:: bismillahirrahmanirrahim ::

assalamualaikum,
apa khabar hati ? apa khabar iman ? apa khabar jiwa ?
pernah tanyakan diri dengan soalan seperti itu ? jarang mungkin atau tidak pernah terfikir sama sekali ? acap kali kita disogokkan dunia untuk resah dan gelisah dengan hal keduniaan. mencari tenang dalam kepalsuan, menadah bahagia dalam duri penipuan. bertanya dan terus bertanya. mencari dan terus mencari. tapi kenapa hati masih begini ??
hey kamu !
kau mencari pada sesuatu yang tidak pasti.
kau mengejar pada sesuatu yang bukan realiti
bukanlah buta kerna adanya mata
bukanlah tuli kerana adanya telinga
cuma mungkin mati dari melihat Yang Berkuasa
apa yang kau dalihkan wahai manusia?
hukum itu bukan dibuat suka suka
aturan itu bukan dibuat oleh manusia alpa
ia dari Sang Pencipta untuk kita yang serba hina
apa mungkin ia tidak kena ?
apa mungkin tidak cocok dengan jiwa ?
haha.
lihat!
kau yang butakan hati
penuh dalih kanan dan kiri
bertapi tapi tak berhujung tak bertepi
sampai bila ? sampai mati ?
melihat dunia pandai kau kasihani
melihat diri terus dihias alasan duniawi.
live life to the fullest moto hidup setiap hari
mahu hu ha gembira tak henti henti
kaya cantik glamer itu yang kau cari
pujian pandangan manusia yang kau angkat tinggi
betulkan ? ke nak main sorok sorok lagi ?
hah,
baguslah hidup sukahati sukasuki
bila dinyata fakta pandai pula main pusing sana sini
apa kau fikir dunia selamanya kau singgahi ?
tiada nyawa yang bakal dicabut dinanti ?
sudah lah
berhentilah
jangan tipu diri lagi
bangun. bangkit. sedarkan diri
aku tahu kau tidak mati lagi
sekurang kurangnya untuk hari ini.
:: 100111 ; jakartabarat ::
p/s : i am batu dan gua ok .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dah. stop emo. jom makan obat !
hai obat ~ hai obat ~
mari beli obat ~
kalaulah terlambat tak dapat ~
the sweetest drug =)
peace no war ^^
3 comments:
kak yong, tq for dis post~ ;) please write more & more!! tau! ^^ moga dpt sentuh byk hati lagi. sama2 kita usaha cari redha Dia.
nak perli la 2 kan..hurm...
asfansary :
insyaAllah, jom jom sama2 mengejar redha Nya ^^
fine :
eyh, perasan la tu kan. fine~ ;p
Post a Comment