Monday, January 2, 2012

2012

:: bismilahirrahmanirrahim ::








assalamualaikum, 


salam 2 Januari 2012 ^-^


alhamdulillah, alhamdulilla, alhamduillah. segala puji pujian hanyalah milik Dia, Raja langit dan dunia dan apa yang ada diantaranya, Penguasa timur dan barat dan isi kandung antaranya. Sungguh kepunyaan Dia lah segala apa yang terbentang di hadapan mata kini. Kehidupan ini adalah pinjaman..pinjaman sementara dunia kepada kita yang hanyalah hamba =') 



" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan ?? '

- ArRahman -



Tempoh hari saya mendapat berita, kematian ayah kepada salah seorang pelajar Malaysia yang menuntut  di Jakarta. Tidak pasti apa yang berlaku, saya bersama beberapa orang teman bergegas ke hospital berkenaan. Melangkah masuk ke kamar sunyi itu, terlihat seorang ibu bersama anak perempuannya. Disekeliling mereka ada teman-teman yang datang memberi semangat.

Sambil menangis, sang ibu berulang kali mengucapkan ayat ini,


" ayah orang baik, ayah orang baik, ayah bukan orang jahat,  
inshaAllah ayah akan ok dekat sana "

sebak.
..
..
..
..
..
..


mereka, sangat sweet =')


andai cinta dilandaskan pada jalanNya tentu rasa itu kekal sweet sampai Jannah sana. indah ? ya memang indah..kiranya manusia itu tahu dan mahu untuk berusaha mengejar cinta yang suci itu.



-bilikmenunggu-


lama saya duduk. termenung disitu. memikirkan mati yang datang dengan tiba-tiba. sampai bila mahu jadi 'begini begini sahaja' ?? cukup kah bekalan itu ?? sudah bersedia kah aku ??



hah..saban hari asyik memikir hal duniawi. 
hey manusia, ukhrawi itu kau tolak tepi ? 
asyik dan asyik dengan masalah yang sama. 

cuba buka mata tu..
nak jadi pak tunggu ? 
ke nak jadi pak bantu ? 

Islam itu akan tegak bersatu..
itu janji yang takkan ditipu. 
maka kau pilihlah, 


nak duduk termanggu atau bangkit bersatu ?



jihad itu bukanlah panggilan perang semata-mata. ia punya makna yang lebih luas. sangat luas. cukuplah dengan kita mulai berjihad dengan diri sendiri. berusaha untuk memperbaiki, mana-mana lompong ibadah wajib kita usaha penuhi, bila dah terpenuhi, kita hias dengan ibadah ibadah sunat, kita penuhi dada dengan mutiara mutiara ilmu yang takkan pernah habis diteroka, usaha dan usaha lah lagi. wahai diri, andai hasil tidak menyebelahi, jangan bersedih hati. tentu ada sesuatu yang Allah nak beri =)


" we just have to believe " 

-kungfu panda- ;p


oh ya, orang tua tua kata, sambil selam minum air, jadi kita bawalah orang disekeliling kita bersama. saling ingat mengingatkan, berkejar kearah kebaikan, belajar dan mengajar, dan yang paling penting berkasih sayanglah kerana Ilahi. sungguh, rasa yang terbina adalah lebih kuat dari rasa rasa yang lain ^^



 ♥ subhanallah,  
.. onefineday,inshaAllah ..


-credittoanakpakmokhtarygpegimelancongtaktungguorang ^^-




::~ menjelajah bumi Tuhan itu indah, namun lebih indah jika dapat dikongsi bersama, kan ? :) ~::



so saya nak share something yang indah juga^^ ::

selamat membaca !



*********************************************************



p/s: i miss home. 

2 comments:

SoSweet said...

hehehe..nice update...ade sesuatu Allah nk bgi..tidak diciptakan manusia itu utk sia-sia..hehe..so,chaiyok2..discovered your strength..hehe..

Anonymous said...

jazakallah jiddan ukhti