Monday, September 24, 2012

melodrama

:: bismillahirrahmanirrahim ::



*manusia,jangan sombong*




*********************************************************


*warning,postinimengandungiunsurunsurmelodrama*



assalamualaikum, 


how to start this -_-" 


bismillah..


familiar dengan istilah gossip ? haruslah, kan. perkara yang menjadi kebiasaan bagi kalangan wanita terutamanya, termasuklah, saya ! =P cumanya istilah gossip dalam kamus saya agak meluas, tercakup sekali didalamnya adalah proses bertanya khabar dan sesi update perkembangan hidup rakan rakan. tidaklah hanya terpaku pada cerita cerita tanpa sandaran semata.


kadang kadang, gossip ini best. sebab kita boleh tahu perkembangan semasa, kadang kadang juga, ia jadi suatu perkara yang bakal membakar kita dikemudian hari. bila ? bilamana gossip yang kita sampai kan itu merupakan suatu fitnah. *semoga Allah ampuni dosa dosa lalu kita *

fitnah bermula dengan prasangka, sangka sangka, agak agak, rasa rasa, dan kemudian, tanpa usul periksa. disampaikan pula kepada rakyat jelata. dan akhirnya ? menjadi sebuah cerita. karya ulung hasil bisikan syaitan si durhaka.

mungkin terkadang kita tidak sengaja, mungkin juga akibat emosi yang terlalu teruja, cumanya bila sudah terdengar dan mula mahu berprasangka, cuba letakkan situasi kita didalam kasutnya. apakah mungkin ada sebab disebalik segalanya ? tidak mahukah aku bertanya ? aahhh, kalau sudaah orang mula berkata, benarlah tu, kini giliran aku untuk menyampaikan pula.

cop! berhenti. berhenti lah jiwa

kau tidak tahu sakitnya jiwa itu mendengar dusta, tidak pula cuba kau datang bertanya muka ke muka, bahkan mencari dan mendengar dari luar sahaja. kalau pun benar apa yang kau duga, kenapa tidak kau mendoakan dia? atau tidak kau tegur sahaja dirinya, mungkin dia tersalah atau juga lupa ? maruah manusia, apa kau tidak fikir akibatnya ? 

sedih.kecewa.sakit. semua pun ada. oh manusia, what wrong have i done to you ? kenapa tidak lansung datang bertanya ? mahu penjelasan, ayuh saya berikan. aduh, sakitnya. sampai nak marah pun ada *haha, tak senonoh perangai* syukur, Allah beri rakan yang mengingatkan, tatkala panas membasahi jiwa..



" have a BIG HEART kakyong, Allah knows " :')


lalu hujan turun, membasahi muka -_-"



tidaklah saya menulis disini untuk membela diri, apetah lagi berkata saya betul serba dan serbi..no no no, saya sedar diri, manusia yang banyak salah dan silap dalam berdikari, keputusan yang saya buat, kadang kadang dah decide baru sedar diri.. oh, kau tak patut buat macam ni faiqah -_-"  saya sedang belajar dan akan terus belajar. inshaAllah..bila duduk diam renung sendiri, saya tahu, Allah sedang ajar saya sesuatu. pelajaran yang sangat berguna. untuk saya gunakan kini dan nanti. dan untuk saya sampaikan pada generasi pengganti diri

saya rasa kelaka bila dengar ayat ni..


-haters gonna hate-


yeap, memang susah untuk bersangka baik dengan orang yang kita dah mula bersangka buruk dengannya. but hey, what you give, you will get back. in what form ? only Allah knows :) makanya, bersyukurlah atas segala sesuatu yang hadir dalam hidup ini, buruk kah baik kah, semua itu yang membentuk diri kita , sebagaimana berdirinya kita sekarang ini. tidaklah Allah hadirkan suatu kesusahan dan kesenangan itu melainkan sebagai ujian untuk hambaNya, sebab Allah sayang kita. sangat dan amat :') 


dan untuk semua semua, hee..saya minta maaf zahir dan batin. seriously, saya minta maaf untuk semua salah yang saya lakukan, sedar atau tidak. terima kasih untuk semuanya :) saya yakin, Allah hadirkan setiap satu dari kalian pasti ada sebabnya. mungkin juga wasilah untuk menegur saya. terima kasih dan terima kasih. kini saya semakin cergas dan kuat ! *iklan milo* :p alhamdulillah ..



♥ thank you Allah 


***********************************




hari ini,


aku..
tunduk memandang diri,
tidak pernah tinggi
hanya pernah berdiri
cumanya hati
harus terus diisi
buat bekal sehari hari


let us be strong!  [_(^_^)_] 















6 comments:

Anonymous said...

kenapa perlu ambil pusing apa orang kata kalau kita tau benda tu tak benar?

Anonymous said...

If and only if gossip tu dimaksudkan sekali dengan mengumpat aka ghibah..
http://www.islamituindah.my/6-tempat-boleh-mengumpat
moga bermanfaat =)

p/s: fussilat 33-36 =)

im a muslim said...

anon 1:
hehe, secara teori nya begitu lah kan..cuba kena sekali, meh tengok anda rasa apa.haha.but yes, teori tu betul. cumanya, nak aplikasi, amik masa juga :) kalau tak rasa sakit, mcm mana nak belajar nikmat sehat. *got what i mean ? * hee peace. alhamdulillah, teori sedang berusaha diapply, dont wory :P *incase you are giving me solution by asking that*thank you ^^


anon 2 :
waah, jazakallahkhair atas masukan :)

Anonymous said...

lol.. aku xfocus sgt ape kau tules, cme kagum da mcm rangkap pantun tulesan kau..

neway, be cool..

Anonymous said...

ppl can be soo insensitive to others' feelings sometimes as if their lives will not be tested the sme way in future.. if sme thing hppn to me, that would make me ponder if i ever hurt someone wif my words, knowingly or unknowingly via gosip..
(fussilat 46)

hang in there fren.. you cant expect something from nothing..
you cant expect pradise without trials.. can you? ;)

Anonymous said...

you learned the theory so its just a matter of applying it. and my intention was not to give you solution. was just asking. and yes. you're right. we never learnt until that particular things happened to us. so embrace it! be strong girl. because life is a test. cheers!