Wednesday, October 28, 2009

::- ESQ 165 -::

::-bismillahirrahmanirrahim-::




ESQ 165..Go! Go! Go!
ESQ 165..Fight! Fight! Fight!
ESQ 165.. Win! Win! Win!



assalamualaikum.. salam semut =)

lama dah merancang nak buat posting ini, tapi asyik ditunda sampailah ke hari ini.. saya kini bermastautin di bumi Jakarta mencari ilmu dinegara orang. 2 hari sebelum berlepas ke Indonesia, saya menghadiri ESQ 165. Suatu program yang amat saya nanti-nantikan dek kerana berita-berita hebat mengenai program tersebut yang tidak sudah-sudah menjengah pembacaan saya.

jujur saya katakan, sesi pertama di KUIS agak tidak memuaskan hati saya. Mungkin kerana saya terlalu meletakkan harapan yang tinggi melangit? atau kerana saya terlalu membandingkannya dengan program-program lain yang pernah saya hadiri? atau saya yang terlalu keras hati?? Tetapi kemudian saya tersedar, saya kesini bukan untuk menilai, saya kesini bukan juga untuk menghukum maka saya harus melepaskan segala perbandingan yang saya lakukan, meninggalkan pengalaman lain dibelakang dan bersedia menerima pengisian ESQ dengan cara ESQ ..membuka hati untuk melihat dari sisi yang baru.



Setelah itu, secara tidak sedar saya betul-betul meletakkan diri dalam dunia ESQ. Pengisian yang disampaikan dengan santai, gaya dan lenggok bahasa yang amat saya senangi (penyampainya adalah seorang indonesian- Pak Firdaus ). Ditambah dengan bantuan teknologi sound system yang sangat 'gempak' dan tayangan-tayangan yang "membuka mata hati" menjadikan program tersebut sangat menarik lagi tertarik !! Sungguh saya nyatakan, ia membawa saya mengembara kesuatu dimensi diluar kotak pemikiran, disitulah saya benar-benar merasa besarnya makna nama-nama Allah. Agung dan hebatnya kekuasaan Allah. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ya, mungkin anda akan berkata, 'alah, nama-nama Allah memang la maksud die Agung, Hebat etc..so what? semua orang pon tahu, alang budak tadika pon tahu..kalau macam tu tak payah pegi ESQ pon boleh rasa'.. Saya akui memang semua orang maklum akan hal tersebut, persoalannya..sejauh manakah kita merasa getaran kekuasaan disebalik nama-nama mulia itu? sejauh manakah kita merasa kehebatan dan keagunganNya sehingga kita bisa tunduk malu dan menangis meratapi kesombongan dan kejahilan yang telah dilakukan?? Namun itulah penangan yang dapat saya rasakan dari ESQ, betapa saya terkedu dengan kekerasan hati yang selama ini hanya menyebut tanpa merasai dan menghargai keagungan-Nya. Betapa jahil dan kerdilnya diri ini yang bergelar hamba tetapi bertindak seperti tuan gabenor.




Sesi yang paling amat sangat saya suka dan ingati seumur hidup ini adalah disaat kemuncak program. Sesi yang membasahkan baju saya sebasah-basahnya, bukan sahaja baju saya yang saya basahkan tetapi juga baju orang lain yang menjadi pasangan saya disaat itu. Termasuk juga lantai dan kerusi diruangan tersebut. Memang dibanjiri air mata seluruh peserta, saya berani katakan tiada yang terkecuali dari menitiskan air mata keinsafan dalam sesi tersebut. Saat azan dilafadzkan ketelinga terasa seperti saya dilahirkan semula ke dunia dengan nafas baru, lafadz kebesaran nama Mu disebut tidak henti-henti dengan sepenuh rasa dihati, tidak pernah saya rasakan perasaaan seperti itu, tidak pernah saya memaknakan kebesaran Allah sedalam itu. Sehingga saat bersujud syukur kepada Allah, saya dan peserta lain disirami dengan kebahagiaan tatkala hujan lebat membasahi bumi , terus hadith mengenai maqbulnya doa disaat hujan dipaparkan di skrin. Sungguh saya berasa amat bertuah, dikurniakan waktu untuk berdoa dalam kondisi tersebut dengan keadaan hati dan perasaan yang benar-benar menghadap,tunduk dan patuh kepada Allah. Momen yang amat terkesan dalam diri saya.


ESQ telah mengisi satu lagi ruangan dalam hati ini. Pengalaman berharga yang memberi kesan terhadap jiwa saya. Menimbulkan satu lagi bentuk pemikiran dalam diri serta meninggalkan kesan-kesan yang mendalam.Tidak dapat saya menceritakan kesemua pengalaman di ESQ kerana "it is a total an experiance journey" . Jadi kalau nak tahu lebih lanjut, joinlah ESQ =) Maka kesimpulannya..~


ESQ memang BEST!
(^_______^)//

demi matahari dan sinar paginya
demi bulan apabila mengiringinya
demi siang apabila menampakkannya
demi malam apabila menutupinya
demi langit serta pembinaannya demi bumi serta penghamparannya
demi jiwa serta penyempurnaanya

maka Dia mengilhamkan kepdanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan

sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya

(91: 1-10)
-suke bwat aksi dia time nie- **wink2**

..Terima Kasih ya Allah atas segalanya..


p/s: seriously bnyk lg aktiviti, games n pengisian yg best! xtipu~~

6 comments:

piko said...

*touched*
nk ikot lain kali!!~
boleh x tuan gabenor? ehehe~

im a muslim said...

hehe..

amat dialu-alukan..
jom kite g bareng!!~
(^__^)//

Anonymous said...

nk itot jugak......
hehehe

im a muslim said...

jOm2~!!

ramai2 kte menggegarkan ESQ!
cewah..haha,insyAllah,nnt kte g sesame (^__^)// yOsh..

ibnyusoff said...

thanx so much!!bunyiknyer menarek,hopefully 1 day bole xperience sendri kebestannya!!..wait,cmne nk gne wd bareng ye??..hmm,pnah try doa taubat or zikir munajat(esp penyaksian) smbl dgr asmaulHusna versi ESQ (or ayat azab,nasyid syahdu etc2) x??n cuba hayati doa yg dibace baek2..

faiqah ar said...

yusran=
sama2~
dah pnah dgr..best2.

jom2..angkut ramai2 g ESQ =)