa anak orang, faiqah~faiqah -_-' .tapi serius mengantuk, sangat-sangat. kawan saya pun sudah lama lena di sebelah. nampak tidak tahap kemengantukan kami? haa, ini baru tengok tengok aje kerja bedah siasat tu, belum jadi tukang yang mengerjakan lagi.agak-agak mampukah saya nanti? hmm..*seram-seram* 

sudah habis bercerita.

maka dengan ini, saya mengisytiharkan tamatnya episod CSI  untk tahun 2010 * version faiqah rahman la tapi ;p*


“ Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” 

(Hadith Sahih, Riwayat Abu Daud no. 3179)






2 comments:

Asyiqin Ramdan said...

oh faiqah...I'm so jeles! tapi takut gak nk buat2 bnde tu. hihihi...
mayat tu same cm yg kite slalu tgk x???

im a muslim said...

oh asyiqin.. mayat itu sangat la tidak sama! sangat fresh merah lagi cantik susunan musclenya.haha =D yang kita punya tu dah bertahun-tahun lamanya.