:: bismillahirrahmanirrahim ::
assalamualaikum,
saya mahu menulis sesuatu. tentang dua peristiwa, dua jiwa dan dua rasa dalam satu dimensi yang sama.
081010-101010
Bandung Games 2010. bertempat di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) yang sangat besar lagi grand. naik bus ramai-ramai itu seronok. angin dingin itu mendamaikan. air sejuk itu menyegarkan, hijau pemandangan itu menenangkan. senang cerita, saya rasa saya dah jatuh cinta dengan Bandung biar pun dah banyak kali menapak disana.
hati saya memang selalu ada dengan dia. tidak pernah sekali pun dia kecewakan saya. walau dah ditinggalkan bertahun-tahun. bila jumpa, kami terus serasi kembali. saya rasa dia mengalir dalam darah saya. sekejap pertemuan itu memberi makna yang sangat besar untuk saya. dan sekarang. saya dah rindu dia sangat-sangat ! moga bertemu lagi tournament netball ^^
bila main berpasukan, semangat itu penting. keserasian pula mengambil tempat pertama. biar pun kita dikeliling ahli-ahli yang pro belaka. tanpa keserasian,, gerak kerja akan hilang entah kemana. impian yang di impikan juga lupus begitu sahaja. konsep ini adalah aplikasi untuk hidup kita sebenarnya. dalam pekerjaan, dalam pelajaran, dalam peperangan, dalam pertandingan, dalam perkahwinan, dalam persahabatan dan semuanya lah. see...pentingkan keserasian itu . jadi jangan menyombong dalam dunia sendiri. kita tak kan kemana tanpa orang disekeliling kita.
:~ jangan salahkan dunia bila yang berotak itu manusia ~:
101010
dalam angkut (sejenis pengangkutan awam). terburu-buru pulang memandangkan majlis penutupan Bandung Games telah bermula. nak amik hadiah ni ~ *excited2* tiba-tiba.
beep beep
message received from ibu mithali
" salam, opah telah kembali ke rahmatullah. tolong doakan "
................... terdiam ..................
saya masih bernafas di dunia ini
opah sudah berada di dunia sana
saya sibuk bergembira disini
ibu sedih menangis disana
saya seronok mengejar piala dunia
terlupa pingat emas di akhirat yang menanti
oh Allah,
ampunkan dosa hamba-Mu ini
opah, tiga tahun menderita. tidak bisa menggerakkan anggota tubuhnya kecuali tangan kanan. kemana pergi semuanya harus di dukung. mandi makan buang air semuanya diatas tilam. tubuh yang dahulunya utuh makin menampak kan tulang. tidak ada lagi lapisan otot yang terasa melainkan kulit dan tulang. makan minumnnya harus disuap. itu pun sesuap dua.
mulut tidak lagi mampu berkata-kata. hanya suara yang tidak jelas dapat didengari. kadang-kala menangis tidak henti-henti. mahu ibu datang memujuk menggengam jari. kini, opah pergi dan tidak akan kembali lagi. sungguh dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali. manusia, kau harus akur.
saya, gembira kerana penderitaannya telah berakhir. kecewa tidak dapat melihat opah untuk kali terakhir. sakit untuk tidak melihat ibu yang entah bagaimana keadaannya. ya, kata-kata di dalam telefon boleh berdusta. siapa yang tidak sedih kehilangan ibu kandungnya ?? bukan mahu berbuat apa, tapi cukup mahu ada disitu untuk melihat dia.
moga doa dari kejauhan, dimakbulkan Tuhan

bertanya khabar dari kakak saudara. kata-katanya membasahkan mata
" ....cantik rupa arwah, iqah. cantik sangaat.... "
semoga opah ditempatkan dalam kalangan orang-orang bertakwa. ameen
:~ dunia tidak pernah menjanjikan keabdian. manusia, jangan tertipu ! ~:
- 101010 ; 1200 -
9 comments:
aku tgk ko jwb exam td semngat gler...wkwkwkw...
innalillah..
sabar la ye faiqah..
Inalillah wa inalillahirroji'un...
"Sesungguhnya kepada Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali..."
sentiasalah sedekahkan doa...
Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh...
Bersabarlah ye faiqah...
“Sesungguhnya milik Allahlah apa yang telah Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan; dan segala sesuatu disisi-Nya sudah ditetapkan ajalnya. Maka hendaklah kamu bersabar dan mengharap pahala dari-Nya”. (muttafaq 'alaih)
moga Allah mengampuni dosanya dan merahmatinya dan dihiaskan kuburnya umpama salah satu taman dari taman-taman syurga
terima kasih =)
eh..sory ey comment 1st tu... takziah aw...
haha. takde pape la zaim. thanks
Salam, seronok pulak abah baca fb faiqah, pandainya engkau menyusun kata2, dan ayat macam penulis professional pulak... anyway tahniah ! muslim yg hebat adalah yg serba boleh dan versatile.campak kat mana pun dia survive.. keep it up my dear...
abah :
wslm. ahaha, mana pulak jumpa blog ni~ aduyaii ;p do pray for me abah ! =)
Post a Comment