Sunday, October 23, 2011

T.A.K.D.I.R

:: bismillahirrahmanirrahim ::



-suka ^^-




assalamualaikum,

esok hari isnin. dan saya ada assignment yang harus disiapkan. seperti biasa, semakin banyak benda kena buat..semakin membuak perasaan nak menaip -_-" sampai bilakah sindrom ini akan berlaku ? dimana hendakku cari penanganan dan pencegahannya ? oh sungguh, saya tidak tahu.

alkisah,

saya bepergian sebentar tadi, bertemu manusia manusia sependidikan di bumi sukarno ini. pertemuan kali ini, senior tanpa junior dan kami yang berumur..ermm.. awal dua puluhan ;p  ada satu perkara yang menjadi perbincangan suam suam kuku. 

apakah ia ?



T.A.K.D.I.R



seorang rakan non muslim saya ada bertanya,..
-saya edit soalan sukahati-



 "if GOD has planned everything for us, so the way we are living right now is under His planning right ?  "

" the choice that we choose is His takdir then ? "

" makanya, we are now..living and and acting as what He wanted us to ? "



baiklah, jika soalan ini ditanya kepada saudara dan saudari sekalian. rasa rasa nak jawab apa ? ok ok, tukar soalan. rasa rasa kita sendiri ada, atau tidak jawapan untuk itu ? atau kita sendiri bingung dan tak pernah ambil kesah untuk tahu mengenainya ?

naaah, mari bermuhasabah dengan tahap kepedulian kita terhadap agama sendiri. Islam kerana keturunankah ? atau datang dari kefahaman dan keyakinan diri ? *haih, jantung kena tembak*

okeh, marilah memendekkan karangan.


jawapan besar dan utama


hidup ini adalah pilihan. ke kanan kah ? atau ke kiri kah ? itu pilihan yang Allah sediakan ke atas manusia. maka pilihlah, dengan nama Tuhanmu, beserta timbangan iman dan akal yang telah Dia anugerahkan, supaya hambaNya berfikir .

dan apabila pilihan telah dibuat. sebarang apa yang terjadi diatas pilihan tersebut...itu adalah takdir.  dan disinilah aplikasi redha ke atas jiwa manusia bermula.


contoh monolog


satu

" kenapa perniagaan aku tak menjadi ? padahal aku dah pergi kursus sana sini , melabur itu ini, sediakan semuaa bahan bahan yang berkualiti lagi ! kalau aku tahu beginilah nasibnyaa..baik aku pilih perniagaan version lain ! "

dua

" kenapa dia tidak seperti dahulu ? sifat dan akhlaknya berubah total setelah pernikahan. dulu aku dah tanya semua yang rapat dengan dia..semua kata dia baik. aku sangka itulah pilihan yang terbaik..kalaulah aku tahu, tentu aku tak pilih dia ! "

tiga

" ahhh! Tuhan yang takdirkan untuk aku jadi begini..kau ingat aku suka rempit rempit baju koyak sana sini..bergelumangan dalam maksiat ni. kau ingat aku suka ? come on la weyy..aku nak je hidup macam kau, tapi tulah..dah takdir aku untuk jadi camni..nak buat camne kan ~  "




dua monolog pertama..adalah contoh yang menunjukkan peranan REDHA setelah datangnya TAKDIR. 



" dan Kami P.A.S.T.I M.E.N.G.U.J.I kamu 
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. 
dan sampaikanlah K.H.A.B.A.R G.E.M.B.I.R.A kepada orang orang yang S.A.B.A.R,
 yaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 
' sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali '
mereka itulah yang beroleh A.M.P.U.N.A.N dan R.A.H.M.A.T dari Tuhannya,
 dan mereka itulah orang-orang yang M.E.N.D.A.P.A.T P.E.T.U.N.J.U.K  "


:: 2 : 155-157 ::



" orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan SENTIASA DIUJI oleh Allah swt, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia mengadap Allah swt TANPA membawa DOSA sedikitpun "

:: hadith riwayat Imam Tirmizi ::





dan monolog yang ketiga..adalah contoh alasan manusia yang tidak pernah mahu berusaha untuk mengubah takdir hidupnya itu ! tahu kah kalian, bahawa kita mampu untuk mengubah takdir ? bagaimana ? ahah ! dengan DOA dan USAHA  ^-^ see, Allah itu tidak kejam dengan hamba hamba Nya. kita sahaja yang suka mencipta segunung alasan untuk memenangkan nafsu sendiri. *haih, jantung kena bom*


makanya..

saya quote balik jawapan besar tadi


" hidup ini adalah pilihan. ke kanan kah ? atau ke kiri kah ? itu pilihan yang Allah sediakan ke atas manusia. maka pilihlah, dengan nama Tuhanmu, beserta timbangan iman dan akal yang telah Dia anugerahkan, supaya hambaNya berfikir "


the choice is yours .. so choose wisely ! 


************************************************



sebenarnya tadi..ada sedikit perasaan nak menjadikan hari ini hari emosi sedunia, sebab dapat nasihat dan bebelan dan leteran yang againts dari kehendak diri -_-"  baru je nak emo, tiba tiba seorang insan ini berkata..

"haa..kamu kena redha, sebab itu kan dah takdir~ " 
*dush2*


aaaaa..nak main jugak ~  ='(


ok.stop.bye








p/s : when u get what u want, but not what u need~

6 comments:

bezita cool datang lagi :p said...

"haa..kamu kena redha, sebab itu kan dah takdir~ "

hoho. ^^ betul sgt dh kata dia tu. :p bertepatan bebeno dengan tajuk yg hangat diperbincangkan. haa..siap ada contoh depan mata lagi. :p hikhik. mungkin..Dia nak kita lebih mudah paham ttg konsep ni. perhaps.

everything happens for a reason kan. maybe tak nampak lagi reason tu skrg. esk lusa, tulat, bulan depan, tahun depan, 5 tahun akan datang lagi, perhaps, baru kita nmpak reason tu. sape tahu kan.

time tu..ntah ntah cantikkkkk sgt sgt reason tu, yg xpenah terlintas pun dek fikiran kita sebelum2 ni. xpe..insyaAllah, mesti ada si warna warni cun sedang tggu nak jelmakan diri di dada langit hidup awak. mesti ada si kecil comel yg semangat nak munculkan dri dia sokmo di muka langit malam untuk awak. at least, awak dapat sesuatu yg org len xdapat okay~ xaci xaci! ;p hikhik. yet, u r choosen dear. ^^

orait, keywords 4 today: iman, akal, doa, usaha. hontou arigato nehh. =)


p/s-mau dong suma gamba gamba kesukaanku itu. sama itu video makan besar & video cakap2 soal jawab sulit tuh. ;p esok i bwk pndrive. kehkeh

tika said...

hee~~the best post ever..sbb sbb sbb err..hik2..well..sy syg awk jugak..*tetibe*

Mujaheedah Goten said...

"Allah tak beri apa yg kita mahu, tapi apa yg perlu.."

semakin mengerti. :)

syifa' said...

salam, faiqah.. i came across this video.. sangat menarik.. he explains very well about pre-destiny and pre-knowledge.. ~_~

kita yang muslim ni sendiri bertambah faham.. alhamdulillah.. and im very touch when he ask..

~do you belive that God knows everything? (pre-knowledge)

and today you do not know that you are going to stop by at this booth and hear me explaining you about islam.. its not me that wants to tell you, nor you that want to come.. but its HIM, Allah that has pre-ordained it..

if He favours somebody, He will open His heart to submit to HIm... Allahuakbar!

http://www.youtube.com/watch?v=XijMiYuq4uM

im a muslim said...

bezita :

saya tengah tunggu si comel untuk munculkan diri :) oh oh, terima kasih and p/s :jgn emo2 tau. haha

tika :

suke ajee ~ ;p

mg :

so true ^^

syifa' :

jazakillahkhair ya ukhti ! ^^ suka suka. heee :D

Fikri said...

hehehe..nice post..really rase kne tembak2 gak dgn mesiun gun..huhu..dush2..perbagai rasa dirasai...kali ini post anda semakin bnyak..haha..selmt kembali beraksi tangan kanan..hehe