Dadu,
Lambang sebuah kehidupan,
Yang penuh nasib dan perhitungan,
Suatu masa kita bertuah,
Lain waktu kita kecewa..
Kubus,
Lambang kesamarataan semua,
Pangkat, kuasa dan harta,
Tiada makna disisi Yang Maha Esa,
Hanya amalan yang terhitung akhirnya..
Kerana itulah,
Terdapatnya satu, dua dan tiga,
juga empat, lima dan enam,
Nilai amalan kita tak sama,
Balasannya pula hanya ALLAH yang saksama..
Oh indahnya,
Bagi pelangi di sudut angkasa,
Lambang keajaiban kuasa YAng Berkuasa,
Begitu juga dengan kita,
Pelbagai ragam, pelbagai bangsa,
Tetapi berhimpun dibawah satu agama..
Enam wajah berbagai angka,
Saling perlukan 'dia dan kita',
Satu tiada cacatnya kerata,
Itulah ukhuwah fi sabilillah antara kita..
Sebiji dadu tanda ingatan,
Sebuah ikatan suci dan ikhlas,
Agar kenangan sentiasa difikirkan,
Semoga hubungan abdaan abada..
puisi ini adalah rangkaian kata dari rakan sekelas( 4 sains-26/02/2006-sek.kiblah) sempena ulang tahun lahirnya aku diatas dunia yang serba indah ini..terima kasih kawan,teman dan taulan..ada sesuatu tersirat didalamnya yang amat aku hargai..
jazakallahkhoirankasira :Saliylatul Karimah, Najwa Syafiqah, Liyana, Wani, Aesya n Munirah tahir..sEmoga persahabatan yg terbina dirahmati Allah..
No comments:
Post a Comment