:: bismillahirrahmanirrahim ::

assalamualaikum,
hai hai blog ! rinduu ^^
lama sudah tidak menapak. banyak yang mahu diceritakan. sudah dikarang, tapi kertas masih kosong. putih tanpa sebarang noda. karang lagi dan lagi dan lagi. tiada coretan yang tercalit juga. oh, dakwat sudah habis. patut lah =)
pagi tadi, saya buka muka surat pertama. kedua. ketiga. dan seterusnya. tidak berhenti. ketawa seorang diri. apa apa lah yang saya conteng dalam blog ini. malunyaaa bila baca balik ;p
termasuk post ini, sudah 155 contengan yang berjaya dilepaskan. bila fikir-fikir balik. macam mana lahh saya boleh ada blog, tulis tulis dekat sini lepas tu publish. macam tak percaya, macam kelakar aje. tapi itulah dia. saya dah pun melakukannya =)
lepas penat selak kertas. baru saya perasan, saya suka letak ayat pelik pelik di penghabisan post. haha . satu satu saya kutip balik. setiap ayat itu ada kisahnya sendiri. duduk.perhati.fikir. satu sahaja yang terlintas, saya rindu sesuatu.
tak mengapalah, itu kisah yang lalu. kalau mahu kembali, harus berusaha dahulu. bukan semudah menulis kau boleh dapatkanya.
ya, saya tahu itu =)

perancangan Allah. tidak ada yang pernah berlaku atas kehendak kita sahaja. saya tidak mampu mengawalnya. begitu juga kamu. ia hadir sebagai nikmat juga ujian buat kita. maka di atas kelebihan akal yang dikurniakan, manusia haruslah memperhitung jarak langkah ayunan yang mahu diambil. dan jangan lupa "guidance" yang telah di sediakan oleh Pecipta kita. =)
oh ya, jika kamu mahu orang lain meletakkan maruah serta rasa hormat ke atas kamu selayaknya sebagai seorang manusia dan seorang yang berTuhankan Allah. maka wajib keatas dirimu untuk mengaplikasikannya ke atas orang lain juga. jangan nanti bila sudah terkena pada batang hidung sendiri, baru kau nak tersedar atau kau memang sudah tidak punya hati lagi untuk merasa.
no offence. ini kenyataan umum. maaf kalau terasa.
********************************************

ini adalah beberapa ayat pelik yang saya sempat kutip pagi tadi =)
"tundukkanlah pandanganmu pada sesuatu yang bergelar kesusahan..
karena dengannya kamu belajar arti kenikmatan.."
tidak semua manusia itu bernasib baik,
yang bernasib baik pun belum tentu benar2 di nasibkan untuk bernasib baik
kerana nasib baik itu adalah ujian untuk menentukan yang terbaik
maka sudahkan kita berusaha menjadi yang terbaik??
-oh nasib baik didiklah aku menjadi manusia terbaik-
--------------------------------------------------------------------------------
:~kebodohon yang terus memperbodohkan diri adalah hasil kedunguan yang dicipta sendiri~:
----------------------------------------------------------------------------
*tertawalah manusia dalam kebodohon yang membinasa*
------------------------------------------------------------
:~ pilihlah atas nama Tuhanmu ~:
-----------------------------------------------------------
:~ kesanggupan itu hadir dari hati yang benar-benar mahu ~:
*********************************************

leganya dapat tuliss~ =D
:~ terima kasih ya Allah, terima kasih atas segalanya ^^ ~:
6 comments:
hahahahahahahahahahaha...
agak pelik ayat2 terakhir kau...
hehe...
=)
ayat yang atas tu macam ada marah seseorang je. like's that statement.
'no offence. ini kenyataan umum. maaf kalau terasa.'
Assalamualaikum..
haha,kesanggupan hadir dr hati yg benar2 mahu? nk kate keazaman la ni... trimas2...
-DC-
tidak semua manusia itu bernasib baik,
yang bernasib baik pun belum tentu benar2 di nasibkan untuk bernasib baik
kerana nasib baik itu adalah ujian untuk menentukan yang terbaik
maka sudahkan kita berusaha menjadi yang terbaik??
-oh nasib baik didiklah aku menjadi manusia terbaik-
-----------------------------------
byk sgt baik.. skrg.. xrse nk jd baik..
urrgghh.. see??
=P
well said btw~ =)
"oh ya...merasa", yup,plus as a future doc, we're taught bout Golden Principle..(ader kaitan k??)
salam,,,ni faiqah ukrida 2009 ke?..salam ziarah..:))
Post a Comment