assalamualaikum..
alhamdulillah, selesai sudah minggu exam yang memenatkan. Kertas ujian filsafat yang menghantui tidur saya dan rakan-rakan masih lagi mengejar kami dialam mimpi dek kerana menanti keputusan yang entah bila akan kunjung tiba (hiperbola=p) . Disebabkan saya hanya berjaya tidur satu setengah jam dimalam sebelum ujian berlansung. Maka sejurus saja tiba di rumah kost (rumah sewa) proses merehatkan mental terus berlaku sehingga mengambil keseluruhan waktu petang yang ada dan akibatnya, saya menjadi burung hantu pada malam tersebut! Malam berlalu dengan pantas, keriuhan suara teman-teman semakin hilang, lampu bilik ditutup satu persatu dan tinggallah saya keseorangan melayari dunia tanpa sempadan.
Seperti biasa, saya akan keluar bilik untuk melakukan aktiviti kegemaran saya dikala orang lain dibuai mimpi. Mungkin anda tertanya2.. Apa kejadahnya aktiviti yang bisa dilakukan dipagi hari?? Ahah~jawapannya adalah keluar ke balkoni dan melihat langit Jakarta (^_-). Sesaat saya melangkah dan mendongakkan kepala ke atas..
Subhanallah~ Maha Suci Allah Yang Menciptakan Segala Sesuatu di Langit dan di Bumi !! Terkesima? Speechless? kaku? Entahlah, saya sendiri tidak dapat menafsir perasaan disaat itu. Kelihatan birunya langit melaut nunn jauh diatas sana, kepulan awan putih bergerak laju mengikuti tiupan dingin angin malam..cahaya bintang yang bertebaran menghiasi dada langit. Subhanallah~Subhanallah~ Sungguh indah, cantik dan menenangkan. Tidak tergambar dek perkataan..Sejenak menikmati kebesaran Allah, hati jadi tenang..saya tersenyum kepuasan.
Dek kerana kekaguman+ke'excited'an dengan kejadian itu, saya pun sibuk bercerita mengenainya kepada seorang teman yang juga meminati keindahan bintang (^_^). Perbualan yang membuat saya berfikir dan terfikir akan sesuatu. Nak tahu tak apa yang kawan saya cakap masa saya sedang sibuk2 mempromosikan keindahan malam itu??
"itu HADIAH la tue"~ ringkas je tapi cukup untuk membuat saya terdiam.. Tidak pernah terlintas difikiran saya bahawa ketenangan itu mungkin hadiah dari Allah? kegembiraan dan kepuasan yang saya terima itu juga adalah hadiah?? mungkin selama ini saya hanya menafsirkannya sebagai nikmat..kebesaran Allah..sedangkan nikmat itu dalam arti kata lainnya adalah hadiah! ya hadiah! hadiah dari Allah Yang Menciptakan Manusia..
bayangkan apakah perasaan kita bila mendapat hadiah daripada rakan-rakan? gembira bukan..inikan pula hadiah berupa nikmat ketenangan, nikmat keindahan malah nikmat kebahagiaan dari Tuhan kita..ya Tuhan kita~ bukan kawan, keluarga atau sesiapa tetapi Allah Yang Maha Berkuasa! sungguh bertuah diri kita yang hanyalah hambanya tetapi diberi kenikmatan sebegitu rupa..Namun, sadarkah kita akan kehadiran nikmat itu sebagai hadiah? apakah kesedaran itu menimbulkan penghargaan ? atau hanya diambil secara dasarnya sahaja? pertanyaan ini mengetuk2 minda saya yang baru pulih dari virus filsafat..
sungguh jahil diri ini yang tidak tahu bersyukur..leka, lalai dan alpa dengan kesibukan dunia. berapa sangat waktu dalam sehari yang kita khaskan hanya untuk diri-Nya? sibuk sangatkah? tak cukup ke masa yang diberi? sedangkan Nabi saw juga diberi waktu 24 jam seperti kita, tetapi masih mampu menyebarkan sayap Islam disamping segala cemuhan dan halangan yang bertimpa-timpa. Beliau masih mampu untuk berdiri tegak menyempurnakan solat malamnya, masih mampu menahan makan dan minum dengan berpuasa sunat, masih dan masih sedangkan kita? dugaan yang diberi tidaklah sehebat balingan najis, dihina dan dipulau masyarakat sepertimana yang diterima oleh sahabat-sahabat Nabi saw..tetapi keluhan yang kita ekspresikan? panjang yang amat, kalau boleh dicatat mungkin bisa dibuat novel.
Maka apakah yang patut dilakukan apabila setiap saat dan waktu kehidupan ini, kita sebenarnya sedang menerima hadiah dariNya? adakah dengan hanya mengucapkan rasa syukur tanpa sebarang tindakan sudah mencukupi? Nah~ sesungguhnya saya yakin anda ada jawapannya kerana anda tahu siapa diri anda, anda tahu kemampuan anda dan anda tahu tahap kedekatan diri anda dengan Allah kerana hanya anda yang merasakannya bukan orang lain.
Oleh itu, yuk teman-teman!~
kita bermuhasabah diri
kerana sesungguhnya hidayah itu harus dicari dan digali
bukan hanya duduk menanti
Kesedaran yang timbul dari dalam diri
adalah potensi penggerak motivasi
semoga suatu hari nanti
kita dapat bertemu dengan Ilahi
dengan amalan ditangan kanan dan bukan ditangan kiri
jOm berusaha seikhlas hati! (^_-)v

kita bermuhasabah diri
kerana sesungguhnya hidayah itu harus dicari dan digali
bukan hanya duduk menanti
Kesedaran yang timbul dari dalam diri
adalah potensi penggerak motivasi
semoga suatu hari nanti
kita dapat bertemu dengan Ilahi
dengan amalan ditangan kanan dan bukan ditangan kiri
jOm berusaha seikhlas hati! (^_-)v

ps: sebarang salah dan silap harap dimaafi..tegurlah saya jika kalian sedar penyimpangan yg telah saya lakukan..ok! (",) siip~ bersama kita mengejar yang hakiki**yOosH**


4 comments:
salam..wah..mnrik sugguh..
oo..ko pun mnat gak ea tgk bintang..
bgus2..memuji Allah dgn mnghayati hasil ciptaaNya..
very nice story my fren..
Assalamu'alaikum...salam ziarah ag...
nikmat=hadiah
sangat setuju...(promote nama sendiri)...
hahaha...anda boleh ag tdo...naem nk tdo pn xdpt... klau tdo..abih melayang subuh 6t..filsafat pn buat yg termampu...dhlaa petang tuh kene remed pulak...balek then smyg asar pastu xsedarkan diri smpai magrib (penat...p/s tq 4 da wish...~
tp ade hikmah sebalik segala sesuatu yg berlaku...=P
apepn...Ayo..bersame2 kite berusaha...~ Chaiyok
wslm..
fikri: jazakallahkhairkasira =)
naem:takpe2..janji kte dah berusaha.Allah knows what is the best for us..
p/s: sbenarnye xpaham..ape yg ak wish? =p
bapak r weyh..terpegun aku tengok blog ko nih..insaf sial..hahaha..
weyh, ak da folo ko nye...folo r aku balek...muahahaha
Post a Comment