sejak kebelakangan ini, banyak kejadian yg telah membuatkan aku rindu dengan kawan2 lama..
teringat kisah2 dahulu kala...kelakar ada..sedih ada..semuanya telah memberi seribu satu kenangan dan pengalaman hidup yang tak mungkin aku lupakan..sekarang,mereka semua sudah bertebaran di dunia ciptaan Allah ini, demi menggali dan menguasai ilmu2Nya..sungguh aku bersyukur kerna dikurniakan sahabat seperti kalian..terima kasih Tuhanku..kerana memperkenalkan aku dengan insan2 hebat seperti mereka..
duhai rakan2 ku semua..ketahuilah,setiap dari kalian mempunyai krediabiliti yang tersendiri..banyak sudah yang telah aku belajar dari kalian..hanya ucapan terima kasih dapat kuberikan..sungguh aku mengimpikan agar ikatan yang terbina akan utuh hingga disyurga sana..kerana itulah aku amat mengharap agar kita dapat bersama2 berusaha untuk menjadi muslim yang kaafah (menyeluruh)..
bukan hanya pada nama dan kata2..tetapi jua dalam ibadah..akhlak...muamalah serta segenap aspek kehidupan kerna Islam itu merupakan gaya hidup kita..Islam merupakan pegangan kita..Islamlah nadi kita!
dihari yang cerah ini, ingin aku hadiahkn puisi buat semua yang mengenaliku:~~
sahabat..
Allah menciptakan manusia itu sama,
Dengan sebaik2 kejadian,
Cuma amalan manusia yang membezakannya,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
tentu nasib mereka berlainan,
kerana Allah Maha Adil sifatNya,
Sedarlah duhai sahabatku..
kita hanya bermusafir didunia,
Bila kita pulang kepada-Nya,
hidup didunia akan ditanya,
adakah diisi dengan sebaiknya?
atau keseronokan semata-mata?
mahukah kita hidup terhina?
tanpa ilmu dan amal sebagai bekalnya?
kelak disana rendah darjatnya.
'Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat'-surah almujadilah;-11
Ketahuilah sahabatku..
kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
oleh itu tekadkan keyakinan,
kau ummat pilihan,
jelaskan visi perjalanan,
jadikan ilmu sebagai bekalan,
sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
ketinggian seseorang karana iman,
lantaran itu,carilah redha Tuhan,
dengan melakukan sebaik-baik amalan,
meninggalkan segala jenis kebatilan,
usaha dan terus berusaha,
itulah asas kejayaan.
sahabatku..
kau tidak bodoh andai tidak berjaya,
kerana itu satu ujian yang dijanjkan pahala oleh-Nya,
yang bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
oleh itu sahabat,
bangkitlah dari lena,
jangan biar dirimu lalai selamanya,
mari kita bersama berlari kencang,
menegakkan syiar Islam tercinta,
biar kita derita dengan momokan manusia,
biar kita tidak merasa kelalaian dunia,
kerana kita tahu sesungguhnya,
dunia hanya sementara,
kematian akan menjemput entah bila2,
dan hanya disana,
yang abadi selamanya,
semoga kita akan terus bersama,
hingga nun di syurga sana..
Allah menciptakan manusia itu sama,
Dengan sebaik2 kejadian,
Cuma amalan manusia yang membezakannya,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
tentu nasib mereka berlainan,
kerana Allah Maha Adil sifatNya,
Sedarlah duhai sahabatku..
kita hanya bermusafir didunia,
Bila kita pulang kepada-Nya,
hidup didunia akan ditanya,
adakah diisi dengan sebaiknya?
atau keseronokan semata-mata?
mahukah kita hidup terhina?
tanpa ilmu dan amal sebagai bekalnya?
kelak disana rendah darjatnya.
'Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat'-surah almujadilah;-11
Ketahuilah sahabatku..
kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
oleh itu tekadkan keyakinan,
kau ummat pilihan,
jelaskan visi perjalanan,
jadikan ilmu sebagai bekalan,
sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
ketinggian seseorang karana iman,
lantaran itu,carilah redha Tuhan,
dengan melakukan sebaik-baik amalan,
meninggalkan segala jenis kebatilan,
usaha dan terus berusaha,
itulah asas kejayaan.
sahabatku..
kau tidak bodoh andai tidak berjaya,
kerana itu satu ujian yang dijanjkan pahala oleh-Nya,
yang bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
oleh itu sahabat,
bangkitlah dari lena,
jangan biar dirimu lalai selamanya,
mari kita bersama berlari kencang,
menegakkan syiar Islam tercinta,
biar kita derita dengan momokan manusia,
biar kita tidak merasa kelalaian dunia,
kerana kita tahu sesungguhnya,
dunia hanya sementara,
kematian akan menjemput entah bila2,
dan hanya disana,
yang abadi selamanya,
semoga kita akan terus bersama,
hingga nun di syurga sana..
(petikan asal:fatimah syarha diolah:faiqah ar)
p/s : ayuh bersama kita bangkit! Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment