:: bismillahirahmanirrahim ::
..Rumah Sakit Ketergantungan Obat..
assalamualaikum ,
alhamdulillah, tamatnya stase kesehatan jiwa dengan jiwa yang redha dan pasrah . alhasil, bismillahitawakaltu alallah :) i know that was not the best effort, banyak main dan bermain. makanya, doa lah banyak banyak ye nurfaiqah and please make du'a for me and my friends, semoga kami lulus stase ini =')
..us :) ..
untuk 2 minggu pertama, keputusan bolak balik dari Rumah Sakit Ketergantungan Obat (RSKO) adalah sesuatu yang saya sesali. kenapa ? sebab penaaaaat, capeeek, lelaaah. dua hingga tiga jam perjalanan, dari naik bus kecik, tukar kepada bus besar,lepas tu tukar lagi kepada van kecik, kalau ada rezeki dapat tempat duduk, kalau tidak berdiri sahaja. keluar rumah pukul 5.30 pagi, sampai rumah pukul 5 atau 6 petang. Jejak je bilik, perkara pertama adalah menjatuhkan diri diatas katil. makan entah kemana, belajar pun tak menentu, balik rumah hanyalah untuk tidur. mencabar sungguh.
..macetness..
setelah beberapa hari lelah itu berlalu, saya rasa seronok pula hidup begitu, sebab saya bangun waktu orang lain masih tidur, waktu jalan dijakarta belum macet (jem) dan saya berjalan kaki dengan jarak yang lumayan jauh. rasa sehat sungguh hidup ku ini ^^ alhamdulillah, waktu itu, Allah beri peluang untuk perhati alam, perhati manusia, perhati sekeliling, lihatlah ibrah yang Allah nak tunjuk. kehidupan orang lain lebih susah dan menderita dari yang kau lalui sekarang. bersyukurlah.
3 minggu seterusnya, saya ditempatkan di Panti Bina Sosial,sebuah tempat yang menempat sekumpulan rakyat Indonesia yang ditemui tidur dijalanan atau terbiar atau sesat atau ditangkap kerana sesuatu kesalahan masyarakat. Dan pakcik comel ini adalah sasaran saya untuk dijadikan case. Tetapi bukanlah kisah pakcik ini yang mahu saya kongsikan sebaliknya kisah kawan pakcik comel, yaitu pakcik kiut ^^
..panti..
Pakcik kiut pada usia mudanya, merupakan seorang yang berjaya, diberi kemewahan dunia dan pekerjaan yang bagus. Dijadikan cerita pakcik kiut telah menikah 2 dan meninggalkan anak serta isteri pertamanya, kemudian dia menikah lagi buat yang ketiga kalinya. Apabila usia pakcik kiut semakin lanjut, perniagaannya mengalami masalah dan pakcik kiut jatuh miskin, sudah itu ditimpa tangga pula apabila pakcik kiut didapati sakit ( saya tak tahu sakit apa ) sehingga isteri ketiga nya meninggalkan pakcik kiut. Maka pakcik kiut pun mencari kembali isteri pertama dan anak-anaknya. Ternyata, isterinya itu telah meninggal dunia yang ada hanyalah anak-anak pakcik kiut yang semuanya telah berkerjaya dan hidup senang.
..wheelchair version campuran dari besi buruk, tayar basikal, kerusi plastik..
Memikirkan kesengsaraan ibu mereka yang membesarkan mereka tanpa ayah disisi, membuatkan anak-anak pakcik kiut menempatkan pakcik kiut disebuah rumah orang-orang tua. Jarang sekali menjenguk apatah lagi bertanya khabar. Tinggallah pakcik kiut itu sendirian, menyesali kesilapannya yang lalu. Sehinggalah akhirnya, Allah mencabut nyawa pakcik kiut ini, anak-anak hanya datang untuk menyelesaikan pembayaran rumah orang-orang tua, tidak lah mereka meratapi, bawa pulang pun tidak mahu. Lalu, mayat pakcik kiut dimandi, dikafan dan dikuburkan oleh warga rumah orang-orang tua. The end.
Cerita ini nampak simple, lumrah manusia, macam sinetron, drama tv3. Tapi pada saya, ia melihatkan kemunduran hati manusia yang bergelar anak, hilangnya simpati dan empati dari nyawa yang terhasil dari darah dagingnya sendiri. Amarah dan dendam yang menutupi indahnya kemaafan. Dunia, entahlah, semakin membimbangkan.
Saya berharap, berdoa, semoga Allah pelihara hati-hati kita dari hasad dan dendam yang tidak berkesudahan, semoga Allah kuatkan ikatan kekeluargaan yang kita ada, semoga Allah pimpin jalan-jalan kita dan semoga kita diberi peluang dan ruang untuk membina iman dan taqwa dalam diri dan seterusnya produce generasi soleh dan solehah. ameen ameen amenn
**************
si kecik yang bersifat excessive happiness =D
p/s: alhamdullillah, sekarang dah minggu keempat stase anak ^^ punya lama simpan dalam draft padahal takdela busy mana :p








No comments:
Post a Comment