Sahabat..
Kau umpama cahaya,
Yang menerang diwaktu gelita,
Kau umpama udara,
Yang mendingin diwaktu hiba,
Kau umpama mutiara,
Yang mengisi waktu duka..
Sungguhku tidak menyangka,
Pertemuan tanpa diduga,
Memupuk ukhuwah antara kita,
Jalinan yang hanya biasa,
Akhirnya sebati dijiwa,
Membina jalinan kasih mulia..
Diari sehari diisi sengan kata-kata,
Dipenuhi keriangan dan kenangan bersama,
Gelak ketawa gembira,
Tangisan sedih kecewa,
Memenuhi hari-hari kita..
Jika satu terluka,
Satu lagi akan merawatnya,
Jika satu teraniaya,
Satu lagi akan membelanya,
Jika satu tercalar,
Satu lagi turut terasa balar..
Namun hari-hari indah kita,
Kadang kala dicemari bala,
Yang entah dari mana,
Berhari-hari kita berpaling muka,
Meruntun kisah lama,
Akhirnya membawa hiba dimata..
Saat mata bertemu mata,
Rasa hati terkeluar jua,
Tak mungkin dapat kita simpan selamanya,
Kerana rasa yang semakin lara..
Tali yang terputus bersambung jua,
Dek kerana cinta yang tak dipaksa,
Semoga ukhuwah kerana YAng Esa,
Bertahan selamanya,
Meniti hari-hari bahagia,
InsyaAllahhu Taala..
~faiQah ar~
-280307-
-1530-SKL
specially dedicated 4 my best freinds (u know who u r)hehe..n also 2 all my frends yg mengenali diri ini..
No comments:
Post a Comment