:: bismillahirrahmanirrahim ::

assalamualaikum,
hai hai blog ! =D
kenapa harus rasa pelik bila mahu update anda ? mengada sungguh rasa ini. i know it has been a while. tapi blog je pun, bukannya agenda perang dunia. punyaaalah entah apa apa . >_<"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.... 1990 ....
itu tahun saya dilahirkan.
.... 2011 ....
itu angka tahun bagi hari ini
sungguh segala pujian itu hanya milik Dia. kerana Dia saya masih disini. kerana Dia juga kamu masih disini. dan kerana Dia jugalah, kita masih punya peluang untuk memperbaiki diri, mempersiapkan kendiri. kerana dihadapan Dia lah nanti kita akan berdiri. menanti sesuatu yang telah dijanji. kanan atau kiri, yang mana bakal menerima panji ? hati, sila jawab sendiri.
terfikir kah kita ..
Kiamat, yang entah bila akan tiba. Mati, yang entah bila bakal menjelma. semuanya tersimpan rahsia dari pengetahuan manusia. bukan kerana saja saja, tapi untuk menduga, hamba mana yang percaya dengan janji-Nya ?
katakanlah (Muhammad),
" Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan ? "
Maka mereka akan menjawab,
" Allah ".
Maka katakanlah,
"Mengapa kamu tidak bertakwa kepada Nya ? "
:: 10.31 ::
21 tahun. angka kehidupan saya saat ini.
jauh perjalanan angka itu. namun, apa sahaja yang sudah saya mampu ?
membaca sirah para sahabat, pemuda pemudi Islam yang berjaya membuktikan sesuatu diusia muda. amat menyesakkan jiwa. aduhai diri, bagai langit dan bumi bandingan mereka dengan kau. amal, ilmu, tenaga, kekuatan, semangat, kematangan. aahhh segalanya. sangat tidak terbanding.
cukup. hentikan keasyikan dunia.
saya harus bergerak.
kamu juga.

~ wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu dan ibu bapa kamu satu. sesungguhnya tiada mulia bangsa Arab atas bangsa selain Arab dan sebaliknya. Dan tiada mulia yang berkulit merah atas hitam dan sebaliknya melainkan dengan TAQWA~
-mafhum hadith riwayat ahmad -
********************************************
ibu dan abah
dua insan yang telah membawa saya ke dunia
sungguh, tiadalah dapat ditawarkan walau selautan emas untuk menandingi kasih sayang mereka
hanya doa doa dan doa
kata-kata dari seorang rakan,
kalau boleh, aku nak jaga mak n ayah aku sampai diorg ckp
" cukup la jaga mama n ayah...carilah someone untuk jaga kamu pulak"
semoga kita semua menjadi jambatan bagi mereka dalam perjalanan menuju syurga yang abadi . jangan jadi pokok yang jatuh merentang di tengah jalan pula.
ayuh berusaha ! =)
*********************************************
isu berbangkit
MALAYSIA MENANG BOLA SEPAK !!
^_^

ye, macam sangat sudah lapuk. tapi sukahati sayalah nak happy~ hahaha xD
sudah lama tidak menonton bola live. penat tahan nafas. rasanya boleh sakit jantung kalau diorang extend lagi masa perlawanan tu. alhamdulillah, menang. tak sia sia jantung berdebar dengan sangat hebatnya =p
oh, saya rasa. keputusan tempoh hari sangat unik. mereka menang dan kita juga menang. tidaklah penyokong mereka down sangat. dan tidak pula penyokong kita terlebih bangga.
" adalah sesuatu yang diluar jangkaan, bilamana mereka tidak merusuh. biasanya, kalau kalah pasti hancur harta negara "
- bapak uwi, pure Indonesian-
again.
indah bukan perancangan Allah =)
********************************************
topik hangat
" kalau kita boleh buat persediaan lima tahun untuk dapat ijazah doktor dan akan masih belajar untuk menjadi doktor yang baik selepas itu. kenapa kita tidak buat persediaan untuk menjadi seorang suami mahupun isteri dan masih bersedia untuk belajar menjadi yang terbaik even selepas saat mendapat gelaran itu nanti ? "
- akak fityatul kahfi ^^ -
"bersedia itu bukan masalah besar. ia sesuatu yang boleh diusahakan. tapi redha mak ayah tu penting "
- truefighter -
tempoh hari, ibu saya bercerita tentang hal ini ..
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Tidak ada nikah kecuali dengan wali.[1]
Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).[2]
Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]
Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu 'anh berkata:Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]
1] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi
mesti anda terfikir,
" apa benda la faiqah merepek ni~ " haha xD
saya sebenarnya nak ajak kalian yang belum berumah dan bertangga ni untuk mula berdoa. mula mempersiapkan diri. mula berusaha. yang sudah bermula, teruskan dan jangan berhenti lagi.

oh, sila jangan salah faham. bukannya berusaha untuk mencari tahu siapa ya. nanti stress kronik pula bila tak berjumpa. tapi berusaha untuk memperbaiki diri. bukan berdoa untuk miliki orang yang diminati. tapi berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik dan supaya mendapat the perfect piece to complete our other half. sebab.. kan Dia lebih mengetahui, dari mata manusia yang selalu dikelabui. haa..pilihlah sendiri =)

ada orang cakap, seganla~ tak retilah nak doa. adooii kawan, nak malu apanya kalau setiap yang terlintas dalam hati itu sudah diketahui. tak reti apanya, kalau mula pun tak cuba lagi. dengan siapa lagi kita mahu memohon kalau bukan dengan Allah ? maka, angkatlah tangan. tunduk. menangis. merintihlah. sungguh hanya kepada-Nya tempat kita bergantung harap. dan hanya Dia lah yang boleh memakbulkan rasa hati itu. musnahkan ego. kerna kita tak mungkin mampu sendiri.
oh ya, perkahwinan itu bukanlah matlamat, tetapi ia merupakan suatu wasilah *alat* untuk kita sampai kepada matlamat sebenar kita. iaitu S.Y.U.R.G.A ^_-v
just my two three cents
p/s : ini bukan entri suruh menggatal ye. harap maklum

*******************************************
fuhh~ kekok bukan main. tapi update tak boleh nak stop. bahana simpan banyak cerita -_-" ada lagi sebenarnya. tapi macam melampau je. ini pun dah macam rojak mamak. jadi silalah berhenti wahai tangan.
akhir kata,
kepada 2 dan 1 . saya sedang menerima hakikat kehadiran anda.
peace O_0
Before you talk, listen
Before you react, think
before you criticize, wait
Before you quit, try.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 comments:
awat panjang nauuuu!!
ok2,,jom kaweeennnn
sudah baca ;') teruskan menulis yong :)
huiyooo...pjg betul entry kali ni.
psikologitubestlah ! :
bia lee ;p eyh, siapa ajak kawen haa? awak nak ke ? kita bleh panggilkan tok kadi =)
haniidzaida :
^_- v
asyiqin :
entry tahun baru kena la panjang ;p hihi
(^-^)
Post a Comment