:: bismillahirrahmanirrahim ::
-jutaan terima kasih buat asyiqinramdan ! sedikit rasa hensem dgn kehadiran khat ini~ =D -
*****************************************************************************
J.A.N.J.I
ada apa dengan janji ? ia merupakan satu keadaan dimana dua atau lebih pihak mengadakan suatu kesepakatan berkaitan sesuatu perkara yang telah dipersetujui secara bersama.
saya janji saya akan beli kan awak aiskrim
saya janji kalau saya dapat fly, saya bagitau awak
saya janji saya akan jujur dengan awak
saya janji saya tak akan tinggalkan awak di jalan ini
saya janji untuk membantu semampunya !
saya janji saya takkan buat jahat lagi
janji dan janji dan janji...
indahnya janji adalah pada perlaksanaannya. beratnya janji adalah pada pengharapan atau expectation yang kita letakkan ke atasnya. sakitnya janji adalah pada pemungkirannya.
kenapa jadi indah ?
sebab kita berusaha untuk melaksanakannya, sebab kita berusaha untuk berpegang dengannya. sekurang kurang nya kita tahu, kita bukan manusia hipokrit yang hanya pandai bermain janji.
kenapa jadi berat ?
sebab janji merupakan satu amanah, ia tanggungjawab yang telah kita sendiri putuskan dan letak diatas bahu kita. maka berjalanlah dengan janji yang telah kau buat. seberat mana pon ia, itu adalah keputusan yang telah kau ambil. jadi risiko setelah itu, tanggunglah sendiri.
dan kenapa ia sakit ?
sebab janji yang dimungkiri bakal menghancurkan pengharapan manusiawi, janji yang diselewengi bakal mematahkan hati dan janji yang tidak terpenuhi bakal meranapkan kepercayaan yang diberi. dan ini semuaaa, adalah titik tolak kepada hancur nya sesebuah perhubungan.
- berapa ramai anak yang menyalahkan ibu bapa kerana tidak menunaikan janji untuk membesarkan mereka dengan baik ?
- berapa ramai pasangan suami isteri yang bercerai kerana hilangnya kepercayaan sesama mereka ?
- berapa banyaak tali persahabatan yang terhenti, kerana janji yang tak tertepati ?
- tidak terkira bukan ?
mungkin anda pernah berjanji dan masih berpegang padanya. mungkin juga anda pernah berjanji dan anda memungkirinya. dan mungkin juga anda pernah berjanji dan kemudian anda dikhianati darinya.
walau dimana jua posisi anda, ingatlah bahwa ..
"what goes around comes around"
kalau pon tidak pun didunia ini, akhirat bakal menanti. saya percaya dengan itu. andai tidak ingin disakiti, maka jangan menyakiti. andai tidak ingin dibebani, maka jangan berani berani meletakkan janji, andai kau mahu dihormati, maka belajarlah menghormati, janji yang telah terpatri.
tapi manusia..
andai kau mengerti.
hanya satu janji yang tidak bakal dimungkiri.
pasti kau senang untuk terus mentaati.
andai sahaja kau selalu mengingati.
hakikat Allah Yang Maha Pemberi.
pasti kau tidak terus tenat, memzalimi diri, dengan pengharapan yang diletak pada manusiawi.
aduhai manusiaa,
sedarkanlah diri !
pengharapanmu
letakkan pada Yang Maha Memberi,
maka dengan itu, kita bakal happy tak henti henti^-^
**************************************************************************
p/s : kepada sesiapa jua yang pernah saya mungkiri janji secara sengaja mahupun tidak sengaja. saya dengan ini memohon seribu satu kemaafan. andai janji yang diberi tidak terpenuhi. saya sangat sangat sangat minta maaf. kalau nak marah pon boleh.silalah. tapi lepas tu,, kita kawan balik ok ok ? ^-^ biannee ~

5 comments:
heheh..nice..mintk maaf jugak..huhu
wow. well said!
sgt kene ngan situation kite.
thank you sahabat :)
terbaik ini. gud job! ^_^
cantik khat.. err background die xla.. hehe =)
setiap janji yang termeterai itu, berat kan. jiwa, kuat kuat lagi!
Post a Comment