..Bismillahirrahmanirrahim..
bosan..sudah beberapa hari aku duduk terperuk di rumah tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah. aku ralit dengan kelapangan masa yang ada..kemalasan menguasai diri padahal banyak lagi borang2 mara yang harus aku isi, hadiah yang harus di pos, janji kpd lala (sepupu) yang harus aku tepati dan yang paling penting,janji dengan diri aku yang masih belum selesai lagi !! ya, masih banyak yang harus dilakukan tapi aku..apa yang aku lakukan??
masa aku banyak terbuang 2 3 hari ini..tidak seperti hari-hari sebelumnya, seusai tamat program BTN masa aku sangat terisi..setiap hari ada sahaja aktiviti yang harus dilakukan, seriously,sangat sibuk..walaupun penat tapi aku bahagia, aku rasa seronok dengan kesibukan yang ada..bangun je dari tidur aku dah nampak matlamat untuk hari tersebut..'ok, hari nie kene buat etc..etc.'..sebelum tidur aku dah boleh rancang aktiviti untuk hari esok..'esok kene settlekan etc..lepas tu siapkan etc..' sangat terancang~ aku tidk tahu mengapa tapi aku sukakannya..dan aku mungkin tidak akan menyedari ke-terancang-an masa aku itu andai aku tidak melalui hari-hari yang bosan seperti ini..ketiadaan program untuk dilakukan, ditambah pula dengan kemalasan yang ditiup-tiup oleh syaitan menjadikan aku sangat benci dengan diri aku!
ya, benci kerana membiarkan diri ini tertipu dengan kelapangan yang tersedia..benci kerana merelakan bisikan syaitan yang penuh dengan tipu daya dan maksiat merayap masuk ke dalam jiwaku..dan aku amat benci kerana sesungguhnya aku menyedari perkara itu !! aku bukan budak hingusan yang tidak menyedari kelalaian hati, aku bukan insan yang tidak mampu mengesan kealpaan diri..tetapi aku juga bukan makhluk yang sempurna serba serbi, kerana aku seorang insan yang kadang-kala lemah dalam mengawal diri..
masa yang kosong ini sangat2 merisaukan jiwa aku..aku sangat takut kerana aku tahu, aku seorang yang lemah..aku takut ia akan melalaikan aku dari mengingatiNya, melekakan aku dengan nikmatNya dan akhirnya, tanpa kusedari..aku telah jauh meninggalkan diriNya..
Sungguh aku tidak mahu semua itu berlaku..Oleh itu, aku sedang merangka beberapa aktiviti untuk mengisi diari sehari..mungkin level yang aku letakkan ini terlalu tinggi( xpun sebenarnya..hehe)tapi aku sedang meneliti mengikut kemampuanku..
Namun, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana memberi aku peluang untuk merasai kedua-dua nikmat ini (kesibukan dan kelapangan). Tanpa kesibukan, aku tidak mungkin merasai nikmatnya kelapangan..tanpa kelapangan, aku mungkin tidak merasai nikmatnya juga kesibukan..Mana mungkin Kau menghamparkan kedua-dua nikmat ini tanpa hikmah untuk diselusuri..Semua orang akan melaluinya tetapi aku yakin, hanya hati-hati terpilih yang akan merasai manisnya nikmat ini jika diiringi dengan akal yang berfikir untuk mencungkil hikmah-hikmah yang tersembunyi..Sungguh Kau Maha Adil dalam memberi..Maka dengan ini aku menyedari, hakikat perlunya kendiri diri, dalam menangani kedua situasi ini, tanpa melupakan kebergantungan aku terhadap diriMu kerana aku hanyalah hambaMu yang tidak punya apa-apa.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
"Aku memohon kepada Mu Ya Rahman..Kau perkuatkanlah keimanan dihati kami, berilah kami kekuatan untuk melawan hasutan syaitan dan keinginan buruk hawa nafsu kami..Bantulah kami dalam mengisi diari sehari agar tidak terus dibunuh oleh kelapangan yang menguasai.." ameen..
:~ duhai masa, jangan kau terus berlari meninggalkan aku sendiri ~:


No comments:
Post a Comment