Friday, August 7, 2009

:~ aku mahu kau tahu ~:




Aku tersenyum ,bukan bererti aku suka
Aku ketawa , bukan bererti aku gembira
Aku diam , bukan bererti aku setuju
Aku berkata , bukan bererti aku mahu

Aku berharap kau tahu
Apakah itu yang kau benar-benar mahu
Apakah itu benar-benar membahagiakanmu
Tidak hanya dari rasa hati
Kerana takut ianya topeng syaitan yang memperhalusi
Tidak hanya dari apa yg terjadi
Kerana takut mainan nafsi-nafsi
Tapi mintalah dari Yang Maha Mengetahui

Kerana kebahagian yang diingini
Kita mungkin terlupa pada Yang Memiliki
Kerana mimpi yang menjadi realiti
Kita mungkin menggadai sesuatu yang benama Ilahi

Maka aku harap kau mengerti
Apa erti kebahagiaan hakiki
Bukan aku tidak memahami
Tapi aku mahu kau berhati-hati
Kelak takut memakan diri

Kau..Rakan aku
Kau..Teman aku
Tidak sekali-kali aku membenci kamu
Juga tidak menghormati keputusanmu
Tapi aku yakin kau juga tahu
Alasan untuk aku merasa begitu
Maaf andai aku tidak bersetuju
Maaf andai ia mengguris hatimu
Coretan ini sekadar memberitahu
Lebih kepada aku dari kamu
Walau apa jua yang berlaku
Kau perlu tahu sesuatu
Bahawa aku menyayangimu
Kerana kau adalah sebahagian dari hidupku

:~ingatkan aku disaat aku lupa,kerana aku insan yang tidak sempurna~:

nfar
10.49-070809
**peace**

ps: this is actually a re-post item..y am I publishing it back?hurmm,1001 reasons~ (''/)

4 comments:

fatinnRahman said...

wah, boleh tahan hebat juga ye adikku ini mengarang puisi. syabas~!

whatever it is, i know what u did is for the best of ur friend. Just pray that s/he will somehow understand it someday. Kadang2, manusia ni susah sket nak menerima. Apa orang kata, ego. Sounds familiar? =) InsyaAllah, terbuka jua hati dia satu hari nanti. Amin.

<3, Akak

fida Yo said...

=)

im a muslim said...

sound familiar??
more than that kot~

yeap! pray for the best for me , you , we and them =)

adekmu.. ^-^

FiqRie Skeleton said...

menarik... =)