Friday, December 18, 2009

::- cuti2 indonesia part1 -::

::bismillahirrahmanirrahim::


assalamualaikum wbt...

alhamdulillah cuti sempena hari natal dan tahun baru telah bermula..disebabkan saya tidak berpeluang untuk pulang ketanah air tercinta. Maka otak mula mengalirkan signal kpd neuron bagi menghasilkan rancangan "jalan-jalan, cari pengalaman" untuk memenuhi hari libur selama 2 minggu di bumi Indonesia ini. Beberapa program telah selamat dijalankan *alhamdulillah* dan mission seterusnya adalah masih didalam perancangan *insyaAllah*. Kehadiran passport disaat2 cuti ini amat2lah membantu dalam memudahkan segala urusan..Terima Kasih Ya Rabb (",).

"Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pula pengalaman"

maka saya menulis, sekadar mengabdikan pengalaman yang mungkin boleh dikenang dikemudian hari nanti (^^)

*******************************************************************
:~ Dunia Fantasi ~:

Klon genting highland~ yeap, tempat ni memang sangat tidak lari dari bayangan genting. Serba serbi macam sama, nasib baik tiada isu klaim menglaim antara mereka.Tapi genting masih yang terbaek dr segi kegerunan permainan2nya. =p. Oleh kerana masalah duit yang sangat2 kritikal, exam yang berlaku setiap 2minggu dan diskaun tiket yang sudah hampir sampai tarikh tamatnya. Maka tiada jalan lain yang dapat saya putuskan melainkan menerjah dufan dihari terakhir promosi dijalankan. 50% diskaun okeyh~susah sungguh untuk menolak. Seramai 40+ angkatan bala tentera dapat digerakkan ke Dufan dengan hasrat yang sama iaitu "have fun!" setelah tamatnya exam yang sungguh mengelirukan mata dan hati kami. Berikut adalah antara game yang terdapat di Dufan.

* inilah dufan*

* urmm..xingat nama dia*


*ferris wheel*


*tornadoo!*


*arung jeram*

satu aje benda yang amat dan paling tidak disukai ramai. Cuba teka apedia>ahah! tepat sekali, kemacetan total sehingga bisa memakan masa sejam lebih untuk satu game! Perkara inilah yang membantutkan keseronokan kami.ish3~ takpe, kalau ada peluang kita jumpa lagi ya Dufan! time tu wajibulghunnah kena pergi waktu budak2 sekolah, orang kantor tidak cuti, bukan weekends dan yang pasti tidak juga jumaat! =D

pengajaran untuk hari ini::-

penantian beserta makian, menghasilkan kesakitan
penantian yang diselimuti dengan kesabaran, menghasilkan ketenangan

* penantian itu menuntut kesabaran*



p/s: post ini akan ada sambungannya..insyaAllah (^_-)

1 comment:

.::ANNAEM::. said...

Assalamu'alaikum...
faiqah pegi bandung ehh...
selamat berliburan...
(~_^)V
6t tolong amek gmba skalik ehh...
nk tgk~
naem hanye di kos je 2 mggu nih...
xjln2 g mne2...