:: bismillahirrahmanirrahim ::
assalamualaikum ..
salam 8 ramadhan =)

sila ambil perhatian, bahwa yang menyoal ini adalah seorang doktor. jadi kalau anda berhasrat mahu menjadi doktor forensik, sila berlatih menyoal siasat dari sekarang. banyak amat soalan yang ditanya, sampai saya rasa doktor lagi banyak tanya dari polis. seremeh, " tidur pakai berapa bantal ? " hinggalah " ada perubahan tak pada sikap mangsa dalam 2-3 hari ni? " semuanya penting untuk dicatatkan. daripada soalan2 ini dapatlah dibuat konklusi mati atau kesimpulan awal.
* nak tahu jawapan kena la banyak tanya kan..so ask for it!*
----------------------------------------------------------------
kes pertama.
mangsa berketurunan mynmar, berumur 20-an. dijumpai mati tergantung (complete hanging )dengan dawai pada bahagian dapur dalam keadaan rumah yang separuh terbakar. menurut tuan rumah yang juga merupakan warga myanmar, seorang wanita dan anaknya. mangsa baru menginap bersama dia selama 3 hari. disepanjang tempoh itu mangsa sering membaca bible dan lebih banyak mendiamkan diri. terdapat beberapa tempat pada tubuh mangsa yang bersemen kerana patah akibat cubaan bunuh diri dengan terjun bangunan tapi tak mati. maka konklusi awal, mangsa mati membunuh diri atas cubaan sendiri dan mengalami tekanan perasaan. oh lupa, polis turut menjumpai sekeping surat didalam bible mangsa yang dikaitkan dengan tekanan perasaan mangsa.

ok, operasi bermula. muka mayat hitam dan terdapat kesan melecur pada tubuh mangsa. kulitnya terkupas. bila cuba digosok, ia akan tertanggal. bermakna, it was the third degree of burning ( destruction of whole epidermis) *kami kena bukak buku kot cari maklumat.hoho*.
tahu tidak, kawan saya dapat peluang join bedah mayat !! dia buat bahagian kupas kulit kepala dari tengkorak, lepas tu dia keluarkan fresh brain. tak aci sungguh~huhu . bila otak dikeluarkan, doktor itu pun panggil kami dan tanya soalan anatomi sikit. kemudian dia tanya, " kalau orang mati asphyxia, apa kesan dia pada otak?" *asphyxia = lack of O2 and blood* lepas habis operasi baru kami pergi cari buku dan diskus2. jawapannya, ada petichae atau bahasa mudahnya kapiler pecah tapi dengan tompok yang lebih besar pada bahagian dalam otak. yang dekat area white and grey matter tu. patutlah doktor tu dengan mudahnya memotong otak mangsa bagai memotong tempe. nak cari blood clot itu rupanya.
mereka melakukan dry teknik dibahagian kepala, iaitu sebuah teknik untuk mengeluarkan darah supaya apabila mereka membelah bahagian bawah dagu. darah tidak mengalir turun dan menggangu penglihatan mereka. oh2, teknik ini dilakukan untuk orang yang mati terjerut. sebab kan darah tak boleh turun, jadi dia berkumpul dekat kepala, maka ia akan turun bagaikan air sungai kalau tidak dikeringkan terlebih dahulu. kami juga ditunjukkan dua cara membelah bahagian antara leher dan sternum. ada Y technic dan I technic. pemilihan teknik ini bergantung kepada apa punca yang kita mahu cari pada si mati.
konklusinya, mangsa pertama ini mati akibat asphyxia dan bukan kerana kebakaran tersebut. fakta pertama, tidak terdapat sebarang foreign body *asap kot* yang dijumpai pada larynx mangsa. fakta kedua, pupil mangsa dalam keadaan dilated. yang merupakan antara sign of asphyxia. secara fisikalnya,mangsa dijumpai mati tergantung dan terdapat kesan jerut maka ia menyebabkan asphyxia berlaku. oh ya, complete hanging itu bermaksud anda meletakkan force sepenuhnya keatas badan. dimana memang seluruh tubuh tergantung, tidak ada yang jejak tanah.

*macam ni la complete hanging.*
meh saya cerita sikit info2 yang saya dapat dari kes ini.
secara mudahnya, ada enam derajat kebakaran
1. tangan merah
2. blister formation
3. destruction of epidermis
4. destruction of whole skin
5. destruction of muscle
6. destruction of bone, nerve etc etc.
term-term.
hipoxia = lack of O2 but the body can still work and try to recover it
apoxia = lack of O2 that cause total cell death.
aspyhxia = is a state that lack of O2 and blood
causes of asphyxia :
1) mechanically - kena jerut,tergantung etc etc
2) inhallatian of irritation gas
3) disease that intefere with respiratory system
4) oedema
4) poison
symptoms :
1) syanosis - traumatic hypoxia, hemoglobin does not fully saturated with O2
2) conjestion - darah yang tidak dapat turun membalik ke bahagian kepala menyebabkan swollen on the face, lips and tounge
3) abnormalities of blood - denatured and cannot clot.
4) dilation of the right chamber of heart.
5) drilling of saliva
6) ligature mark.
7) petichae (kapiler pecah) under conjugtiva
8) dilated pupils
*kalau mati akibat asap, maka akan ada foreign body ( benda macam habuk hitam) dekat larynx.
okeh, habis kes pertama. =)
adoila, baru satu kes dah panjang lebar. ada lagi tiga ni. tapi saya kena tidur untuk kes esok pula. makanya, nanti esok saya sambung okeyh. kalau larat la insyaAllah. =D
********************************************************
kawan-kawan,
anda tahu, menjadi seorang doktor itu amat penat. saya yang hanya ikut tengok2 ni pun dah rasa penat + mengantuk mengalahkan waktu exam. apetah lagi kalau kita semua dah masuk housemanship, medical officer nanti. hadoi~
maka berbaloikah pengorbanan kita ini jika tidak diletakkan pada jalan yang benar? pada yang Maha Memiliki ? menangislah kita jika hanya inginkan nama, harta dan glamour di dunia. sungguh, ia tidak semurah itu. nilainya adalah lebih tinggi malah lebih berharga andai kita meletakknya pada suatu matlamat yang benar.
fikirlah kembali.
luruskan apa yang bengkok
moga Allah merahmati =)
p/s: kenapa kita sedu ? sebab adanya irritation pada diafragma. ^^
2 comments:
yoyoyo....faiqah dh bunyi cm doctor wo~
jeles yg teramat..huhu
Post a Comment