
wahai syabab,
ketekunanmu mengoborkan cita cita
semangatmu bak api marak menyala
kau pemuda harapan
sinar menantimu dihadapan
bebaskanlah pemuda
dari belenggu kejahilan
kau mampu berlari kencang
mencipta gelombang
ayuh, SYABAB !

:~ syabab musafir kasih, fatimah syarha~:
**************************************
assalamualaikum,
oh, hari ini raya sudah. rasa macam baru je pergi kedutaan tengok orang sembelih lembu tahun lepas. cepatnya masa berlalu. makin hari pun makin muda. haish -_-"
setiap tahun, biasanya akan dengar ceramah mengenai sejarah aidul adha. tidak pun, baca artikel, blog, surat khabar etc etc. dah 20 tahun hidup. tapi kenapa mesti tak ingat betul betul ! ish, kecewa sungguh .
saya suka bila dapat dengar jalan hidup keluarga Ibrahim. dari permulaan sampai habis. semuanya membentuk rukun rukun haji yang kita amalkan sekarang. kan bagus kalau semua yang pergi haji betul betul faham sejarah disebalik segala sesuatu disana. hmmm. teringinnyaa nak jejak mekah ! *_*

dalam Islam, Allah anugerahkan kita dengan dua perayaan yang seharusnya kita sambut dengan penuh kemeriahan. ini tidak, kita happy sambut perayaan orang lain tapi perayaan yang Allah dah hadiahkan, kita biar sepi macam itu sahaja,
kalau di negara arab, masyarakat mereka menyambut raya haji dengan lebih gilang gemilangnya daripada raya puasa. kalau di kampung saya pula, meriah juga ! ^^ pagi pagi lagi, budak budak kecik sudah bangun, bila ramai sangat beratur mandi, turun sungai la jawabnya, brrr~ memang menggigil lah kan xD
lepas itu, pakai baju hensem hensem cantik cantik. tepek bedak sikit. sarung beg cantik, kasut pun nak yang baru aje. bila dah siap. seru geng geng angkatan umur lebih kurang, "jooom tengok lembuu ! ~ "
bila dah selesai sembelih, nanti boleh tengok proses melapah. biasanya kerja kerja ini jatuh pada tangan bapak bapak yang hebat bermain pisau. lajuuu je diorang siat kulit lembu tu. menarik2 ~ lepas tu, daging daging tu akan di sebar sebar kan ke seantero kampung.
lepas tu lepas tu, semua lauk pauk pada hari itu dan dua tiga hari akan datang, haruslah bertemakan DAGING semata. sup daging, kari daging, gulai daging, rendang daging dan daging dan daging.. memang menambah daginglah dalam badan . ;p
masuk tahun ini, dah dua tahun beraya di perantauan. sedih ke ? tidak lah, kita kan kena macho =D
rindu je =)
semua semua,,
s e l a m a t h a r i r a y a a i d i l a d h a !!

:: moga hari ini disemat indah dalam jiwa sang SYABAB ! ::
p/s:
siapa syabab ? awak, kamu dan saya. ya kita semua lah. bakal bakal peneraju dunia dimasa akan datang.
*************************************
oh oh.. seputar sambutan hari raya aidiladha di tanjung duren selatan =)
- ramainyaaaa orang~ nampak khemah biru ? itu tempat orang lapah2 daging-
- memang full lah tempat ni dengan manusia. seriyus tak tipu ! -
- pak cik pak cik yang semangat mengalih daging daging kedalam trak. yang kemudiannya akan di distribute kepada masyarakat -
- "anak malaysia ambil gambbar tuu..ayohh~ " -
haha. sori pakcik, tak sempat ambik gambar pakcik senyum hensem hensem. =D
- itu adalah trak polis. bagi menjaga dan menjamin keadaan terkawal dan tidak berlaku perebutan makanan ke salah guna kuasa empunya daging ke dan sebagainya-
- jamuan raya by ukrida malaysian student assosiation (UMSA)-
- makan makan. sharing dari senior yang dah start praktikal. cabutan bertuah. balik -
- haa~ sikeeet je lagi nak dapat hamper besar ! tambah dua je pleasee -
-sekian-
3 comments:
Selamat Hari Raya Aidiladha Faiqah~
ohh iye..sy la syabab yg macho itu kan??
selamat hr ry iduladha...
Post a Comment