Saturday, September 12, 2009

::- aku tidak tahu -::




::~ aku tidak tahu ~::



sungguh bongkak dan sombong diri ini
merasa puas dan cukup dengan segala yang ada
merasa akan hidup bertahun lamanya
maka diri merasa bangga
kerana kesombongan yang bermaharajalela
terus ditinggal ilmu yang berada didepan mata
sedang kematian itu berlari-lari mendapatkan kita

apakah cukup pengetahuan yang dimiliki?
cukupkah isi yang ada dihati?
cukupkah dengan hanya mengetahui secara berbasa basi?
beramal dengan mengikut adat mengikut tradisi
tanpa mengetahui beza antara hak dan batil
kita terus tunduk dan patuh membuta tuli
sedang amalan menghasilkan rugi dan rugi

kebodohan apakah yang telah kita lakukan?
penyeksaan apakah yang telah kita hidangkan?
sungguh,
amat malanglah diri ini yang mendungukan mata hati
amat malanglah diri ini yang menolak cinta Ilahi
"sedang diri hanya hamba abdi"

kita
berdiri menepuk dada membangga diri
berslogan aku hidup dengan cara sendiri
bersuara lantang mengucapkan rasa dihati
tanpa memikir garis yang telah diberi
aduh~
jahil sungguh diri ini
hidup tanpa rasa berTuhan disisi
hidup tanpa mensyukuri segala nikmat yang diberi
"maka nikmat Tuhan manakah yang sanggup kau tinggalkan?"


dan apabila dikatakan kepada mereka, "berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman!" Mereka menjawab,"Apakah kami akan beriman seperti orang2 yang kurang akal itu beriman?" Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang2 yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu.
dan apabila berjumpa dengan orang yg beriman, mereka berkata, "Kami telah beriman" Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan2 (para pemimpin) mereka, mereka berkata, " Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok"
Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan.
::~ al-Baqarah 13-15 ~::

sungguh Ya Allah..

kami insan yang serba tidak tahu
maka kau bukalah pintu hati kami
untuk terus mempunyai rasa MAHU
dalam usaha menuntut ilmu
bagi menghasilkan rasa TAHU
yang berkonsepkan kepada Al-Quran dan Sunnah-Mu


agar kami bisa membina
pohon2 subur yang lebat berbunga
diatas tunjangan aqidah yang SOHIH
semoga kami menjadi
"penghuni-penghuni syurga-Mu"


dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang beriman dan berbuat kebajikan, bahwa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga,mereka berkata," Inilah rezeki yag diberikan kepada kami dahulu" Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan disana mereka (memperoleh) pasangan2 yang suci. Mereka kekal didalamnya
:~ al-Baqarah 25 ~::


p/s:jOm kita sama belajar agama kita! kalau bukan kita sape lagi?
untuk kebahagiaan diri sendiri jugakkan =)


**peace**
nfar
110909-12:41-
(= jakartabarat =)

No comments: