::- bismillahirrahmanirrahim-::

assalamualaikum,
masa minggu peperiksaan haritu. saya terima anugerah dari dekan ana dan professor asip. nama anugerah itu 'sunshine's award'. mungkin sebab blog saya ni gelap aje. jadi adalah sunshine untuk meneranginya kan. bagi cantik sikit. ;p apa-apa pun, terima kasih banyak banyak =D
saya sudah beberapa kali ditegur mengenai kehadiran blog ini, mengenai cara saya menulis, mengenai cerita yang saya paparkan kepada umum.
bila saya kisahkan kejayaan saya dalam sesuatu hal. ada orang beranggapan saya cuba menunjuk-nunjuk.
bila saya kisahkan perkara buruk yang terjadi keatas saya. ada orang fikir saya seperti mahu beritakan kepada satu dunia yang saya tengah sedih.
bila saya kongsikan pengalaman hidup saya. ada orang kata saya mempublickan kehidupan peribadi saya.
saya tidak menyalahkan kalian yang menegur. saya tahu niat kalian baik. bahkan saya berterima kasih kepada kalian. betul ni saya tak tipu tau. sebab "an honest answer is a sign of true friendship" (^_-)v

cuma saya ingin mengklarifikasikan sedikit tentang pandangan saya dengan cara saya.
saya tahu menceritakan perjalanan hidup itu seperti membuka privacy yang seharusnya disimpan rapat-rapat. tapi saya tidak rasa semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita itu tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. apa guna pengalaman yang boleh diambil pelajaran darinya jika mahu disimpan hanya untuk dirinya sahaja? kalau kamu dapat sesuatu yang berharga , rasanya tidak salah untuk disebar-sebarkan juga kepada orang lain. jika disimpan sahaja lama-lama tentu jadi pekasam.
saya sedikit kecewa bila ada orang kata saya macam menunjuk-nunjuk. seminimal mungkin saya menulis supaya orang tidak salah faham. berulang kali saya baca post tersebut , ada macam sombong ke? but still, orang kata saya macam itu. tidak mengapalah.
saya tak tahu nak kata apa bila orang kata saya ceritakan kesedihan saya kepada umum, macam nak bagitau satu dunia. macam nak raih simpati orang. padahal, kejadian itu dah berlaku lama dan dah selesai pun. kalau mahu mengambil simpati, baik saya cerita masa saya sedang dalam dilema tu kan.
kisah-kisah saya itu hanyalah penyedap rasa, bukan menu utamanya. ia berfungsi sebagai jambatan untuk sampai ke kampung sebelah. inti yang saya ingin sampai kan biasanya ada di perenggan-perenggan akhir. macamana orang nak faham kalau saya tiba-tiba masuk penutup tanpa ada permulaan? saya bercerita mengenai kejayaan, kesedihan dan pengalaman saya bukan untuk suka-suka. saya mahu ia tercatat untuk diri saya sendiri, saya mahu orang yang membaca nampak apa yang saya nampak dari cerita-cerita itu. ambillah apa jua pelajaran yang boleh digunakan daripadanya. buanglah apa jua yang buruk.
apa guna saya menulis jika hanya sekadar untuk bercerita kosong? ketahuilah, sesungguhnya saya mengharapkan lebih dari itu. saya sedar, apa juga yang saya paparkan ini akan dipertanggungjawab ke atas jiwa saya kelak. jadi batasan itu harus digaris terang. supaya saya nampak had-had kelajuan yang ada.
rasanya itu sahaja luahan rasa.haha ;p tiada apa-apa simpati yang ingin diraih. sekadar menjelaskan apa yang mungkin kalian salah faham.
maaflah kalau cara saya salah. saya masih belajar =)

moga redha Allah bersama kita^^
4 comments:
I like this post...~ (^_____^)
salam kak yong....teruskan menulis yeh...bak kate abu saif ;
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi menyuluh jalan kembara insan mencari TUHAN! - Abu Saif
khairun nas, 'anfauhum linnas...
paling2 utama tulisan ini adalah buat diri kt dahulu, dan kt juga nak org lain turut sama2 rasa apa kegembiraan yg kt rasakan...dan tulisan kt x lari dr mencari redha ALLAH dan memekarkan rasa cinta kpdNYA...
sharing is loving rite?^^
~ummu sulaim~
errrk??!
*ok ni bkn sendawe ha*
the EFFFF?? (sori yong.. ni la carutan plg sopan yg dibenarkn lmbage tapis carut sedunia wat mase skang ni)
haha~
pelik ble ad org byk je nk komen mcm2..xp2.. trime ngan positive.. *btenang2*
...
*lari2 g jerit kat bantal tnde emo*
=P
naem : unlike je dibenarkan.haha
ummu sulaim:
wslm wbt, mahu yg menghasilkan mampu.yeahh~ benar sekali! XD . insyaAllah2..will do. btw, taknak kenalkan diri ke? hehe ;p
piko:
hahaa =D sakit jiwa kita baca komen piko ;p sejak bila pandai jerit2 dkt bantal? ni pengaruh selly eh. haha ^^
Post a Comment