Monday, April 19, 2010

:: i do not need any reason to be angry with Allah::



::..bismillahirrahmanirrahim..::




" I do not need any reason to be angry with God"

assalamualaikum..

phrase itu di ambil daripada sebuah filem. terima kasih kepada cik bunga ungu yang membuat saya menonton filem ini buat kali kedua. cerita apa? silalah teka ^_-

ada apa dengan ayat itu? cuba anda dalami betul-betul. rasa-rasa macam boleh tangkap tak maksud dia. tak dapat lagi?haish..okeh, meh saya terangkan mengikut kefahaman saya.

Dalam menjalani kehidupan seharian. Kita seringkali bertembung dengan berbagai jenis masalah yang menduga kesabaran diri. Ada yang mampu menghadapinya dengan baik ada pula yang mengambil nyawa sendiri sebagai tukar ganti.

tidak tahan sakit katanya. daripada hidup menderita lebih baik mati sahaja.

Oh, macam dia seorang yang ada masalah di dunia ni. Kalau semua orang pun mengambil langkah yang serupa memang tidak akan ada manusia lagi yang wujud. Semua pun sudah mati memenggal diri sendiri. Maka tolonglah berfikir realistik.

'ceh, korang tak faham perasaan aku.'
'korang tak ada kat tempat aku'
'masalah korang tak seberat masalah aku'

Ya, memang kami tidak berada ditempat kamu, memang kami tidak tahu sakit yang kamu rasa, tapi kami juga manusia yang ada masalah kami sendiri. Boleh saja kami mengatakan bahawa kamu juga tidak mengerti apa yang kami rasa, maka layakkah kamu kata masalah kamu lagi besar dari kami?'

Sekarang kita sudah adil. Dua dua tidak ada hak untuk mendakwa masalah dia lagi besar dari yang lain. Kerana sesungguhnya yang membezakan kita adalah cara kita dalam mengatasi masalah itu sendiri. Kalau kamu pandai mengawal diri kamu maka kamu berjaya. Kalau kami juga berjaya menawan emosi kami maka kami berdiri bersama kamu. Di satu garis yang sama. Kita sama-sama berjaya. Tapi kalau sebaliknya, maka kitalah yang gagal. Itu yang membezakan kita. Jadi tolong fahami erti perbezaan itu, agar kamu tidak salah mengerti lagi.

Walaupun kita berjaya mengatasinya, rasa sakit itu tetap ada bukan. Luka yang mungkin sedang diubati atau luka yang ditoreh kembali. Perit sampai mahu menjerit? Oh itu tidak mengapa. kerana tanpa rasa itu, kita mungkin tidak mengerti makna bahagia. Bila sudah rasa begitu kita kadang kala terlepas pandang suatu perkara. Dengan hati yang sakit bagai nak rak kita mengeluarkan kata-kata..

" kenapalah aku je yang kene, orang lain happy je.apa salah aku?"
"aku buat baik pon masalah, letih la cmnie, jadi jahat jela"
"why me?why me?why not the others?why why?"

Perasankah anda..kita seperti mempertikaikan takdir Allah. Kenapa aku? Lebih kurang macam, kenapa Allah turunkan masalah ni kat aku? kan. Bila di fikir-fikir apakah layak kita sebagai hambaNya berkata sedemikian rupa. Macam Allah tersalah buat perhitungan macam Dia tak patut bagi masalah itu kepada kita. Relevankah untuk kita? Berhakkah kita? Tidak ingatkah kita kepada kata-kata Nya

"...Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
-4:19-

mana ada kebaikan! keburukan je yang ada. sakit tahu tak!

" janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman"
-3:139-

Lihat, Allah telah memilih kita untuk menerima ujianNya kerana kita adalah orang-orang yang terpilih. Mungkin dengan ujian ini kita akan lebih mengenaliNya, mungkin dengan ujian ini akan memperbaiki cara pandang kita. Mungkin juga dengan ujian ini akan mematangkan pemikiran kita. Dan sekiranya kita berjaya mengatasinya, maka Berbahagialah! kerana sesungguhnya kita adalah orang diangkat derajatnya. Tidak sedarkah kita akan kasih sayang Nya? butakah kita dari melihat nikmatNya? Oh, jangan memperbodohkan diri lagi. Jangan berpura-pura jahil seperti katak dibawah tempurung. Kau meilhat segalaNya, kau tahu kebesaranNya, kau berakal untuk memikirkannya. Maka berfikirlah sewarasnya. Jangan semberono melepaskan kata-kata. Takut nanti merosak jiwa.

'"tahanlah lidahmu, luaskan pintu rumahmu dan menangislah atas dosa-dosamu"
- hadith sahih dikeluarkan oleh imam ahmad bin hambal-

Susahnya menahan rasa ini, payahnya menahan sakit ini. Mahu sahaja rasanya disumpah seranah segala yang ada di depan mata. mahu sahaja di terajang segala benda. Oh, sukarnya menahan diri ini?

" kalian mesti berjihad di jalan Allah, karena itu akan menjadi satu pintu di antara pintu-pintu syurga, yang dengannya akan hilanglah perasaan khawatir dan gelisah"
-HR Imam Ahmad, Ibn Majah , Hakim: sahih -

Ya, kawan2 berjihadlah dalam usaha menuju syurga Allah. Matlamat kita ke suatu tempat yang sungguh hebat, maka seharusnya juga kita berjihad sehebat destinasinya bukan? Kalau setakat mahu berlenggang kangkung sahaja, masuklah kalian dalam kategori sayuran. Layu dan lembik bila tidak dibaja.

Saya menyeru diri saya dan juga kalian yang membaca, berusaha kawal perasaan, kawal diri, kawal mulut dan bebaskan diri dari himpitan syaitan. walau apa juga situasi yang kita sedang alami. Bersabarlah..

"dan jadikahlah sabar dan solat sebagai penolongmu.."
-2:45-

maka kawan2..let say


"we do not need any reason to be angry with Allah "^^


p/s: maaf post yg agak pelik. peringatan yang lebih kepada diri sendiri.peace=)


4 comments:

+aNa baNana+ said...

love this post....

thanks for writing such this thing, Faiqah... love you!!!


heheeee

faiqah ar said...

ana: tq ana! luv u too~ ^^

.::ANNAEM::. said...

I know what that movie is...~ V(^^,)

there's no reason to be angry...
Allah yg sepatutnye marah...
Allah berikan Kasih Cintanya.. tp kita tidak diendahkan...~
tp bila Dia beri peringatan... mulalah kata tidak adil...

Ada kesalahan yang hukumannya ditunaikan Allah di dunia ini gak, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan inilaaa dapat menguatkan iman kite apabila sedang tertimpa musibah.

Apabila kite tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. so ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi. Jangan lupa apa yang berlaku kepada Firaun laknatullah….dia tidak pernah sakit hinggakan terbuai dengan nikmat itu sampai sanggup mengaku dirinya Tuhan dan akhirnya mati lemas dalam Laut Merah dalam keadaan terhina.

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan agar dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Siapa yang tahu hikmah di sebalik ujian dan musibah Allah terhadap hambaNya? Namun yang pastinya ada hikmah yang kita tidak mengetahuinye..... ;)

faiqah ar said...

naem: tq naem..

panjang sungguh komen anda.