Saturday, May 30, 2009

:~ape2 je la manusia nie~:

assalamualaikum....

hmm..pernah tak korang rasa marah, benci or meluat sgt dengan seseorang?? asal tengok muke die je hati xtenang..asal dengar kata2 die je dah naik meluat..tak pun..pernah tak korang rase diri korang dibenci atau dihina dina ?? asal tngok orang je diorang jeling..asal tengok orang je diorang mengata..asal korang bukak mulut je orang membantah..

tak kesah la anda2 semua berada dalam situasi yg mane satu..saya rase ade suatu bentuk pemikiran yang harus dipertimbangkan dlm keadaan2 tersebut..

sekiranya kita berada dalam situasi orang yg dibenci...maka perkara pertama yg harus dilakukan adalah berlapang dada..cube kita fikir kenape orang memperkatakan hal2 sedemikian rupa terhadap diri kita yg mungkin kita rase dah cukup perfect,dah cukup bahagia n seangkatan dgnnya?? kalau sorang due yg cakap boleh tahan lagi..tapi kalau dah 10 orang mengatakan hal yg sama..maka kita seharusnya dah boleh detect kesalahan2 yg sengaja atau ter lakukan..'oh..ni myb salah aku'..'mungkin betol ape yg diorang cakap,aku mmg bersalah'..fikir elok2..jangan biarkan ego menguasai diri..sampai bile kita nk biar orang pandg buruk kpd kita?smpai bile kite nk diri dihina?smpai bile kita nk bwat diri dan maruah kita xdihormati?sampai bile??sampai nyawa dihujung badankah?!sampai jasad dh dikuburkankah?! kita sendiri yg bertanggungjawab terhadap segala penghinaan yg berlaku keats diri kita..jgn salahkan org lain..bukan hanya maruah kita yg tercalar tapi maruah dan kesucian keluarga,rakan taulan serta agama tercinta turut terbalar gara2 kegagalan kita dalam mengawal rentak kehidupan..BEBAS..ya itulah ungkapannya..kita terus menghadiahkan kebebasan mutlak kpd nafsu untuk menguasai diri..kebebasanlah yg seringkali memutuskan tali pd layang2..terbang tinggi tak kemana..akhirnya jatuh ketanah berlumpur hina..

bagi mereka2 yg membenci..anda seharusya meletakkan perasaan benci dan benci dan benci itu hanyalah pada perbuatan si perlaku..kerana sesungguhnya dia hanyalah insan biasa yg kadangkala hanyut dibuai ombak..sekiranya anda mampu..maka pimpinlah dia ke jalan yg benar..itulah fungsi seorang rakan..membimbing rakan yg semakin lemas dalam arus songsang dunia msa kini..sekiranya tidak mampu,cukup sekadar membenci perbuatan tersebut dan menjauhkan diri dari melakukan perkara yg sama..tapi bukan menjauhkan diri dari si pelaku..sebaliknya kita digalakkan mendekati dan menasihati mereka..kawan yg baek adalah kawan yg menghulurkan tangan disaat kita semakin jatuh kelembah kehinaan..tp kalau rase2 xmampu..jgnlah pandai2 nak jd geng org tu..sat lg kita pulak yg termakan dakyah mereka..yg penting,jgn kita hukum mereka kerana sesunggunhnya kita hanyalh seorang hamba yg tidak boleh membaca hati manusia..biar Sang Pencipta yg menentukan segalanya..kita hanya perlu menjalankan tggungjawab dlm melakukan amar maaruf nahi mungkar..


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafazh riwayat Muslim) [Muslim no. 2699]

akhir kata..marilah kita bersama2 menjaga akhlak dan keperibadian yg mencerminkan agama , peribadi, maruah dan harga diri seorang muslim..kalau xnak fikir pasal diri pon..ingat2 lah kita ada agama yg harus dijaga maruahnya..kita ada anutan yg harus dipelihara kesuciannya..kita ada ajaran yg harus dipertahankan kemuliaannya..kerana kita membawa nama ISLAM di mata dunia..

~:aku harus terus berdiri ,mengejar sesuatu yg pasti :~

No comments: