Saturday, June 20, 2009

**kecelaRuan iDentiti**

assalamualaikum...

saya sedang mengalami kecelaruan identiti..yeap,sgt kritikal..perasankah anda bahawa saya menghadapinya? kalau tak perasan cube baca post2 sebelum ni..sekejap guna saya, sekejap guna aku.. haish~ ntah la, biasanya dalam percakapan harian..kalau saya bercakap dgn rakan perempuan maka saya akan menggunakan "kte, awak" bukan tidak mahu menggunakan "aku kau" tapi rasa macam sangat kasar kot tambah2 kalau orang tu kite baru nak kenal..bila bercakap dengan lelaki saya akan guna "aku kau" sebab rasa macam mengada2 je kalau guna perkataan lain..

permasalahannya timbul bila saya nak bercakap depan orang ramai..dia jadi blur sekejap nak bahasakan diri sbg apa eh? dan bila nk tulis dalam blog ni..biasanya saya akan menggunakan "saya " bila saya berada dalam mood "saya" dan akan guna "aku" bila saya berada dalam mood "aku"..bagaimanakah bentuk dan rupa mood2 tersebut? biarlah hanya saya yang tahu..

maka saya menyeru sesiapa juga yang membaca ( ade ke? haha) jangan mengelirukan pemikiran anda..kerana "saya" dan "aku" adalah seorang insan yang sama..tidak berubah dari segenap sudut kerana saya adalah aku dan aku adalah saya..

sekian~

2 comments:

fatinnRahman said...

woohooo~

percayalah bahawasanya saya juga ada mengalami benda yg sama. wakakak. ala, normal la tuh. jgn la fikir sgt.

now i decided to use 'i' sebab lepas dapat tahu pelbagai lapisan masyarakat yg baca blog kepunyaanku yang tak seberapa tuh. kalau gune 'aku' macam kasar sgt plak untuk golongan yang budak2 kecik dan yang da dewasa, kalau guna 'saya' mcm sesetengah entri tak sesuai je. jadi gunalah 'i' kerana ia lebih universal. wakakaka..

tapi kadang2 terbantai je ape yg ade dlm kepale time tulis tuh. ala, tulis je. hehehe

keep on writing dear~

=D

im a muslim said...

owh yeah??

tapi mcm xbiase la i nak gune i..hehehe..rase lari dari diri ini..kecualilah dgn org2 spt nabilah n seangkatan dgnnyerkan..i itu harus kot..huhu

truskan menyokong!hak3..(*~*)