-bismillahirrahmanirrahim-
pernahkah anda mendengar tentang Dr Marwa al-Sherbini?? mungkin ya dan mungkin juga tidak...kerana saya sendiri tidak tahu siapakah beliau sehinggalah saya terbaca berita yang menyentap emosi ini..
Dr Marwa al-Sherbini adalah seorang muslimah yang telah menyaman seorang lelaki German atas tuduhan cubaan menanggalkan hijab beliau yang bukan sekali tetapi beberapa kali, lelaki trsebut juga telah menghina beliau dengan panggilan 'terrorist' serta menghalang anak lelakinya dari bermain di padang permainan..
Keputusan makhamah yang memihak kepada beliau telah menyebabkan lelaki tersebut marah, lalu mengeluarkan pisau dan menikam Dr. Marwa sebanyak 18 kali dengan disaksikan suami dan anak lelakinya!! tambah memilukan beliau sedang mengandung 3 bulan disaat itu ! saya sangat dan amat tertanya-tanya..apa yang orang sekeliling dia buat? mana mungkin dalam makhamah yang ramai itu tiada seorang pengawal pun yang perhati atau perasan gerak geri si pembunuh? dahla tak perasan , boleh pulak pengawal tu 'tertembak' suami Dr marwa ni yang cuba nak bantu isteri...apekah?? and one more thing..tidak ke pelik makhamah dekat negara yang maju tu tak ada sistem mengesan alat2 merbahaya sebelum masuk court ?? benda2 ini telah menambah biakkan kejengkelan, kegeraman, kebengangan saya dengan makhluk2 yang mengatakan Islam itu 'terrorist' !! dengan kes yang satu ni pun kita boleh nampak..siapa sebenarnya pengganas?? adakah wanita yang memakai hijab itu atau pun lelaki yang meletakkan otaknya setaraf dengan apa pun saya tak tahu kerana sanggup menikam bukan sekali dua tapi 18 kali kedalam perut seorang ibu yang sedang mengandung??!! dia bukan je dah bunuh seorang tapi 4 orang ! membunuh 2 insan yang tidak bersalah dan membunuh 2 jiwa yang masih memerlukan insan tersebut...hati saya betul2 sakit bila berita ini tidak disebarkan dan tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana satu dunia sedang sibuk memperkatakan kematian MJ !!
semoga kita disatukan dalam perjuangan mengejar yang hakiki (^~^)insyaAllah...

mana pembelaan yang sepatutnya beliau dapat ? mana laungan pengadilan hak asasi manusia oleh dunia2 Barat ?? mana janji2 manis yang diberikan ? mana dan mana ?hmmm... saya tidak nampak sebarang usaha Barat yang asyik mengejar 'terrorist' , berusaha segala daya membersihkan bumi dari 'terrorist' , membiayai berjuta2 dollar US untuk menghapuskan jenayah "terrorist' itu, dalam memperjuangkan nasib seorang wanita muslim ini..mungkin ada tetapi saya tidak tahu? maka tolong beritakan agar saya tahu..agar satu dunia tahu keihlasan hati dan nurani mereka !!
Jiwa saya amat ditarik-tarik disaat ini, keimanan saya bagai ditangkis-tangkis, hati saya diasak dengan seribu satu persoalan terhadap diri saya ! ya diri saya sebagai seorang musleem, sebagai seorang yang beriktikad bahawa Allah itu Esa dan tiada siapa yang layak disembah melainkan Dia, sebagai seorang yang mengaku beriman dengan Islam dan hidup atas jalanNya~.. diasak dan terus diasak! sepanjang 19 tahun diberi keizinan untuk menghirup udara dibumi ciptaanNya ini, apa yang telah saya lakukan sebagai seorang muslim ? apa yang telah saya lakukan untuk Rasullullah ? apa yang telah saya perjuangkan untuk Islam ? apakah telah saya abdikan diri ini sepenuhnya sebagai hambaNya ? apakah saya tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu ? dimanakah letaknya semangat jihad saya ??
sudah cukupkah dengan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa dibulan Ramadhan, mengaji setiap hari, bersedekah , tunaikan zakat, letak agama Islam dalam ic, duduk dirumah dan merasa kasihan, menyatakan simpati berkati2 tapi masih duduk membesarkan diri?? cukupkah ?? kononnya tidak mahu ambil 'port' hal2 begitu, ini bukan bidang aku, aku tak faham hal2 macam tu, aku bz, xde masa la, takot digelar extreme, takot lari pendapatan sehari etc..etc..

Agak-agakkan apa yang kita nak jawab bila dipersoalkan diakhirat kelak ??hmmm.. saya takut..sangat takut bila memikirkannya, kadang-kadang saya cuba lari dari realiti yang menghimpit ini..sebab saya tahu, masih banyak yang saya belum usahakan..saya masih ralit dengan kehidupan dunia yang memang saya tahu setiap inci dan seginya adalah ujian..semua orang pun tahu hakikat ini..cuma kesedaran itu harus dicipta dengan kehendak diri sendiri, kerana sesungguhnya realiti tidak pernah menipu cuma kita yang membutakan mata hati dari menilai dengan seadil-adilnya..
Saya sedang berusaha, sedang berjihad menguasai hati dari ditakluki syaitan, dari dimanipulasi nafsu dan dari ditipu oleh kehidupan yang penuh ilusi ini..Saya ingin menyeru dan sangat berharap agar kalian juga turut sama dalam perjuangan ini kerana saya tidak mahu berdiri berseorangan, saya mahu memegang panji perjuangan bersama kalian kerana kita dibawah aqidah yang satu, kita bersaudara, jadi kita harus berdiri bersama , bergerak bersama dalam perjuangan ini !!
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
subhanallah~tidak mahukah kita menjadi orang yang paling utama itu ?? saya mahu dan saya tahu anda juga mahu..yang tinggal kini hanya lah kesanggupan kita untuk melepaskan segala kemahuan nafsu..ajakan dan bisikan yang sentiasa menarik, menggoda kita untuk terus mencintai dunia..saya masih lagi berusaha memalingkan cinta saya kepada Yang Maha Berkuasa,Yang Kekal Selamanya..saya tahu hati saya lemah, saya tahu jiwa saya mudah tertipu..jadi saya berharap agar kalian dapat membantu..bantu saya agar saya dapat berdiri sebaris dengan kamu, bantu saya agar saya dapat turut serta dalam perjuangan kamu!! mari rakan , mari taulan kita bersatu bagi memegang panji-panji kemenangan Islam..
semoga kita disatukan dalam perjuangan mengejar yang hakiki (^~^)insyaAllah...
Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”(Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”(al-Bukhari)
Dapatkan Mesej Bergambar di Siniya Allah Ya Tuhanku, Engkau lah Tuhan yang menjadikan segala sesuatu
Kau perkuatkanlah iman dihati kami, Kau teguhkanlah aqidah kami,
Jadikanlah kami insan-insan yang berjuang dijalanMu,
Jadikanlah kami insan-insan yang berjihad hanya keranaMu,
Jangan Kau biarkan kami hanyut dengan mainan syaitan,
Jangan Kau biarkan kami leka dibuai kesesatan,
Kau ingatkanlah kami tatkala kami lupa,
Kau kurniakanlah kami hidayahMu agar kami terus menyedari...
Hakikat penciptaan diri ini..
Hanyalah untuk menghambakan diri kepada Mu..
:~ kesanggupan itu terbit dari hati yang benar-benar mahu~:

3 comments:
innalillahiwainnailaihirajiun..
dia mati kerana mempertahankan agamanya, mempertahankan tudung yang dipakainya..
sedangkan kita, masih ramai yg membuka aurat tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah..
moga Allah memimpin hati kita agar setabah dan sekental wanita itu..
ya..
semoga kita diberi kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan menutu aurat ini (*~*)
p/s:k.asniza..thanks 4 dropping by~ hehe
ingatlah,umat Islam yg brjuang pd jalan-Nya xprnah kalah!!AllahuAkbar!!kte meng make kte untung dunia&akhirat tp jke syahid d mdan prjuangan make kte peeroleh kmnangan di sane,subhanallah..Besides,yakinlah bhw Islam pasti akn bangkt kmbali stlh diinjak,ditikam,diftnah,dirobek,dcmari musuh2 Allah laknatullah 'alaihum!!
Post a Comment