:: bismillahirrahmanirrahim ::
assalamualaikum..
hai hai, apa khabar hati ? iman ? sehat ?
dah bagi dia makan untuk hari ini ? suap la sikit... nanti anorexia baru tahu =)
dunia semakin lama semakin berat. penuh dengan manusia yang berbagai bagai ragam. berjalan lah kemana sahaja, pasti terkesima dengan sifat manusia yang aneh aneh. Bukan lah bermaksud aneh itu buruk, tidak. cuma aneh nya itu muncul kerana kita sendiri tidak pernah terfikir untuk bertindak atau berakhlak dengan nilai yang seperti itu.
dan sudah tentulah disana, ada yang indah untuk diteladani dan ada juga yang jelek untuk diselusuri. makanya kita sebagai insan yang memandang dari kejauhan ini usahlah bermain dengan sangka. Bersangka sangka itu dan ini. kemudian mengeluarkan kenyataan bagai dia tahu segalanya. menyampaikan dengan penuh keyakinan, bagai maklumat itu pasti lagi sahih dari sisinya.
maka berhentilah sebentar. jangan melulu dalam melontarkan pandangan. apa tidak berfikir kesan dan akibatnya pada tuan punya badan ? apa tidak berdiri nilai maruah itu di sisi kamu ? terus terusan dalam sangkaan. apa yang kau dapat ? kepuasan ? yaaa, berbahagialah jiwa jiwa yang tertipu dengan permainan syaitan.
kalau ragu tanya, kalau pelik tanya, kalau nak tahu sangat sangat sampai keruan tak boleh tidur, tanya.
mudah kan formulanya.
TANYA...
tidak rugi pun kalau anda bertanya. dapat informasi sahih lagi. cuma biarlah dengan cara dan kadar yang betul. andai tidak perlu untuk ditanya, maka simpan prasangka itu dalam dalam. jangan dijadi hujjah yang tidak berasas tidak bertempat. penganiyaan namanya kepada insan insan yang terlibat,
hati dan perasaan sendiri pun tahu sakit kan.
jadi jangan buat dekat orang lain.
it will hunt you back~
"aku memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah Yang Maha Sempurna daripada segala kejahatan makhluk (yang jahat) "
:: shahih by tarmidzi ::
***********************************************
p/s : wohoo, macam ugutan tak post ni. ;p tadelaa ini peringat untuk saya dan kamu. =)



2 comments:
betol2...fitrah manusia utk sentiasa berfikir...knape kita fikir?...sebab kita tertanya-tanya, ada persoalan dalam diri kita(sbb anugerah akal itu adalah supaya manusia berfikir)...jadi, tak salah utk kita berfikir atau terfikir, tp kalau tak tahu, silalah TANYA :)
nabi pun ada ckp:
"jauhi prasangka, kerana prasangka merupakan perkataan yg dusta"
(sahih by Bukhari-Muslim) :)
cane pulak kalu apa yg di prasangka kan tu mmg betul. manusia ssh nak lari dr prasangka lbh2 lagi kalau dia tau ada yg tak kena. then bila ditanya. jwbnya "boleh tak jgn tanya." sedangkan hakikatnya jwpn itu hanya utk selamatkan diri.
cane tu kakyong? hehe saje nak tau. :)
Post a Comment