Wednesday, July 6, 2011

n.i.k.m.a.t

:: bismillahirrahmanirrahim ::






assalamualaikum ,


apa khabar jasmani kalian ? sehat kah dia ? dan ucapkan lah "segala pujian hanyalah milik Allah" , walau apa jua keadaan jasmani kita ^-^

pernah terfikirkah kalian, disaat sakit itu datang menziarah ?



  • tubuh yang di pagi hari tadi masih sehat, mampu ke kuliah, berjalan kaki ke hulu ke hilir. tiba tiba merasa lemah ?

  • kepala yang boleh digunakan untuk berfikir berbagai bagai perkara, tiba tiba merasa sakit yang amat ?

  • badan yang suhunya normal normal sahaja, tiba tiba naik suhunya dan kita menggigil kesejukan ?

  • tekak yang elok sahaja menerima makanan, tiba tiba merasa mual tetapi tidak dapat muntah ? sukar menelan makanan mahupun minuman kerana rasa sakit ?

  • kaki yang sebelumnya boleh diguna untuk melompat lompat, tiba tiba lesu tidak bermaya ?



terlantar lesu dikatil seharian. mahu tidur tetapi dibatasi oleh kesejukan dan sakit kepala yang amat. bergolek kekiri dan kekanan. berusaha mencari posisi yang sesuai untuk mengurangkan rasa sejuk. satu jam... dua jam....tiga jam....masa terus berlalu. dah anda,  masih belum berjaya melelapkan diri.

aaah, panasnya kepala ! tidak tertahan rasanya, lalu anda menggagahkan diri bergerak ke bilik air dan berusaha mandi walau jarum jam menunjukkan angka 3 pagi. menggigil kesejukan, tapi sekurang kurangnya, sakit itu telah berkurang.

kaki sejuk menggigil bagai kebekuan, dahi basah dengan keringat yang keluar tidak henti.


dan mungin disaat itulah kita akan mula berfikir..



ya Allah, sudah sampaikah masanya ?




amalku..
cukupkah ia sebagai bekalan ?

pahala dan dosa ku.. 
siapakah yang bakal menguasai dacing keadilan ?

antara syurga dan neraka..
yang mana satu bakal menjadi destinasi akhirku ?

dunia, bakal bertemu lagikah di esok hari ?


oh Allah, ampunkan akuuuu ~



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


:~ Ali-imran : 185 ~:




Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

:~ Al-Munafiqun: 11 ~:



badan yang sehat itu suatu nikmat, hargailah ia. gunakan sebaik mungkin. buat mencari redha dan mengumpul bekalan untuk dibawa ke hari pembalasan. terkadang kita mungkin lupa, bahawa kematian itu semakin hari semakin mendekati. terus terusan di dalam dunia duniawi. sehingga lupa pada yang Hakiki.

maka bermuhasabah lah diri. apa sahaja yang telah aku lakukan untuk hari ini ? apa sahaja bekalan yang telah aku sediakan ?  ilmu itu, sudah cukupkah memberi kesan kepada jiwa ? kesedaran itu, sudah cukupkah menggerakkan amal kita ? dan duhai hati, bersihakanlah ia dari kotoran yang menghiasi.


kerana misteri hari esok. tidak akan pernah kita ketahui  =)



3 comments:

cik manis said...

assalamualaikum...

(^-^) syukur...sakit, ibarat kita ditegur oleh Al-Khaliq untuk tidak lupa dengan kenikmatan yg dikurniakanNya.

bila tubuh badan kita sakit, tiba-tiba kita rasa jiwa kita 'sembuh' pulak. hebatkan cara Dia mengajar kita :)

im a muslim said...

waalaikumsalam wbt.

yeap, gerak kerja Allah..mana ada yang tidak hebat ^-^

Fikri said...

moga Allah permudakan semuanya buat kite semua..urusan didunia dan diakhirat.