:: bismillahirrahmanirrahim ::

assalamualaikum,
hari ini hari selasa. tarikh hari ini sangat cantik. 11.01.11 . malangnya ia adalah hari selasa. kalau hari minggu mesti banyak dapat jemputan makan nasi minyak. ish, kalau ada pun macam la dapat pergi kan. angan angan sungguh.
oh, tidak mengapa. saya sedang berada dalam blok terakhir untuk sem ini. InsyaAllah, kalau panjang umur dapat lah jejak malaysia beberapa minggu lagi. wehoO~ =D
topik pembelajaran kami untuk blok 13 ini adalah
TUMBUH KEMBANG
apa ke pelik beno bunyinyee? betui ke idak kome ni belajo ni ?
well, mudah cerita nama lainnya adalah GROWTH & DEVELOPMENT =)
bahasa jiwa bangsa ya kawan kawan . hehe ;p
secara umumnya, kami belajar mengenai proses perkembangan bayi, anak kecil. ada juga cerita tentang orang tua tua atau lansia (lanjut usia) atau glamur (golongan lanjut umur ) *punyalah cinta dengan short term sampai semua pun nak dipendekkan* .
hendak dijadikan cerita, pembelajaran ini sangatlah menarik, sampai ada seorang kawan saya ni. asyik bising mahu ada baby. katanya, nanti balik rumah boleh terus praktek. kan senang. melekat dalam otak serta merta! haha.
orang suruh kawen tidak mahu pula, pergila cari anak angkat sorang~ =p
setakat ini, saya jumpa dua benda menarik dalam bahan kuliah ilmu kesehatan anak. meremang seketika. lepas itu senyum sorang sorang. saya rasa ada benarnya perkara tersebut.
apakah mereka? teng teng tengg~
" Train a man and you train an individual;
train a woman and you build a nation "
train a woman and you build a nation "
- bishop nzimbe,machaos,kenya, may 1985-
haa, dengar tu wahai wanita wanita sekalian. pentingnya pengaruh dan kuasa dari anda untuk membina sebuah nation. bukan umat bangsa yang duduk dibawah genggaman syaitan. tapi umat manusia yang bukan sembarangan. umat Islam dinamik. yang bakal bangkit menguasai dunia.
bagaimana ? itulah dia pengaruh seorang wanita dalam kehidupan suaminya, anaknya, ayahnya, adik beradiknya. yaa, kita tampak lemah, penuh dengan emosi, air mata yang sering jatuh membasahi bumi. ditiup terbang mengikut angin sunyi. tapi orang kata, tangan yang menghayun buaian jangan disangka tidak mampu menggegar dunia. sebab? mudah sahaja jawapannya. kita = PEREMPUAN ^^
cop ! jangan bersorak gembira lagi. hakikatnya, banyak yang perlu diteladani. ilmu, iman, amal jangan pernah ditolak tepi. pasak kan aqidah sedalam 7 kaki. hingga goyangan dunia masih gagal merebahkan mu ke muka bumi.

:: waiting ::
macam harapan je mahu tunggu kemunculan ummat itu?
hai, kan sudah diulang berkali kali. perubahan dunia bukan muncul dalam sehari. tidak semudah kau petik jari. janakan pemikiran berkualiti. bunuh prinsip hidup membuta tuli. lalu, pancarkan dengan gerak geri. insyaAllah usahamu dinilai nanti =)
wahai para lelaki,
hargai wanita disekeliling anda. ibu, kakak, adik, isteri, rakan. semuanyalah. jagalah maruah mereka. hormatilah mereka. sebagaimana kau mahu orang lain menghormati ibumu, begitu jugalah kau harus berlaku ke atas insan bernama wanita. ya, walau terkadang wanita sendiri yang mencari masalah. tapi kau harus ingat. kau IMAMnya, mereka hanyalah MAKMUM. kau yang mengepalai, bukan turut serta ke dalam kancah penyakit.

ini post tidak memberatkan mana mana gender ya. saya bukan mahu wujudkan perang dunia. kerana realitinya, dua dua ada tanggungjawab. dua dua kena luruskan diri. dua dua kena bersiap sedia nanti. hendak bina ummat berkualiti. haruslah mula dengan diri kan =)
supaya bila dah berkeluarga nanti, dapat sebar kan ke anak dan isteri. bila bercucu dan cicit nanti, boleh sebar kan ke masyarakat bangsa sendiri. bila masyarakat " Islami" sudah ada, sebarkan pula ke satu negara. maka bila sudah terbentuknya negara yang rakyatnya benar benar mukmin, apakah mustahil untuk terus dikembang sebarkan keseluruh dunia ? hmm..

tidak yakin ?
ketahuilah, janji Allah itu pasti. Islam akan bangkit suatu hari nanti. tinggal kita sahajalah yang menilik diri. mahu menjadi antara mereka yang berdiri atau hanya duduk menanti ?
haa, diri. fikir fikir lah sendiri. akhirat sana akan dipersoalkan hati .
- ini buku tebal macam yellow pages juga >,<-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
the child's name is today
we are guilty of many errors and faults,
but our worst crime is
abandoning the children,
neglecting the fountain of life
many of the things
we need can wait
the child cannot
right now is the time his bones are being formed
his blood is being made
and his senses are being developed
to him we cannot answer 'tomorrow'
his name is 'TODAY'
-gabriela mistral-
..noble pricewinning poet, chile..

4 comments:
satusatukosongsatusatusatu..
....hari jadi 2 org my adik..sorang 1994 lg sorang 1993..hahahaha..cute kan adik2 sy??..
ohooooi baby punya pasal . nasib baik tak mention nama . hahaha :D
p/s : nak baby satu plsssss heee =)
kakakadabungadalamtaman:
cute cute. macam kakak dia. =D
jiranbilikmerah :
pergi pinjam batita skill lab ! ;p
xde tempat nk like ke kat blog nih?hehehe..
Post a Comment