Saturday, October 6, 2012

061012

:: bismillah ::






sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh

apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah

dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir

kecuali orang yang melaksanakan solat

mereka yang tetap setia melaksana kan solatnya 

dan orang orang yang dalam hartanya disiapkan bagian tertentu

bagi orang miskin yang meminta dan yang tidak meminta

dan bagi orang orang yang mempercayai hari pembalasan

dan orang orang yang takut terhadap azab Tuhannya


:: 70 ; 19-27 ::




senyum, bahagianya seindah suria ^^



manusia, 

andai kau tahu betapa banyaknya nikmat yang Allah limpah kan kepada mu, setiap saat dan ketika, setiap hembusan nafas dan detakan jantung mu..setiap langkahan kaki di bumi menghijau ini..setiap pandangan mata dari segenap kejauhan..ya Allah..banyaaaak nya kasih sayang telah kau turunkan kepada kami..jiwa jiwa hamba yang sering berbuat dusta..jiwa yang sering alpa dan leka..diberi betis meratap pula mahukan paha, diberi rumah menjerit mahukan istana, diberi sehat terhegeh pula menghisap asap si rokok buat pengubat jiwa katanya..

aduhai manusia..

mahu dikata jahil, segalanya terpapar didepan mata..mahu dikatakan buta, shades penuh buat pelindung mata..mahu dikatakan pekak, earphone dipasang setiap hari..sambil menyanyi goyang badan lagi..apa lagi yang kau mahu wahai manusia ?? berhenti lah mengeluh, berhenti memandang rendah dengan diri sendiri..

kau punya segalanya, andai kau bukakan mata yg terhijab noda..belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada depan mata :) dan senyumlah seindah suria ^^ andai kau tahu, hakikatnya dunia, pasti kau tidak akan mudah mudah berkeluh kesah memandang hiba, bagai diri tak punya apa apa. 

kau adalah apa yang kau fikirkan, pandang depan dan terus majulah ! kerna dunia ini tidak akan pernah memenuhi tuntutan kehendak mu, maka bersabarlah....dalam menanti syurga yang indah itu nanti :) 

bilamana, kau letak redha dan syukur itu dihadapan mu, kau akan nanti mula menghargai setiap detik hidup ini..percayalah :)




" aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku "

:: 52;56 ::






******************************



aku, 

melihat perubahan itu. sedikit demi sedikit. bermula dengan pencarian diri yang serba tidak kena, mula mencari cari ilmu buat pengisi jiwa, pengetahuan yang ada mula dicorakkan dalam kehidupan :) perlahan, namun ia tetap berjalan..mujahadah itu , buat aku senyum tidak berhenti..tidak semua mampu menolak dunia yang sudah sebati dengan jiwanya..ahh kamu, kau buat aku jeles tak berhenti tawuk :') buat aku meronta mahu bergerak dengan lebih laju. asyik selesa di tapuk yang sama..sampai bila kan ? terima kasih, terima kasih sebab tolak aku bersama kamu :')





awak, awak dan awak...teruskan lah berjalan dijalannya, teruskan mencari dan jangan pernah berhenti. ada masanya kau akan jatuh tersadung berdarah. namun jangan kau bimbang akan kesan yang bakal memaruti, sebab parut itu bakal menjadi saksi perjuangan kau nanti. yaa, saksi disanaa, disanaa duniaa abadi. semoga Allah memayungi perjuangan ini, dan kelak disyurga, kita disatukan semua sekali :) ameen inshaAllah 


*senyum*

pandanglah manusia, pasti kau beroleh kebaikan dari mereka, andai sahaja kau mengerti, betapa indahnya aturan Dia 

*senyum lagi*


*credittodearesthaniidzaida :) *



Allah...
penuhilah jiwa jiwa kami dengan kebesaran Mu
didiklah hati kami untuk tunduk menjadi hamba Mu
hamba, sebenar benar hamba
dan masukklah kami kedalam syurga firdausi Mu


..ameen.. 


*********************************



p/s: saya rindu cik putih nokia yang banyak simpan gambaar , sekarang semua pon pakai copy,tak best -_-"

1 comment:

Anonymous said...

pembetulan: bukan "di tapuk" tapi "di takuk"
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+%22di+takuk%22

jika takut pada dunia, pada gelap, pada makhluk, itu masih kecil
tapi jika takut pada diri sendiri?
(13:11)

note:tak perlu publish komen ini, sekadar pembetulan =)