:: bismillahirrahmanirrahim ::
sometimes, it does create a smile :)
*************************************
.. 16042012 ; 0400 ..
beep beep..
terjaga dari lena yang panjang
one message received
.
.
" salam, atok meninggal awal pagi tadi..kitorang otw balik kg "
-akakkuat-
atok...
*tariknafas*
...sungguh dari Allah kau hadir, dan kepada-Nya kau kembali...
atok saya, insan yang sangat kuat. menggigil mana pun kaki, digagahkan jua untuk ke masjid. terketar mana pun suara, di kuatkan jua untuk menjadi imam. segarang mana pun dizaman muda, mudah menyerah dengan pujuk rayu cucu nakalnya ini yang suka bawa lari motor..aaah atok :')
dulu, setiap kali balik kampung. atok suka tepuk tepuk belakang saya sambil berkata " kamu tahu, masa kamu patah kaki dulu..atok la yang mengejar kamu berlari lari naik tangga. nakal " lepas tu atok sengih dan geleng kepala. atok... :')
last time balik kampung, atok sudah sangat tidak sehat. tidak mampu lagi ke masjid. tidak mampu lagi ke pasar. hanya terlantar. bangun apabila mahu bersolat. makan atau sekadar menjenguk anak cucu diruang tamu. makan pun hanya sesuap dua. atok suka ayam kepak KFC :) tapi waktu tu, hanya sedikit yang atok jamah. takda selera katanya.
badan atok makin mengurus. cengkung. nampak jelas tulang tulang di badan. masuk bilik dan duduk ditepi katil. atok tanya..
" kamu dah habis belaja ? "
" belom tok, lamaa lagi "
" bila habis ? "
" 3 tahun lagi inshaAllah. "
" ooo, lama lagi la nak jadi dokter ye "
" a'a. doakan orang ye tok "
" atok tak larat makan dah, sakit kaki ni nak gerak..kamu belajar la elok elok. biar jadi dokter "
sebak..
fuuh, jangan nanges depan atok !
atok~
************************************
sungguh,
empunya nafas itu adalah Dia
sungguh,
pemilik dunia ini adalah Dia
dunia yang hanya sementara
perhiasan yang palsu belaka
bahagia ? suka ? gembira ?
semua dari Dia
berhenti menjadi buta wahai manusia
berhenti ketawa menggila
kau hidup sedetik dua cuma
buka mata, lihat ke sana
cukup kah amalan kita ?
mampu kah tersenyum gembira ?
.
.
.
syurga itu hebat
maka usaha juga harus lebat bukan ?
:')
Allah,
pernudahkanlah urusannya,
ampunilah dosa-dosanya
dan masukkan dia ke dalam golongan hamba-hambamu yang beriman
ameen ameen ya Rab
atok, moga tenang disana :')
********************************************
"Every single person you see is struggling with something, and to them, it's just as hard as what you're going through."
-Sparks-
p/s : exam jumaat. do pray for me :)

5 comments:
Orang tua-tua mmg tabah sket klau banding ngn org muda.. maybe sbb suasana zaman membezekan..
Jalan usaha utk yang telah pergi da t'tutup, tinggal benih yg disemai waktu hidup la utk truskan.. So, do pray for them..
moga dia termasuk kalangan yang diseru dengan panggilan jiwa yang tenang
pernah patah kaki juga rupanya
takziah faiqah :( semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.
we should have a really long talk after you habis exam.
p/s: awk pernah patah kaki? bile?
takziah faiqah. semoga arwah atok kamu ditempatkan dengan orang-orang beriman...
keep strong yongg...suatu masa kite pun akan lalui gak..so,chaiyok2..
Post a Comment