Saturday, December 19, 2009

::- cuti2 indonesia part II -::

::-bismillahirrahmanirrahim-::


assalamualaikum wbt..
seperti yang dijanjikan, post ini adalah rangkaian daripada post part I.

waktu kejadian : 171209 & 181209
lokasi kejadian : T.A (tanah abang) & Mangga Dua

****************************************************************
lokasi pertama : Tanah Abang


*alma pinjam gambar~hehe*

Hari ini bermula dengan jejak langkah ke taalim dan kemudian berlari-lari ketanah abang beserta aishah,teeqah, debby and the gang. Tujuan asal saya adalah untuk menemani aishah memilih pakaian dan hantaran bagi hari bahagianya =) tapi bila dah sampai sana lain pulak jadinya kan (^_^)aiseh~ ada jugaklah plastik yang tersangkut ditangan saya masa balik tu. Bagi mereka2 yang ingin mencari jubah, baju melayu stail indonesian, baju2 labuh, kain sutera batik, semi sutera, kain ela, baju kebaya, segala jenis beg dan dompet bolehlah datang berbelanja kesini. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan kalau hendak dibandingkan dengan Malaysia. Agak2 nak buat bussiness boleh jugak..beli dengan harga borong lepas tu bawak malaysia dan jual~ dapat untung belanja saya okeyh! =p. Keluar pagi balik malam, sangat mencapekkan. Tapi capek lagi budak2 yang buat kerja2 berat tuh faiqah! *bersyukurlah kau boleh naik teksi balik rumah*

pengajaran hari ini:-

"tundukkanlah pandanganmu pada sesuatu yang bergelar kesusahan..
karena dengannya kamu belajar arti kenikmatan.."

*****************************************************************
Lokasi II : Mangga Dua

Alkisah, sebelum menutupkan mata selepas sehari suntuk di Tanah Abang, saya ber-ym dengan seorang rakan *skulmate* yang kebetulan turut menyambung pelajarannya dibumi Jakarta, tapi dia di Trisakti dan saya di Ukrida.

kawan: faiqah, kita ingat nak ajak awak gi jalan esok:D
saya : jom2! hehe..awak nak g mana?
kawan: tahla..awak nak g mana?
saya : dia yg nak g jalan tanya kita pulak.
kawan:CL jela..
saya : okeyh! insyaAllah..

nak dijadikan cerita, masa saya dalam perjalanan nak ke CL, telfon berdering.."faiqah, kita gi mangga dua nak? nnt sampai CL call kita "..terkebil2 sekejap sebab jauh kot mangga dua tu. Takpe2, saya pon tak pernah pergi lagi dan bermulalah pengalaman baru yang sangat menarik! Buat pertama kalinya saya belajar cara nak guna busway *wink2*. Walaupon kena transit beberapa station tapi seronok, murah dan selesa. Cuma mungkin letih lebih sikit dari naik teksi. Turun2 je tersergam gah signboard Mangga Dua>>



jalan beberapa langkah kelihatn 3 sosok manusia yang dikenali sedang fokus menikmati A&W. Dura, Wong dan Fasreen. Selesai sesi tanya2 soalan kami bergerak ke sini>>



tapi tempat ni macam tak best pon. Jadi kawan saya dengan rajinnya bertanya arah untuk ke Manga Dua yang ada jual banyak baju. Masa tu baru tahu, rupa-rupanya Mangga Dua ni ada banyak..WTC M2, M2 Squre, M2 Mall dan Pasar M2. Oleh kerana kami berjiwa budget, berjalanlah kami menuju ke Pasar Mangga Dua *sabar ye kaki*. Tempat yang sangat bessaar! nak habiskan pusing satu tingkat pon sudah mengambil masa beberapa jam. Apa je yang best dekat sini? macam2 ada! Koleksi beg dari semua jenis beg, beg galas, beg tarik, handbag yang lebih banyak dari Tanah Abang bisa merambangkan mata pengumpul2 beg sedunia. sangatlah banyak dijual.Baju tshirt hard rock cafe, i love jakarta dan seangkatan dengannya *boleh buat cenderahati kalau nak balik malaysia*cardigan,kemeja, tshirt bayi, remaja dan orang dewasa. Senang cerita korang datang dan tengok sendiri.

*upin ipin pon ada! bangga kan~betul3^^*

Saya tidak tahu kenapa, tapi saya perasan jadi pelancong..nak rasa makanan yang pelik2, nak cuba benda pelik2,haish~ sangat pelik dengan keadaan mental saya yang pelik.Kenapa ye?hmm..okeh abaikan, ini adalah makanan pelik yang saya rasa.Pisang Ijo!! sedap ~(^^)

*nampak ais je kan, tapi kat bawah tu ada tersembunyi sesuatu=) *


Masa keluar dari pasar tersebut, saya melihat seorang kanak-kanak lelaki yang mungkin sebaya dengan adik saya sedang tidur ditepi jambatan. Mata saya beralih dari wajah kepada luka yang terdapat pada kakinya. Sedih melihat kondisi kanak2 tersebut dan kecewa mengenangkan betapa lancangnya mulut saya yang pernah mengomel tentang ketidakselesaan, ketidakcukupan yang sebenarnya adalah lebih dari yang diperlukan. Oh Allah, ampunkanlah hambaMu ini.

Perjalanan balik kami menjadi bermakna apabila kami mengambil keputusan untuk duduk di perhentian bas sambil minum air kelapa karena tersalah turun busway 2 station lebih awal. Kami bersembang barang seketika disamping memikirkan "mcmane kita nak balik nie?" Saya suka moment itu *kelakar2* . Kemudian, kami naik balik busway, dia turun di grogol dan saya turun di CL. Jalan kaki, naik angkut dan alhamdulillah sampai rumah tepat jam 7.10 mlm.

pengajaran hari ini:-
tidak semua manusia itu bernasib baik,
yang bernasib baik pun belum tentu benar2 di nasibkan untuk bernasib baik
kerana nasib baik itu adalah ujian untuk menentukan yang terbaik
maka sudahkan kita berusaha menjadi yang terbaik??

-oh nasib baik didiklah aku menjadi manusia terbaik-



p/s: buat akak dan farahnabilah.. *wink2* hehehe (^_^)

1 comment:

.::ANNAEM::. said...

Faiqah blum pernah g M2..?
Naem dh puas g siap dh pusing satu M2...~ =p