::bismillahirrahmanirrahim::

Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami perjalankan gunung-gunung
dan engkau akan melihat bumi itu rata
dan Kami kumpulkan mereka (seluruh manusia),
dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka.
Dan mereka akan dibawa kehadapan Tuhanmu dengan berbaris. (Allah berfirman), "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada pertama kali; bahkan kamu menganggap bahawa Kami tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (berbangkit untuk memenuhi) perjanjian".
Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau melihat orang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalamnya, dan mereka berkata, " Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya" dan mereka dapati (semua) apa yang mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.
[18:47-49]
tentu banyak perkara yang sudah kita rasai.
Perjalanan di sana sini, membuka mata untuk melihat realiti.
Pergaulan yang serba serbi membuka hati untuk lebih memahami.
Tetapi, penghidupan yang mewarnai itu, membuat diri kadang-kala alpa dan terhanyut lagi.
"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah."
[ 18: 54 ]
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sungguh, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup,(sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan ditelinga mereka. Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya."
[18:57]
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau,
Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu,
aku akan sentiasa mematuhi perjanjian-Mu sesuai dengan kemampuanku,
Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan apa yang telah aku perbuat,
aku mengaku sekian banyak nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku,
dan aku juga mengaku sekian banyak dosaku (kepada Mu),
oleh itu ampunilah dosa-dosaku,
kerana tidak ada kuasa yang boleh mengampuni dosa kecuali hanya Engkau..
::HR Bukhari::

assalamualaikum..
Hari ini tanggal 030210, tiada apa2 yang signifikan dengan tarikh tersebut. Cuma sekadar tersedar cepat sungguh masa telah berlalu. Sedar tak sedar, sudah 6 bulan saya hidup di perantauan. Hidup di negara orang, mengajar saya 1001 macam hakikat kehidupan. Pelik dan mungkin sukar saya ertikan, hari ni jiwa tak tenang. Hati tak tenteram. Faaza kata "call la ibu kakyong..i confirm u tenang". Tapi, nak kata 'homesick', macam tidak. Nak kata kecewa dengan markah biomol, saya rasa sudah cukup baik untuk tidak remed. Kelas berjalan tapi fikiran merewang. Jauh~ kesuatu sudut. Mungkinkah saya sedang melakukan sesuatu yang tidak diredhaiNya? ataukah Allah sedang mengingatkan saya atas sesuatu yang telah saya lakukan?
Seusai maghrib, tgn lantas mencapai Al-Quran, dibaca barang seketika. Kemudian, saya membuka tafsiran sesuai ayat yang baru dibaca tadi.
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami perjalankan gunung-gunung
dan engkau akan melihat bumi itu rata
dan Kami kumpulkan mereka (seluruh manusia),
dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka.
Dan mereka akan dibawa kehadapan Tuhanmu dengan berbaris. (Allah berfirman), "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada pertama kali; bahkan kamu menganggap bahawa Kami tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (berbangkit untuk memenuhi) perjanjian".
Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau melihat orang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalamnya, dan mereka berkata, " Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya" dan mereka dapati (semua) apa yang mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.
[18:47-49]
Hati berbisik, "kan dah cakappp!!!". saya meneruskn pembacaan dengan senyuman. Sambil otak ligat berjalan. Mencipta ayat untuk kenakan diri sendiri.
Saban hari melalui kehidupan,tentu banyak perkara yang sudah kita rasai.
Perjalanan di sana sini, membuka mata untuk melihat realiti.
Pergaulan yang serba serbi membuka hati untuk lebih memahami.
Tetapi, penghidupan yang mewarnai itu, membuat diri kadang-kala alpa dan terhanyut lagi.
Ya, manusia itu sifatnya pelupa. Lupa bahawa dunia ini hanyalah sementara, lupa pada tujuan penciptaannya bahkan lupa bahawa dirinya hanyalah hamba.
"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah."
[ 18: 54 ]
Namun, mengapa kita asyik dan terus menikmati sesi "keterlupaan" diri itu ,
walau telah tersedar dengan kesalahan yang dilakukan atau mungkin telah pun diingatkan..
kita masih dan masih membiarkan diri terjerumus kelembah kehinaan.Salah siapakah? Orang lain atau diri sendiri yang tidak mahu?
walau telah tersedar dengan kesalahan yang dilakukan atau mungkin telah pun diingatkan..
kita masih dan masih membiarkan diri terjerumus kelembah kehinaan.Salah siapakah? Orang lain atau diri sendiri yang tidak mahu?
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sungguh, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup,(sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan ditelinga mereka. Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya."
[18:57]
nauzunillahiminzalik..semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak mendapat petunjuk..-ameen-
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau,
Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu,
aku akan sentiasa mematuhi perjanjian-Mu sesuai dengan kemampuanku,
Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan apa yang telah aku perbuat,
aku mengaku sekian banyak nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku,
dan aku juga mengaku sekian banyak dosaku (kepada Mu),
oleh itu ampunilah dosa-dosaku,
kerana tidak ada kuasa yang boleh mengampuni dosa kecuali hanya Engkau..
::HR Bukhari::
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah, kerana mengingatkan aku. ^^
1 comment:
Alhamdulillah....marilah kita terus tarbiyah akan diri kita...
Post a Comment