:: bismillahirrahmanirrahim ::
:: alhamdulillah, safely arrived :) ::
assalamualaikum..
happy 5th of Ramadhan ^^
alhamdulillah, sudah selamat menapak di rumah beberapa hari yang lalu. sebelum balik, ada macam macam azam.nak buat itu dan ini bila sampai malaysia nanti. sekarang bila ada dekat rumah ? ahah, mari kita lihat, berjaya ke tidak misi gilang gemilang anda tu faiqah~ :P
saya rasa mahu share sesuatu. alhamdulillah, Allah hadiahkan pembuka mata untuk hari ini :)
:: ibu with her friends "ladies in black" :p ::
kalau ramadhan-ramadhan yang lalu, kita mungkin sibuk mengejar khatamnya pembacaan satu al-quran. selaju mungkin kita baca, dari satu page ke page yang seterusnya.aim kita, nak habis kan dalam ramadhan !! semangat. sangat semangat.dan alhamdulillah, kita berjaya menghabiskannya :) subhanallah, seronok hati ^^
tapi terfikir tidak. bila kita hanya baca dan baca dan baca. dari kecil sampai ke besar ni. bacaaaaa sokmo, apa pengajaran yang kita dapat daripada Al-Quran itu ? ada ? kalau hanya baca tanpa memahami, macam mustahil aje untuk kita belajar darinya bukan ? but ofcourse,pahala darinya still kita dapat, inshaAllah. cumanya..
Maka adakah mereka tidak berusaha m.e.m.a.h.a.m.i serta m.e.m.i.k.i.r.k.a.n isi Al-Quran ? atau telah ada diatas hati mereka kunci penutup ( yang menghalangnya dari menerima ajaran Al-Quran ) ?
- 47 ; 24 -
kenapa Allah guna ayat yatadabbaruna (memahami) ? bukan yaqro u (membaca), atau yataddarrisuna (tadarus) atau even yahfazu ( hafal ) ? sebab pokok pangkal Al-Quran ini adalah untuk difahami dan diamalkan. bukan sekadar lintasan kosong pada mulut tanpa hati ikut berbicara. macam mana nak amalkan, kalau kita tidak faham, kan ?
mungkin kita boleh cuba belajar untuk membaca terjemahan ayat ayat yang kita baca. berapa sangat harga buku buku tafsir sahih dan alquran tafsir kalau nak dibandingkan dengan buku medic atau makanan mewah atau beg kasut baju branded yang kita beli itu kan ? tambah tambah, manusia macam saya ini, yang diberi peluang oleh Allah, untuk belajar dinegara yang provide dengan sangat banyak buku buku agama, murah pula tu. memang tiada alasan untuk mengatakan " aku tidak faham sebab aku tak tahu ya Allah". Sumber ada, internet ada, buku ada, apa lagi yang kamu cari wahai manusia ? alasan semata -_-""
:: fulltime muslim ? usaha jom ! ::
makanya, jom kawan kawan, kita berusaha faham kan Al-Quran. orang selalu kata, dari mata turun ke hati. oh no no, rasanya lebih elok dari faham masuk ke hati ^^ *macam takde kena mengena, tapi kena kan aje lah :p moga dengan faham itu menghasilkan amal yang lebih bermakna , inshaAllah :)
::~ baca tanpa faham. itu buta namanya ~::
***********************************************
again
remind me of Allah, if indeed your love for me is true
:')
*************************************************
for every sins that you have done.
remember, Allah itu Maha Penerima Taubat :')
dont ever quit to reach His love, even if others are leaving you, cause
winner never quit and quitter never win !
yOosh !
moga Allah beri kekuatan, untuk aku dan kamu
************************************
p/s: saya suka balik rumah :D haha



2 comments:
penting definitive meaning yang hendak dibawa diletak dalam bracket tu as pengertian/definisi tiap2 kata (qara-a, hafazo, darosa) itu luas =). Plus, perintah iqro' juga ada.
nice entry =)
maaaf maaf maaf, tidak bermaksud mengenepikan perintah membaca itu. cuma ingin perkukuhkan statement bahawa faham itu perlu.huu
btw, jazakallahkahirkasira atas teguran :)
Post a Comment