Friday, September 18, 2009

::- Berakhirnya Ramadhan -::

-bismillahirrahmanirrahim-





assalamualaikum wbt..

dengan berakhirnya Ramadhan, kita diraikan dengan kehadiran Syawal..
perjuangan yang dilakukan disambut dengan kemenangan
sebulan lamanya kita berjuang
berperang dengan kebiasaan hariaan..
nafsu cuba ditentang habis-habisan
berusaha dan terus berusaha dengan sebaik mungkin
dan kini
kita sudah sampai ke pengujungnya..
menanti detik lebaran sebagai tanda kemenangan
kemenangan yang mengembalikan manusia kepada fitrah..

biar gembira menghiasi hati
biar kebahagiaan yang menanti
namun gelisah tetap melanda diri
apakah perjuangan ini akan bertitik mati?
apakah diri mampu memperhalusi maksud sebenar jihad ini?
dimanakah akhirnya aku nanti?

kerisauan menguasai diri
andai diri tidak mampu lagi merasai
indahnya Ramadhan, bulan yang suci ini
kasihnya Tuhan kepada hamba-Nya ini
menghadiahkan sebulan latihan kendiri
bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi
peperangan menentang musuh yang lebih besar nanti

Apakah engkau tidak melihat keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: sebagai Tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu dia disesatkan oleh Allah biar pun dalam keadaan dirinya berilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyah 45: 23]

kerana aku sedar,
banyaknya kelalaian dan kealpaan diri disepanjang Ramadhan ini
hati semakin terusik dengan hadiah kemenangan yang diberi
walau perjuanganku sebenarnya tidak lah sehabis hati
dengan kecacatan menghiasi setiap sudut dan segi
Ahh~penyesalan yang tidak bererti lagi



Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim

Kami memohon ampunan-Mu
Kami memohon rahmat dan hidayah-Mu
Kau kurniakanlah kekuatan dalam diri kami ini
Kemampuan untuk istiqamah dalam ibadah dan akhlak kami
Keinginan untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri
Kepedulian terhadap iman dan islam dalam hidup kami

Sungguh Ya Allah
Kami amat lemah dalam menangani
Kami amat rapuh dalam menghadapi
Maka bantulah kami
Hamba yang memerlukan-Mu dari segenap sisi.


ketahuilah rakan..

“Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menghukum daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan menghias dan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”
[al-Hijr 15: 39]

maka

::~perjuangan harus diteruskan!! ~:

(^_^)


-nfar-

No comments: