Wednesday, June 15, 2011

malam

:: bismillahirrahmanirrahim ::






malam..

hadirmu bersama si bintang
menggamit girang dengan senyuman terbuka
hati yang resah terbang lah sudah
ditiup sang angin menghembus ke awan

nuuunn jauh kesana ia dibawa pergi
dan hati. tersenyumlah ia kembali


biar kau tiba berhari hari
tidak pernahkan ku jemu untuk menanti
kau, terlalu istimewa 
dan aku tahu
tidak mungkin lagi untuk mengatakan tidak
kerna kau, telah ku tanam dalam dalam.


andai esok tidak bertemu
itu bermakna aku yang telah tiada
jadi izinkan aku.
untuk membuka pena yang buta


duhai malam yang kucinta
berbicaralah pada angin
bahawa aku bakal merinduinya
sampaikanlah pada bintang
bahawa aku bahagia dengan kerdipannya
ceritakan pada sang bulan
bahawa aku tenang dengan cahaya redupnya


angin, 
bertiuplah dengan sepoi bahasa yang indah. 
sampaikanlah khabar ikhlas yang turun dari hati. 
pada si dia yang nunn jauh bersembunyi dibalik sana. 
bisikkan padanya,

bahawa aku rindu pada sinar keikhlasannya itu



Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini, dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal. 

:: 45: 3-5 ::









Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati. 


:: 57: 6 ::



******************************************

:: 150611 ::


No comments: