Wednesday, July 21, 2010

:: tink tank ::

:: bismillahirrahmanirrahim ::




assalamualaikum,

hari ini saya mahu bercerita. kisah yang mungkin tiada apa-apa. tapi sekurang-kurangnya ia bermakna buat saya =)

pernah tidak anda terfikir bahawa ada banyak sebab mengapa Allah meletakkan anda dalam sesebuah lingkungan? mengapa Allah menjadikan si dia sebagai teman ? mengapa Allah rapatkan hati kita dengan sahabat seperjuangan?

Kenapa dia dan bukan insan lain? padahal banyak je manusia lain yang kita rasa mungkin lebih secocok.. pernah terfikir tak ??

perkara itu, sering wujud dalam pemikiran kecil saya. kadang-kadang saya rasa pelik juga, sebab semua benda pun saya nak kait-kait. bukannya saya yang mahu. tapi dia jadi dengan sendirinya. tiba-tiba je terfikir...

dalam banyak hal, satu perkara yang saya suka perhati adalah kawan-kawan saya.



kawan-kawan,

tahu tidak yang saya sebenarnya sangat admire korang?

dikelilingi oleh insan-insan yang sangat manja *sgt2*  dengan emak, ummi, ibu masing-masing. buat saya rasa jeles. buat saya rasa nak manja jugak sebab saya bukan manja-manja type =p

melihat kesungguhan kalian dalam mencapai sesuatu perkara. mengetuk saya untuk lebih bersungguh dalam setiap hal.

memerhati kekemasan yang ditampilkan, tak kira la pakaian ke, cara kemas meja ke, kemas bilik ke, potong kertas ke hatta susun kertas pun. buat saya belajar untuk kemas *masih belajar* dan benci dengan kesepahan. tapi kadang-kadang kesepahan itu tidak dapat dihalang. tambah-tambah lagi masa minggu exam. *alasan2*

meneladani keperempuanan yang ada dalam diri dia. buat saya rasa sangat serba tidak lengkap. oh ya, keperempuanan tu bermaksud sifat-sifat perempuan la kan. ala, macam wanita melayu terakhir tu. lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, pandai serba serbi .kadang-kadang saya rasa saya macam lelaki in certain aspect la.haha .tah pape kan. -_-"

menyaksikan kecintaan dia terhadap binatang. sangat sangat amat buat saya rasa "wow!" macam dah sehati sejiwa dengan kucing tu. bila dia masuk bilik je mesti kucing tu akan bangun tido dan mulakan operasi meng'gedik' dengan kawan saya . diorang serius ada ikatan. tau tak kisah yang ada seorang pelacur bagi minum dekat anjing dan dijanjikan syurga? haa, sebab tu la saya jeles. bukannya saya benci binatang cuma saya tidak pernah rasa bond yang sebegitu kuat macam bond antara dia dan kucing tu.

menyedari usaha pertambah baikkan dalam ibadah yang sedang diusahakan. buat saya serius rasa jeles! sangat-sangat ! bila dia terima satu-satu hadis  yang menggalakkan something2 dengan pahala something2, esoknya saya perasan yang dia sedang cuba mengamalkan perkara tersebut. oh, bagusnya~~  saya pun mahu juga.

"fastabiqulkhairat = berkejar-kejarlah kamu dalam kebaikan"


melihat pertambahan ilmu dengan kemasukan-kemasukan bermanfaat bila bersembang dia, buat saya rasa..aduhaii faiqah~ tolonglahh ambik berat dengan agama kau!

melihat kreadibiliti yang ditampilkan, buat saya rasa rendah diri.

melihat semangat dan kecintaan terhadap agama yang ditampilkan, buat saya rasa geram dengan diri.

melihat kemampuan mengendalikan sesuatu permasalahan dengan baik, buat saya belajar untuk bersikap lebih rasional.

dan banyaakk lagilah. rasanya panjang berjela kalau saya listkan semuanya.

bila saya perhati balik. sesebuah lingkungan atau seseorang yang bergelar kawan itu memang memberi pengaruh yang besar dalam hidup saya. saya belajar banyak benda dari mereka. dan selalunya benda yang mereka punya itu tiada atau kurang ada dalam diri saya. atau mungkin juga perlu di 'boster' kan untuk perbaikan diri ke arah yang lebih baik.

atas sebab itulah saya bertambah kagum dengan gerak kerja Allah. cukup berseni cukup halus. kalau kita tidak berfikir mengenainya, mungkin kita akan terlepas pandang. mungkin kita tidak sedar dengan kuasa di sebalik semua yang berlaku. dan kita akan jalani hidup dengan sia-sia tanpa mengambil pengajaran darinya. kan rugi tuu.

walaupun banyak fikir tu kadang-kadang buat saya penat. tapi disebalik benda-benda tah pape yang muncul tu ada jugak perkara lain yang buat saya lebih menghargai benda-benda kecil yang mungkin hanya habuk pada mata orang lain, tapi ia mengajar saya untuk hidup dengan lebih bermoral, berfikir dengan lebih rasional dan tidak menyalahkan sesuatu dengan sesuka hati. bukan nak kata saya baik ke apa sebab saya tidak pun. cuma saya nak cerita dari pengalaman saya..itulah yang saya rasa,




maka,

berfikirlah dengan mata hati. 
hargai apa jua yang menyaluti diari sehari.
semoga terbuka mata sebelum sampainya mati.
kerna mati itu adalah sesuatu yang pasti.


-sekadar berkongsi =) -

6 comments:

Asyiqin said...

Faiqah2~
Saye juge pernah terpikir pasal ni.
Bukan pernah je, tapi slalu.
Great post!
*saye sedang menahan diri dr b'curhat*

fiDa yO said...

great post! yeah!
=)
i hv like 6 days to go back to malaysia ^_~

faiqah ar said...

iqin:

kan2..selalu je dia nak fikir.
eh, awak dah curhat pon =p haha

fida:

haha.jazakillah.
tak aci oh balik awal!! -_-"

hani idzaida said...

sy suke post kakyong yang ni :) penat kdg2 melilau2 sane sini tengok orang , ape mnde tah yang kita perhati , tak sedar . sbnrnye itu gunenye memerhati, utk perbaiki diri ye dop ? hehe so , keep up on memerhati sampai juling eh . *ok, tipu je* haha xD good work yong !

im a muslim said...

hani:

kalau perhati je tapi asyik cari yang negative je..pening jugak tu. makanya, sertai zikir dalam berfikir.
moga redha Allah bersama kita =)

p/s: takmo fikir sampai keluar urat =p haha

Anonymous said...

link to"think"tank.. http://bobex.wordpress.com/